Tuesday, 12 March 2013

Nombor





Setelah hampir 4 tahun menabung,
Sepatutnya mengikut kira-kira aku masa first year dulu,
Nombor itu sepatutnya mampu membeli kereta dan kahwin secara 'cash',
Hahaha, duit itu disimpan untuk 'business' sebenarnya,

Namun nombor itu semakin sukar untuk dicapai,

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk menabung,

"Cukup kot"


**************


Setelah hampir 4 tahun belajar,
Jumlah markah yang diperlukan untuk 'first class',
Agak sedikit sukar,

Nombor yang diperlukan agak menakjubkan untuk 'first class'

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk belajar,

"2nd Upper pon okay apa"


**************



Dulu masa mula-mula menulis,
Aku letak target setelah dua tahun menulis,
Aku akan berjaya mendapat sekurangnya 200 follower di blogger,
Namun update pon jarang,
Dah tiga tahun nombor itu baru 125...

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk menulis,

"Bukan ada orang baca pun"


**************


Setelah hampir 3 tahun membantu membawa bulatan gembira juga membawa bulatan gembira,
Kelihatan tiada adik2 baru yang 'melekat',
Tiada penambahan nombor di situ,
Seperti lagu Najwa Latif,

"Kosong, Kosong, Kosong"

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk membawa bulatan gembira,

"Bukan ada yang 'melekat' pon"


**************



Namun begitu,


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"

(Al-Imran: 139)



"Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar"

(Al-Baqarah: 153)


=)
.

Friday, 1 March 2013

Tak Pasti

Susah lama tidak update,
Bukannya tiada idea,
Tetapi malas...

Beberapa hari kebelakangan ini,
2, 3 orang memberi 'Private Message' di Facebook,
Mesej yang berbunyi:

"Bila nak update blog?"


***************


Teringat kisah tentang Hasan Al-Banna,

Di dalam sebuah program Ikhwanul Muslimin, kelihatan Hasan Al-Banna menyusun kerusi untuk para tetamu. Seorang Ikhwah datang menegah perbuatan Hasan Al-Banna. Katanya:

"Engkau adalah pimpinan Ikhwanul Muslimin, tinggalkan kerja menyusun kerusi ini kepadaku"

Jawab Hasan Al-Banna,

"Aku belum pasti sama ada ceramahku dalam program ini atau amal menyusun kerusi ini yang bakal membawaku ke syurga"



**************

Aku pon belum pasti,
Sama ada tulisanku di blog ini,
Akan menjadi amal yang membawa aku ke syurga,


Oleh itu,
Mari Kembali Menulis

=)