Tuesday, 12 March 2013

Nombor





Setelah hampir 4 tahun menabung,
Sepatutnya mengikut kira-kira aku masa first year dulu,
Nombor itu sepatutnya mampu membeli kereta dan kahwin secara 'cash',
Hahaha, duit itu disimpan untuk 'business' sebenarnya,

Namun nombor itu semakin sukar untuk dicapai,

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk menabung,

"Cukup kot"


**************


Setelah hampir 4 tahun belajar,
Jumlah markah yang diperlukan untuk 'first class',
Agak sedikit sukar,

Nombor yang diperlukan agak menakjubkan untuk 'first class'

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk belajar,

"2nd Upper pon okay apa"


**************



Dulu masa mula-mula menulis,
Aku letak target setelah dua tahun menulis,
Aku akan berjaya mendapat sekurangnya 200 follower di blogger,
Namun update pon jarang,
Dah tiga tahun nombor itu baru 125...

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk menulis,

"Bukan ada orang baca pun"


**************


Setelah hampir 3 tahun membantu membawa bulatan gembira juga membawa bulatan gembira,
Kelihatan tiada adik2 baru yang 'melekat',
Tiada penambahan nombor di situ,
Seperti lagu Najwa Latif,

"Kosong, Kosong, Kosong"

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk membawa bulatan gembira,

"Bukan ada yang 'melekat' pon"


**************



Namun begitu,


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"

(Al-Imran: 139)



"Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar"

(Al-Baqarah: 153)


=)
.

13 comments:

  1. jangan mengalah bro. Allah tu asy-Syakur :)

    ReplyDelete
  2. aku baca kot blog ko...haha

    -otis-

    ReplyDelete
  3. yeah, i read your blog too. finally, new update!
    belajar kuat-kuat!

    ReplyDelete
  4. ayat pasrah. tp xpe, tu sume dorongan

    ReplyDelete
  5. heh sedare,, sy baca kot blog anda..

    ReplyDelete
  6. ape yang penting??? ... haha yg penting usaha & niat..

    ReplyDelete
  7. akmal, bila nak update blog. dah berselirat dgn sarang labah-labah ni

    ReplyDelete
  8. HI~ 안녕하세요!this is twinscraftlife! Pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요^^ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. rindu brader akmal. hmm.

    ReplyDelete
  10. hey bro..update current job please..
    somebody need inspires from u..u got magic word man..

    ReplyDelete