Saturday, 7 January 2012

Dulu Aku Juga Punya Visi

Semalam,
Aku meluangkan 1 jam untuk mendengar:


Prof Latiff,
Bercerita bagaimana pentingnya visi,
Bagaimana visi Abu Ayub al-ansari,
Bercerita bagaimana visi Walt Disney,
Bagaimana visi dia sendiri yang ingin membina medical school,
Mengingatkan aku bahawa,
Dulu aku punya satu visi yang jelas,
Kenapa aku menyambung pelajaran ijazah,
Dalam bidang  "Electronic and Computer Engineering"

******************************


Kisahnya begini:

Aku dahulu dijanjikan ayah bahawa jika mendapat 5A dalam UPSR,
Ayah akan membeli komputer,
Namun aku hanya mampu mendapat 3A pada ketika itu,
Menyebabkan ayahku menangguhkan pembelian komputer sehinggalah aku tingkatan 3,
Oleh kerana tiga tahun menunggu komputer kesayangan itu,
Ada satu kecintaan antara aku dan komputer rumah itu....

Suatu hari komputer itu rosak dengan tidak semena-mena,
Dihantar ke kedai dan penyelesaian yang diberikan adalah:

"Kena virus ni dik, kena format"

3 kedai aku pergi,
Penyelesaian yang diberi semuanya sama,
Namun aku agak yakin bahawa masalahnya bukanlah pada windows itu,
Selepas format ternyata masalah belum selesai,
Sekejap sahaja boleh pakai kemudian beberapa hari kemudian ia rosak kembali....

Peristiwa itu membuatkan aku berkata:

"Agak nak kena tunggu aku ada company computer sendiri baru boleh repair"


Cerita entah beberapa tahun dahulu itu,
Membawa aku ke cerita yang seterusnya,
Di mana apabila aku ke KMB,
Komputer riba itu kelihatan satu keperluan,
Keperluan dimana ia tidak lagi kelihatan sebagai satu barang mewah,

Baru 3 hari aku dengan komputer riba itu,
Komputer riba aku membuat masalah,
Aku pon kembali ke kedai di mana aku membeli komputer riba itu,

"Abg, laptop ni tak boleh connect wireless"

Abang kedai tu dengan penuh yakin menjawab:

"Oh, adik kena configure wireless ni dengan wireless kolej adik. Sebab lain wireless lain setting dia"


Aku rasa brader ni macam cuba pusing-pusing fakta,
Aku pon bawa 'bodyguard' besar ikut ke kedai keesokkan hari,
Bodyguard besar = Bapak
Brader tu kata:

"Ini kena format la dik"

Geram aku,
Jawapan tipikal kedai komputer keluar lagi,

"Format la dik"
"Teruk virus ni, format la dik"
"Kena format ni, tapi file hilang la semua"


Hari itu aku nekad,
Tunggulah kemunculan
"Akmalep Computer"

*********************************


Visi aku yang begitu jelas dulu,
Membawa aku diketawakan oleh interviewer MARA untuk mendapatkan biasiswa:

Interviewer: What will you do if there is no job for you once you graduated?

Akmal: I'll start my own company then. (sambil tersenyum)

Interviewer: Wahaha, your father must be very rich. 
(sambil membelek-belek details aku kemudian berkata)

Interviewer: Your father works as a goverment officer and i don't think he could fund your company. Where will you get the fund needed to start your company?

Akmal: (Berfikir seketika)

Akmal: I'll take a loan from MARA.


Bergelak ketawa aku dan 'inteviewer' itu,
Bila habis sesi aku,
Interviewer berkata:

"You're ambitious"

*********************************


Masuk first year degree,
Electronic and Computer Engineering,
Subjek Electronic tidaklah sesusah mana,
Tapi Programming memang menyeramkan,

Masuk tahun kedua,
Programming semakin tidak masuk akal bagiku,
Akhirnya aku mula menimbangkan untuk menukar kursus,

Pada tahun ketiga,
Setelah sebulan mencuba programming,
Aku kata:

"Tak boleh ni"

Maka aku pun bertukar course,
Kepada Electronic and Communications,
Maka aku pon berkata:

"Selamat tinggal akmalep computer"


Pada tahun lepas aku mula berkira-kira,
Mencari pekerjaan impian baru,
Sekiranya impian ini tidak terlaksana:

Mungkin aku boleh jadi PTD,
Mungkin aku boleh sambung PHD dan jadi lecturer,
Mungkin aku boleh ambil sijil education dan jadi cikgu,
Mungkin jugak aku boleh masuk politik, (haha)
Mungkin jugak aku boleh jadi engineer,
Banyak kemungkinan....


************


Mungkin aku dah hilang kepercayaan diri,

Mungkin aku dah hilang keupayaan untuk berfikir luar dari kebiasaan,
Tapi aku masih percaya manusia mampu membuat Kamehameha...




Tunggu dan lihat,
Siapa tahu mungkin ada Akmalep Computer...

=)

.