Wednesday, 12 September 2012

Tunang Dan Karier

Tajuk memang melambangkan masa depan,
Tapi,
Bukan aku yang bertunang,
Tapi seorang sahabat yang bertunang,

Aku dan seorang rakan diajak mengikut rombongan tunangan ke rumah perempuan,
Aku dan seorang rakan itu agak segan pada mulanya,
Kerana selalunya yang mengikuti rombongan meminang adalah ahli keluarga dan sanak saudara,
Mana ada kawan pihak lelaki ikut..

Aku dan kawan lelaki itu telah tiba di hadapan pintu rumah rakanku yang bakal bertunang ini,
Aku berkata:

"Aku segan dow, nanti semua sedara mara dia. Kita bukan kenal pun"

Seorang rakan berkata:

"Kita balik la jom"


Tiba-tiba rakanku yang bakal bertunang ini membuka pintu rumahnya,

"HOI, jomla masuk"

Plan kami untuk pulang gagal,
Memandangkan perutku yang memulas-mulas di pagi hari Ahad itu,
Aku dan seorang rakan itu pun masuklah ke dalam rumah,

Di situ kami pun bertanya adakah sesuai kami mengikut rombongan ini,
Maknya berkata:

"Takpelah, kawan-kawan rapat pun"


Penjelasan serba ringkas maknya itu melegakan,
Tetapi tidak melegakan perutku yang memulas-mulas itu,
Lantas aku berkata:

"Bro, tumpang tandas. Ada kerja nak buat"

Seorang rakan dan rakan yang bakal bertunang ini berkata:

"Ah kau, memang mat b###k"

Ketika aku ditandas membuat kerja,
Mereka berdua bersorak-sorak agar aku segera bekerja..

*******

Setibanya di rumah pihak perempuan,
Rombongan masuk ke dalam rumah,
Jadi aku dan seorang rakan diarahkan menemani rakanku yang bakal bertunang ini,
Kerana mengikut adat, tunang lelaki tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah,
Dan kami pon melepak lah di luar rumah pihak perempuan.

Setelah tamat proses menunangkan (wujudkah perkataan ini?) mereka ini,
Ayah kepada pihak perempuan datang kepada aku dan seorang rakan,
Ayahnya mengenali kami berdua kerana kami pernah datang beraya dengan tunang anaknya itu,
Ayahnya berkata:

"Yang dua orang ni bila lagi?"

Aku bergelak ketawa sambil berkata:

"Dia dulu pakcik, dia dah grad. Saya belum habis belajar lagi"


Selamat wahai rakan yang bertunang,
Kami mendoakan kebahagiaanmu,
Dahlah buat kenduri kahwin masa aku kat UK nanti,
Damn dow..
Hahahaha

******************



Karier,
Takdelah karier sangat kalau setakat bermain bola hanya wakil sekolah,
Paling bagus wakil Nottingham Malaysian Society,

Walaupun ketika di"interview" Intel Selasa yang lalu,
Ditanya:

"What is your dream job?"

Jawapanku:

"Professional Footballer"

Intel

Dekat Cafe Intel ada benda ni


Karier bola sepak aku mungkin tidak lama,
Buku lali kanan yang entah tiba-tiba kembali berlagu,
Setelah sekian lama tidak berlagu, bedenyut-denyut di malam Sabtu yang lalu,

Kecederaan ketika tingkatan 4 kembali membelenggu,
(ayat macam player professional woh)


Kerana ini mungkin futsal terakhir bersama rakan di Malaysia,
Ku tahankan jua,
Namun ia menjadi padah,
Sedang aku menggelecek,
Aku di"tackle" dan tersembam,
Terbaring aku di tengah padang dalam waktu yang lama,
Terdengar suara-suara:

"Aku rasa tangan kiri dia patah"

"Aku rasa dia salah jatuh dengan tangan kiri tadi"


Ketika aku terbaring itu,
Datang bayangan bahawa aku tidak boleh bermain sukan lagi,
Buku lali kanan sudah mula meragam,
Tangan kiri pula patah,
Baru hendak berkecimpung dalam bidang climbing,

Batu Caves


Namun setelah aku berjaya menggerakkan jari-jemari tangan kiriku,
Aku pon bangun dan tersenyum kepada rakan sepasukan,

"Nasib baik tak patah dow adib, kau ingat dulu aku pernah jatuh cara yang sama"


Datang pemain yang men"tackle" aku tadi,

"Sorry bro"

Aku jawab:

"Standard ar main bola"

***************************

Besok pagi aku bangun tangan kiri aku sengal-sengal,
Buku lali aku berdenyut-denyut,
Tapi aku masih pergi ikut rombongan tunang kau,

Sweetkan aku?



****************************

Tadi Malaysia menentang Vietnam,

Sebelum perlawanan bermula


Kita tewas 0-2,
Rakanku yang baru bertunang itu keluar makan bersama keluarga tunangnya,
Ketika segelintir rakyat Malaysia berjuang mengharumkan nama Malaysia,
Kau boleh pula bersosial,


Sedang aku dengan kaki yang tempang tempoh hari,
Juga tangan yang hampir patah,
Datang mengikuti rombongan tunang kau..


Mana semangat Patriotik kau?

Barangkali kemenangan Malaysia tidak bererti buat kau...



*************

Damn, pandai gila aku main situasi,
Boleh jadi politician,

Wahaha, gurau je bro,
Eratkanlah hubungan sebelum berkahwin

=)


1 comment:

  1. walaupun lambat komen,tapi just nk bgtau.
    kite pernah gi clmb kat Batu Cave...wo hohoho..
    Climbing sgtttt best,kan?

    ReplyDelete