Monday, 13 August 2012

Weekenders Menyerang Kuala Lumpur

Weekenders' Reach: Shantoh Ramadhan @ KL

Begitulah nama program yang aku pergi semalam.

Weekenders Club ialah kelab untuk orang yang kerja keras pada weekdays dan ingin *enjoy Weekend dengan penuh osem
*yang syariah compliant :)

sini link untuk FB page Weekenders Club ----> link

Shantoh Ramadan pula adalah dengan memberi beg yang diisi dengan makanan dan minuman yang merupakan budaya Egyptian/Arab untuk mereka yang sangkut di traffic jam dan tidak sempat untuk iftar di rumah. Kata mereka:

"A bag with love and smile"

****************************************


Aktiviti ini berjaya menarik minat aku atas 2 sebab:
1. Memang dah lama nak join aktiviti Weekenders, cuma tak berkesempatan

2. Dua minggu lepas ada predepature Nottingham di Jalan Conlay, ada lebihan kuih muih yang pihak Nottingham Malaysian Society sediakan untuk peserta. Jadi kami yang berkereta di suruh membawa pulang kerana makanan tidak elok dibuang.

Maka seorang rakan datang dengan satu idea untuk memberikan pek makanan itu kepada orang ramai di Pavilion. Dekat je Pavilion dengan Chulan Tower Jalan Conlay.


Sebelum sampai ke Pavilion, banyak pek makanan berisi kuih muih itu dapat diberikan.

Abg Motor

Pak Cik Guard

Abg Construction


Masalahnya bila dah sampai pavilion,
Satu manusia pon tak nak ambil kuih yang kami nak beri,
Malah Pak Cik Guard dekat Pavilion pon tak mahu,
Pelik

Akhirnya kami kembali ke Abg Construction,
Minta tolong dia beri kepada rakan-rakan yang lain yang masih bekerja,
Sebagai juadah berbuka..

**********************************************


Memandangkan pemberian kuih di sekitar Pavilion gagal,
Aku pun berfikir adakah kawasan mempengaruhi keinginan manusia menerima sumbangan,
Mungkin Pavilion adalah kawasan orang berpendapatan tinggi,
Agak sukar menerima pemberian,
Atau mungkin atas sebab lain..

Jadi masa Weekenders Shantoh ni,
Aku dan beberapa rakan ada target,
Target kami adalah mendapatkan 10 kereta untuk menurunkan tingkap apabila kami datang,
Dan mengambil makanan yang kami beri.

Taklimat di Masjid Jamek

Capek, Orang Kuat Weekenders

Cubaan pertama Ameer untuk memberi pek makanan kepada pemandu kereta

Cubaan Amir Aiman Jang

Oh, kami juga ditemani akak Astro Awani, apa ntah nama akak ni, rin ke shin. 
eh ada jugak muka Capek

Cubaan yang entah keberapa

Abg Topi(sorry, tak ingat nama): Bro, makanan sudah habis bro. Yeah!!!
(gambar sebelum bersurai untuk berbuka)


1000 pek,
Ada 1000 pek berjaya diberi kepada orang ramai sekitar Masjid Jamek semalam
Dan lebih 10 kereta menurunkan tingkap untuk mengambil pek makanan.

Kami sampai kembali ke masjid Jamek hampir waktu berbuka,
Mujur ada nasi yang masih belum diambil,
Rezeki beb



Jadi sebagai konklusi,
Aktiviti Weekender ini sangat menarik dan berjaya,
Dan aku akhirnya dapat menyelesaikan persoalan kenapa orang tak mahu ambil kuih yang aku bagi di Pavilion tempoh hari...

Masa di Pavilion tempoh hari,
Hanya kami berdua memegang kotak,
Kelihatan seperti penjual atau peminta derma, peminta sedekah menjual kuih,
Makanya orang lari,
Kami kata free pun mereka tak mahu..

Kata seorang penjual berdekatan Masjid Jamek masa Shantoh Ramadhan semalam:

"Selalunya dik orang datang sini mintak sedekah, tapi harini terbalik pulak, orang datang bagi sedekah.. Kali pertama jadi ni, pastu bulan Ramadhan plak... Terima kasih ye"


Jadinya apa yang aku belajar,

"Untuk berbuat baik, adakalanya adalah lebih baik dilakukan secara berjemaah (beramai-ramai) agar lebih mudah mendekati masyarakat"



Juga dah ada video keluar,

Mantap =)


Weekenders memang terbaik
=)


3 comments:

  1. Hamboi senor sudah jadi aktivis sosial!

    p/s:siap datang pakai baju polo lagi tu.

    ReplyDelete
  2. reporter astro awani tu namanya syakirin, kawan eden.

    ReplyDelete
  3. abg topi tu maksudnya adot ke? ikram namanya dipanggil adot. =)

    ReplyDelete