Wednesday, 8 August 2012

Kata Sahabat Saya

Katanya:

Jika dia beriman dengan dengan formula kena bina diri baru bina keluarga dan negara, maka dia khuatir sampai bila-bila pun dia tidak akan bersolat kerana rasa belum cukup baik untuk mula bersolat. Dan juga tahap baik yang bagaimana baru kita boleh bersolat?


Saya kata:

Macam ada yang kurang tepat,
Kita bersembahyang bukan bila kita rasa kita baik,
Tapi kita bersembahyang agar menjadi hamba yang lebih baik,
Tak gitu?

Jadi bukan persoalan berapa 'level' kebaikan baru boleh solat,
Tapi dengan bersembahyang itu akan menjadikan kita hamba yang lebih baik,

Bukankah solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar?
Maka apabila tercegahnya perbuatan yang keji dan mungkar ini,
InsyaAllah kita akan menjadi hamba yang lebih baik.


Sama juga seperti dakwah,
Tidak perlu menunggu menjadi baik untuk mengajak orang berbuat baik,
Dengan mengajak manusia berbuat baik, bukankah kita telah berbuat baik?
Oleh itu insyaAllah tergolong dalam orang-orang yang baik.


Jika hendak berbuat baik perlukan 'level' kebaikan,
Maka bayangkan seorang pembunuh yang insaf membuat Qiamullail di masjid,
Pak Imam datang berkata:

"Anak muda, jangan Qiamullail. 'Level'mu belum cukup untuk Qiamullail"


Jika hendak menunggu menjadi baik baru hendak berbuat baik,
Ibarat mengatakan:

"Aku tak cukup ilmu hendak menjadi jurutera, oleh itu aku tidak boleh menjadi jurutera"


Jika begitu tiada siapa layak menjadi jurutera,
Kerana tiada siapa secara automatik mempunyai ilmu kejuruteraan,
Oleh sebab itu, kita belajar dan mengambil ijazah dan berusaha untuk menjadi jurutera.



Jika ingin berbuat baik, teruskan. Tiada 'level' ditetapkan untuk melakukan sesuatu kebaikan

Jika TIDAK ingin berbuat baik?

"Jangan menipu diri sendiri, semua orang ingin membuat kebaikan"


=)

2 comments:

  1. Betul.
    Semua orang ingin menjadi baik.
    Cuma takda keyakinan boleh menjadi baik.
    -mss

    ReplyDelete