Thursday, 16 February 2012

Kecewa, Mujur Ada KAWAN

Kau tahu,
Result exam aku sudah keluar,
Subjek yang ingatkan fail kerana hanya mampu menjawab kurang dari separuh,
Lulus cukup makan...

Maka ia menarik average aku jatuh,
Kecewa...
Tapi memang dah sangka,
Dan mujur tak gagal,
Kalau tidak kena "resit" paper,
Dan tarikh "resit" adalah pada 20 Ogos,
Kau tahu apa ada 20 Ogos,
Hari Raya Aidilfitri..

Mujur lulus,
Alhamdulillah...

**********************

Kalau dibuat graf,
Markah secara average semakin jatuh,
Maka secara hipotesisnya,
Semakin hampir dengan "graduasi", semakin jauh harapan untuk "first class",

Maka dengan itu,
Saya diilhamkan dengan idea,
Dinamakan Program KAWAN...


KAWAN,
Konsep program ini mudah,
Satu hari mesti ke library untuk "study" sekurang-kurangnya 2 jam,
Disebabkan susah untuk ke library seorang diri,
Maka ajaklah kawan agar tidak rasa keseorangan...

KAWAN,
Ianya wajib berlangsung pada "weekdays",
"Weekend" hanyalah "optional"


KAWAN,
Semenjak penubuhan pada Jumaat malam 10 Feb 2012, waktu UK,
Telah berjaya mengumpulkan 3 orang ahli,
Dan semalam merupakan kali ke-3 program ini berjaya dijalankan,
Malam ini program KAWAN terpaksa ditangguh kerana ada ahli-ahlinya ada bulatan gembira...
Study-study juga, tarbiyah diri kena ada....

KAWAN,
Setelah penat berfikir tanpa berbincang dengan ahli KAWAN yang lain,
KAWAN adalah akronim kepada,
Kau Awan Nano

KAWAN,
Dengan ini,
Saya sebagai Pengarah Program Kawan,
Merasmikan Program Kawan....


Pop, Bom, Piuu, Tebabom (bunyi bunga api)

Poster pertama disiapkan pengarah dalam masa 5 minit

Sekian,

Berminat?
Bolehlah mendaftar..
Wahaha.

Akhir kata,
Selamat berKAWAN..

=)

.

5 comments:

  1. haha.. so sweet ade program KAWAN.. :)

    ReplyDelete
  2. xpe akmal...stay strong
    saya dulu pun time blaja tggl lagi 2 sem...
    pointer jatuh teruk..cgpa xsampai 3 pointer pun...
    lecturer kata, kalu dapat 4.oo skalipun pun, cgpa xkan dapat 3...

    But i care nothing...
    n i believe in miracle...(Allah kan ada)
    last 2 sem saya pulun...
    xdapat 4.00 pun..dapat 3.6 je..
    tapi dapat jugak grade ngan 3 pointer..
    syukran..dapat lebih drpd yang saya expect..

    nak berjaya perlukan 3 benda:

    1. Baik ngn lecturer...
    2. Usaha diri sendiri...
    3. Doa pada Allah...

    saya tau akmal tau formula di atas n akmal pun wat camtu, just u need to BELIEVE it...then u'll have it.

    Gud luck dik..(^_~)

    ReplyDelete
  3. Nurul: =)

    ashikin: Doa dulu baru usaha kan? hehe... tp sini baik dengan lecturer bukan dapat apa... masa tanda paper nnt lecturer bukan tahu tu paper sape.. ada student ID je..

    ReplyDelete
  4. Salaam. Tersenyum baca entry ni. Kena buat jugak la program KAWAN since finals dah dekat. :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete