Friday, 10 February 2012

Exam Khutbah Strategi Bola Salji Result

Exam telah tamat 2 minggu lepas,
Ada 6 papers kesemuanya,
Maka persiapannya adalah seperti berikut:



Paper yang pertama diberitakan bahawa average markah tahun lepas hanyalah 35%,
Maka persiapan "extra" diberikan kepada subjek tersebut,
Namun malangnya,
Gagal juga menjawab dengan suksesnya,
Hanya sebahagian kecil sahaja mampu dijawab,

"Separuh punya separuh"

Itu je yang mampu dijawab,
Padahal subjek ini telah diberi perhatian lebih daripada subjek2 lain....

Memang boleh nangis,
Tapi tak nangislah,
Tak pernah aku "blank" sampai macam tu,

Ada member bagi tahu,

"Bila stress kita kehilangan air dalam badan, so musim-musim exam ni kena banyak minum air"

Mungkin betul,
Aku punya "stress" dalam exam tu sebab tak dapat jawab,
Sampai bibir aku kering,
Pastu aku pegang bibir aku dah berdarah,
Huh, extreme2...

Macam nak gigit-gigit je kertas soalan tu,
Hancur, punah lagi bila dah habis semua kata:

"Eh, macam soalan past year" 

Punyalah aku bertambah stress mengetahui fakta itu,
Begini ceritanya,
Mungkin disebabkan modul itu selalu mempunyai average yang rendah,
Tahun ini lecturer lain ditugaskan mengajar,
Maka lecturer ini memberi ratusan soalan latihan (example sheets),
Dan aku membuat kesemuanya tanpa melatih diri dengan soalan past year,
Katanya:

"If you do all the questions in the example sheets, you will have no problem in the exam"

Macam ni ceritanya lagi,
Soalan example sheet tiada "derivation", maka dengan menghafal formula dan memahami konsep boleh menjawab kebanyakan soalan example sheet,

Tapi soalan past year,
Suruh derive baik punya,
Habis semua benda kena derive,
Separuh soalan derive lagi separuh standard soalan,
THANKS LA LECTURER!!!


Maka keluarnya aku dari exam hall itu aku seakan-akan marah dengan diri sendiri,

"Kenapa tak tengok past year??"
"Kenapa tak belajar derivation betul-betul masa revision"



Memandang ke langit

"Kenapa aku??"

************************************

Esoknya,
Khutbah Jumaat,
Diberikan oleh brother Anas,

Oh, aku kenal brother ini,
Dulu ISOC ada buat brother's night out,
Aku team dengan brother ni main fifa11,
Kami menang 2-1,
Khatib juga main fifa kau tahu...

Tapi itu bukan ceritanya,
Ceritanya content khutbahnya yang begitu tajam,
Sedang aku dalam dilema dan amarah peperiksaan semalam,
Sibuk mempersoalkan strategi sendiri yang tersilap,
Juga tertanya-tanya kenapa aku,
Bukankah sunnahtullah sesiapa yang berusaha mendapat kejayaan?

Dalam khutbah jumaat itu yang paling menusuk kalbu adalah:

"Don't you ever say - Why me Allah?"
"Don't you ever questioned what Allah has planned for you"
"If you fail try harder. Allah rewards you by the amount of effort you put in not the success itself"


Zasss,

Tapi aku melangkah ke exam petang jumaat itu dengan senyuman,
Juga syukur
=)

*************************

Maka strategi untuk kesemua 5 paper seterusnya adalah mendapat 100%,
Jika ingin mengekalkan impian first class degree..

Tapi apakan daya,
Paper mathematic susah seperti luar biasa...

Lagi ajaib,
Selepas menjawab paper Electronic,
Aku merasakan:

"Yeah, boleh score ni"

Tapi selepas itu dua best students datang berkata:

"I'm going to fail this paper"

Cuak,
Sama ada aku memang boleh jawab,
Atau aku salah buat sebab best students pon tak boleh jawab paper tadi...

********************************

Minggu lepas ada Asian League Games,
Secara ringkasnya kami
Menang lawan Thailand 3-1,
Kalah lawan China 2-0,
Menang lawan Hong Kong B 2-1,
So, dapatlah no 4 ke 5 aku pon tak pasti

Padang beku, maka kami pergi menyokong Suvik (pemain badminton)


Jangan tertipu, itu medal Suvik


Bro, aku rasa aku bukan Iniesta,
Aku lebih macam Chicharito,
Opportunist Striker
Wahahaha

************************************

Salji dah turun kau tahu,
Walaupun dah third year,
Aku tetap excited setiap kali salji turun,
Mungkin dulu dari kecil aku nak sangat main salji,
Maka setiap kali salji turun ibarat impian jadi kenyataan,




Doraemon


Juga setiap snowflake salji itu adalah unik,
Menjadikan aku kagum melihat billion-billion biji-biji putih yang berbeza,
Hebat, Subhanallah






Kau nak main salji juga?
Belajarlah rajin-rajin siapa tahu rezeki kamu juga ada di sini..


****************************

Yang paling penting sekali result keluar esok,
Aku cuak,
Tapi aku kena belajar untuk redha..



Ada lagi 60% degree untuk diperjuangkan,
Tadahal

=)
.

No comments:

Post a Comment