Sunday, 25 December 2011

36 jam..

Cuti,
Dah seminggu cuti,
Dah lebih 36 jam aku tak pegang buku,
Last sekali pegang buku adalah Jumaat pagi...

Semalam Sabtu,
Aku decide untuk cuti dari study,
Pergi main boling,
Main monopoly dan berbagai lagi aktiviti untuk melupakan seketika akademik,
Juga kelam kabut menghafal hafazan sebab tak hafal2 lagi surah hafazan yang diberi bos bulatan gembira...


************************

Antara perkara yang menarik yang berlaku semasa bermain monopoly adalah aku menang,
Hahaha, YEAH!!!!

Namun di sebalik kemenangan itu ada cerita pahit,
Pada pertengahan permainan,
Aku "berhenti' di petak "Go to Jail"
Jadi pergilah ke Jail


Pada giliran seterusnya,
Aku berjaya "roll" double jadi berjaya keluar jail,
Namun begitu di giliran yang sama,
Aku kembali ke petak "Go to Jail"
Sudah 2 kali berturut-turut masuk jail,
Aku seakan tidak percaya..


Setelah tiga giliran mencuba tetapi gagal "roll" double,
Akhirnya berjaya keluar jail,
Dadu diputar menuju ke petak "Community Chest"
Kad di dek "Community Chest" dibuka tertulis:

"Go To Jail"

Tiga kali berturut-turut masuk jail,
Aku dan mereka seakan tidak percaya...


Setelah mencuba "roll double" tiga giliran lagi di dalam jail,
Akhirnya berjaya keluar juga,
Dadu dilempar menuju ke petak "Chance"
Kad di dek "Chance" dibuka tertulis:


"Go To Jail"

Gegak gempita sebuah rumah di dunkirk,
Akibat jeritan seorang pelajar yang dihukum penjara 4 kali berturut,


"Apalah nasib"
"Kenapa aku"
"Tak mungkin 4 kali berturut-turut"

adalah antara luahan hati aku...

Akhirnya aku nekad membayar 50 unit monopoly money untuk keluar penjara,
Tidak sanggup menunggu 3 giliran lagi,

Kali ini aku tidak menyinggah petak "Go To Jail"
Mahupun menerima mana-mana arahan untuk ke jail,
Aku berkata:

"Yeah, tiada lagi jail"


Namun begitu apabila masuk kembali ke petak permulaan,
Aku menyinggah petak dimana aku perlu membayar cukai,
Yang harganya sama dengan harga "gaji"
Gaji = istilah yang diguna jika satu pusingan lengkap bandar monopoly telah dibuat,

Bukan sekali aku kena cukai,
Bukan dua kali,

Tapi 4 kali berturut-turut aku kena cukai yang tidak melayakkan aku mendapat gaji,
Kecewa,
Hancur,
Rebah,
Punah (aiseh bro, bahasa)

Selepas 4 kali berturut-turut masuk jail,
Kemudian di 4 giliran seterusnya aku dinafikan mendapat "gaji"
Dugaan apakah ini...


Namun dipendekkan cerita,
Aku akhirnya berjaya membina hotel dan menang dengan jumlah kekayaan yang melampau...


Jadi,
Janganlah bersedih kalau nasib tidak menyebelahi anda,
Yakinlah bahawa ada kebaikan di sebalik musibah itu...

Omputih ada berkata:

"Every cloud has a silver lining"

Orang melayu juga berkata:

"Setiap awan ada lapisan perak"



"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(As-Syarh 94: 5-6)


=)
.

Tuesday, 13 December 2011

Belajar Bersyukur 2.0

Kenapa 2.0?
Sebab sudah ada versi yang 1.0 ---> sini

*********************************

2 minggu lepas,
Aku bergelumang dengan satu coursework matematik,
Entah apa yang susah sangat pon aku tak tau,
Buat cara ni salah,
Buat cara tu salah....

Pada hari deadline coursework itu,
Aku hanya berjaya menjawab separuh sahaja soalan coursework itu,
Last2 ingat nak hantar lambat sehari,
Bagi peluang diri sendiri berfikir,
Rupa-rupanya lepas dua hari pon tak dapat idea lagi...

Hentam-hentam skit,
Goreng-goreng skit,
Maka dihantar juga coursework itu walau lambat 2 hari...



Lecturer hantar email coursework boleh diambil,
Cuak bai,
Dalam hati:

"Tolonglah lulus. 50% pon cukup"


Terbeliak mata aku dapat 88%,
Tapi sebab lambat 2 hari tolak 10%,
So 78%.

Alhamdulillah,

=)

*********************

Rabu lepas macam biasa lepas kelas pagi,
Aku pergi swim,
Tapi tak pasal-pasal,
Kaki aku "cramp" masa tengah berenang,
Cepat-cepat aku berenang sampai tepi kolam,

Punyalah sakit tapi aku malas nak balik lagi,
So aku teruskan berenang tapi tak guna kaki,
Aku kepit pelampung dekat peha..
Wahaha.....


Makanya akibat peristiwa itu,
Aku tempang sedikit ketika berjalan,
Boleh berjalan tapi tak boleh berlari,


Pada Jumaat pagi,
Aku masih terhincut-hincut,
Ada pula meeting pukul 12-2,
Membuatkan aku berfikir macam mana nak solat Jumaat,

Meeting punya meeting,
Aku pon tak sedar tengok jam dah 1.15,
Aku pon mintak izin keluar untuk solat dari group member,
Mujur mereka faham,
Aku pon berlari sebab solat Jumaat jemaahnya pukul 1.20,

Kemudian berlari kembali ke library untuk meeting,
Tamatnya meeting pukul 2 aku sedar:

"Eh, kaki tak sakit dah"


Maka pada hari Sabtu dapatlah "Iniesta" beraksi di padang,

Alhamdulillah

=)
.

Wednesday, 7 December 2011

Belajar Bersyukur

Makan,
Itu hari entah macam mane kami boleh berbincang pasal beras basmati,
Beras basmati mahal skit dari beras biasa,
Tapi dye sedap dan berkhasiat,
Kenapa?

Sebab menurut pelajar scholarship agung,
Kanji dalam beras basmati 60% dari beras biasa,
Maka ia lebih menyihatkan sebab badan kita tak perlukan bnyk kanji...

Bukanlah nak cerita beras,
Tapi ini mengingatkan saya pada satu cerita...


Sesiapa yang pernah bersekolah asrama penuh,
SBP,
Bila cakap pasal dewan makan,
Mesti tau ada satu jenis lauk diberi nama ikan jaws,
Aku tak tau nama betul ikan tu,
Ada jugak panggil ikan tu ikan jacket...

Tapi yang penting ianya kurang digemari pelajar2 sekolah,
Waktu tu mesti ramai pergi kantin beli makanan,
Walaupun pakcik kantin sedikit berkira,
Kalau beli bungkus dye cas lebih 20sen sebab harga polistren,
Damn, mentang2 dye monopoli...


Tapi,
Diceritakan bahawa ada seorang pelajar di sekolah aku,
Begitu berselera makan di dewan makan,
Walaupun hidangan ikat jaws (jacket) dihidangkan,
Seseorang pernah bertanya,


"Kenapa kau berselera sangat makan ikan ni?"


Dia menjawab:

"Aku kalau dekat rumah nak dapat lauk ikan pon jarang. Nak makan lauk ayam lagilah jarang"


Kemudian dia meneruskan makan dengan penuh berselera.....


Kalau aku,
Itu tak cukup, ini tak sedap,


Bersyukur,
Susah betul

.

Thursday, 1 December 2011

Tipikal Blogger, Bila Birthday Mesti Buat Post Pasal Birthday

Semalam umur genap 22...
Kalo nak tepat ikut surat beranak,
Aku lahir 30 November 1989 pukul 11.15 malam waktu Malaysia...


Kita mulakan post ni dengan lawak tipikal bapak aku,
Bila orang tanya umur bapak aku,
Bapak aku akan cakap 25 padahal umur dye 52,
Jadi lawak tu tak applicable untuk aku tahun ni,
Sebab pusing 22 tetap 22,
Sorry ayah, gurau2 skit (haha, bapak aku baca blog aku dow)...

*****************


Hari Selasa 29 Nov

Esoknya Rabu,
Selalunya ada kelas pagi,
Tapi lecturer cancelkan,
Hahaha, member pon kata:

"Asal kau cuti esok, ingat birthday kau esok boleh suka2 cuti"



Di hari Selasa jugalah ada seorang kawan bagi aku ni:

ada lagi 51 comments tu macam-macam kami bincang, 
dari hal bola hingga hal Pegawai Tadbir Diplomatik


Lu suwit la bro, dye jugak la yang membuatkan aku membuat post ini ---- Click SINI YO!!
Sebab nak meransang minat korang baca, aku bgtau post tu tajuk dye -I Miss You Babeyh - 

Settle hari Selasa,
Aku pon berusaha keras menyiapkan cozwork,
Sehingga tidur lambat,
Lalu bangun lambat di hari jadi.....

********************


Rabu 30 November,
Dek bersengkang mata sehingga subuh mengerjakan cozwork,
Bangun lambat la jawabnya,

Tengah harinya menelefon keluarga di Malaysia,
Punya lama aku tak cakap dengan bapak aku,
Sampai 1 jam 40 minit aku bergayut,
Punya la banyak kami sembang,
Dari hal pelajaran aku, hal MARA, hal kerjaya,
Tapi yang paling best,
Bapak aku tanya,


"Ha, bila nak kahwin?"

Aku dengan pantasnya menjawab,

"Kalo boleh, tahun depan"

Berdekah-dekah dua beranak ini gelak,
Tapi bapak aku reply dalam ketawa:

"Kasi habis study dulu la, baru kahwin"

Namun ia disusuli soalan da bomb

"Eh, dah ada "kawan" ke? "

Aku pon jawab:

"Kasi green light kita jalan"


Kembali hiruk pikuk perbualan itu....
Sehingga pesanan-pesanan seorang bapa mengakhiri perbualan itu...
Sembang ngan mak ringkas,
Tapi banyak pesanan,
Jangan itu,
Jangan ini...
Hehe =)


Teringat masa kecil dulu pernah cakap,



"Ibu ni asyik bagi ceramah je hari-hari"

Mak aku tersenyum masa tu pastu dapat hadiah piat telinga satu"



Kemudian bersiap-siap untuk ke library menyambung cozwork,
Sementelahan cozwork pon masih belum selesai
(amboi bahasa, sementelahan tu... wahaha)


Namun begitu,
Niat tidak kesampaian,
Perlu membaca sedikit lagi untuk present semasa bulatan gembira,
Juga membalas notification facebook dari rakan2 yang tidak jemu mengucapkan hari jadi,
Salah satunya:



Ini jiwang. Padahal aku yang conteng ni dekat whiteboard dye



Tau2 dah 6.30,
Setelah tamat bulatan gembira,
Kami pon makan beramai-ramai,
Dengan tidak semena-mena,
Sedang aku menceduk nasi ke dalam pinggan...

Kedengaran suara mereka bernyanyi beramai-ramai,


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Akmal Aliff
(pastu ada sorang jerit "kapten bola!!"
Allah selamatkan kamu...


Wahaha,
Ada kek bai,
Gua yang garang ni pon tersipu-sipu malu,
Disuruh memberi ucapan:

"Aku ingat takde kek, sekali ada.. Thanks la korang"




=)



Umur dah 22,

Aku selalu teringat setiap kali birthday,
Ada satu senior pernah cakap:


"Sebenarnya bila birthday, itu tanda kita dah setahun dekat dengan kematian"


Umur makin pendek,
Bila nak berubah kalo bukan sekarang.....

***********************************



Aku patut kembali menyiapkan coursework aku itu,
Jumpa lagi di lain warkah...

=)
.