Monday, 21 November 2011

Sensitiviti

Sensitif...

Hari itu ada orang komen blog ini menggunakan bahasa yang kasar,
Ku kaji-kaji orang itu datangnya dari Nottingham,
Tapi mungkin juga bukan orang Nottingham...

Aku pon mula mencari-cari siapakah gerangan orang itu,
Mujurku dapati semua yang ku kasihi di Nottingham ini,
Tiada pula yang bermasam muka denganku...


Takut tersalah kata, menyakitkan hati orang,
Sensitif....

*******************

Sensitif,

Rabu lepas aku main bola dengan Islamic Society (ISOC),
Main dengan ISOC seronok kalau dapat main dengan kawan2,
Tapi kalao dapat padang sekali dengan pak-pak arab yang semangat,
Penat kena marah.....

Tapi haritu aku terlebih seronok,
Aku hentam bola lelaju,
Sekali kena muka member,
Terus aku lari laju-laju,

"I'm sorry. Are you okay brother?"


"Don't worry, I'm fine"

Kemudian dia tersenyum,
Sambil main-main tu adalah dekat 5 kali aku mintak maaf sampai kali kelima,
Dia kata:

"Haha, stop worrying brother. I'm fine"


Tersepak bola ke kepala orang,
Sensitif

***********************

Sensitif,

Hari itu aku ada buat silap,
Senang cerita terbuat dosa.....

Tapi rilex je tak rasa pape,
Sampai satu masa aku terfikir balik ape aku buat,

"Eh salah ni"


Sensitif dengan dosa?
Belum lagi....

********************

Sibuk menjaga hubungan sesama manusia,
Hubungan dengan Allah yang lebih utama...


Moga diampunkan,
Astaghfirullah.....


Nabi istighfar lebih 70 kali sehari,

Kita macam mane?
.

Sunday, 13 November 2011

Misi Gagal

Semalam,
Sebelum Nottingham Games,
Aku ada 2 misi...

Misi 1: Kasi dapat medal.

Misi 2: Aku jangan emo dalam padang.

*******************************

Cerita bermula pada malam sebelum Notts Games,
Rumah aku jadi port masak-masak,
Sebab ada orang nak berniaga esok...

Aku tutup mata pukul 11.30,
Sekali ada siapa ntah gelak,
Aku terjaga tengok jam pukul 12.15,
Kononnya nak cuba tidur balik tapi gagal,
Aku dah baring tapi tak tidur-tidur jugak,
1.30 pagi aku keluar bilik bagitau soh team masakan senyap skit,

2.30 pagi
Aku tak tidur lagi,
Aku dah stress sebab tak boleh tidur..
Belum masuk padang dah emosi...

Misi 2 Gagal

*********************************

Pagi Notts Games,
Masa grouping stage,
Aku rasa aku tak emo sangat,
Tapi teammate aku kata:

"Haha, are you playing rugby or what? You "langgar" everyone"

Biasalah tournament, kena keras sikit...

Masa best of 16,
Kena sebijik, player mental ada down skit,
Betul-betul last minute captain tanduk bola masuk plak gol,
Pastu dapat penalti,
Captain ambil gol,
Pastu kitorang bertahan,
Sampai wisel penamat...

Masa quarter final,
Semua dah pancit,
Kalah teruk....
Hahaha, kalah teruk,

Misi 1 juga gagal

*****************************

Bila dah kalah, committee bola offer jadi referee final ngan 3rd/4th placing,
Cam best,
Tak masuk final atleast aku referee final... hahaha

3rd/4th placing lancar
Tadahal punye,
Masa tu committee bola tak bagi aku red ngan yellow card,
Aku cakap dekat dua-dua team:

"Kita main bola ye, aku pon memang takde kad nak bagi korang. Committee tak bagi"

Memang game clean, semua guna kaki untuk sepak bola, nicelah dua team ni =)


Final
Masa final baru dapat red ngan yellow card,
Final sengit,
Sampailah ada satu moment aku yellow cardkan satu player,

Tapi lepas tu ada peristiwa lawak skit,
Aku nak bagi second yellow card,
Sekali yellow card tu terjatuh,
Semua orang gelak,
Damn malu bai.. hahaha

Second yellow card sama dengan red card,
So aku red cardkan la player ni,
Sekali dye bagi aku satu lempang,
Damn panas,

Kalau biasa tengok player bola tengah emo,
Mesti macam nak gaduh-gaduh,
Lawan mencarut ke,
Aku sikit lagi nak macam tu,
Nasib baik ada teammate player tu tarik aku,
Tak bagi aku jumpa player yang lempang aku tadi,
Panas bro kena lempang,
Aku tengok jam ada lagi 3 minit,
Dalam kepanasan yang melanda aku habiskan tiga minit...

Habis tiup wisel,
Ramai plak la teammate player yang kena red card ni pergi dekat aku,
Mintak maaf bagi pihak player tu,
Aku yang kepanasan tadi itu telah menjadi suam-suam...

Dengan tidak semena-mena ramai plak orang kerumun aku,
Peluk-peluk aku suruh cool down,
Teammates Nottingham,
KMBians,
Rerakan Soton,
Housemates pon join sekali,
Last sekali semua orang gelakkan aku sebab jatuhkan yellow card sebelum bagi....


Adoi,
Misi 2 Gagal,


Emo atas padang,
Jadi referee pon emo,
Hahahaha....

**************************

Gagal,
Ada 2 misi,
Dua-dua gagal,
Hahahaha,
Next tournament kita cuba lagi

=)
.

Oh,
Tadi Notts lawan team VIP,
Welcoming Game for VIP,
Lebey kurang la,
DR MAZA main sekali bai..

Apa-apa pun, aku main bola dengan DR MAZA


DR MAZA langgar aku dow masa main bola tadi, hahaha

=)
.

Thursday, 10 November 2011

A Picture Is Worth A Thousand Words

Gambar di atas menunjukkan seorang pemuda 
yang sedang bermain bola sepak

Orang putih kata:

"A Picture Is Worth A Thousand Words"

*********************************



Gambar di atas menunjukkan seorang pemuda yang sedang bermain bola sepak


Sabtu ni Nottingham Malaysian Games,
Sapa main bola,
Kita jumpa lusa.....

********************************



Gambar di atas menunjukkan seorang pemuda yang sedang bermain bola sepak


Bukan buli budak kecik,
Tapi melatih mereka,

Nampak kaki tak jejak tanah dalam gambar tu?
Aku cakap itu skill paling basic aku boleh buat... (hahaha =D )

Rakan sepasukan aku cakap:

"Saturday bawak skill paling mahal"

********************************************



Gambar di atas menunjukkan seorang pemuda yang sedang bermain bola sepak


Bola sepak,
Tatkala bermain bola sepak semakin memberi keseronokan buatku,
Buku Lali (ankle) ku seakan-akan berkata:

"Berhenti la main bola Mal, ankle kau kan sakit. Main dam haji. Notts Games ada dam haji"

Ini mesti sebab dulu kaki aku pernah masuk lobang,
Pastu terkehel apa ntah sampai sekarang akan sakit,
Setiap kali aku cuba hentam bola lelaju....

Seorang legendary pernah berkata:

"Bila kaki kau injured, dia susah nak pulih macam dulu"


Macam baju yang putih,
Kalau terkena kotoran yang dasyat,
Bukan main susah nak putihkan macam baju baru,
Guna clorox pon kadang tak putih jugak....


Macam hati,
Bila dah penuh titik-titik gelap,
Sikit punya susah nak kasi buang titik hitam,
Supaya bersih macam dahulu...

*********************************


Gambar di atas menunjukkan seorang pemuda yang sedang bermain bola sepak.


Hari itu aku pergi city center,
Nottingham banyak orang tua,
Ada satu kawasan tu agak sesak,
Dan aku nak cepat,
Tapi ramai plak orang tua...

Jadi nak jalan laju kena elak-elak,
Kadang ada orang tua yang perasan dye mengganggu kepantasan aku bergerak,
Kelam kabut dye:

"I'm sorry"

Aku balas dengan senyuman,
Difikir-fikirkan balik,
Nanti bila dah tua,
Aku pon mesti jalan slow...

Kalao amik gambar aku main bola,
Mesti berdiri tegak je,
Lari sikit penat, sepak sikit sakit...
Perut confirm boroi.....

Maharaja Lawak Sepah pernah berkata:

"Apa petua kau nampak muda je?"


"Ini aku nak bagitau kau, orang kita asal hensem pakai petua. Salah. Aku nampak muda sebab pakai pemuda" 


Ini satu Petua buat Pemuda:

"Manfaatkan masa muda anda"

**************************************************


Gambar di atas menunjukkan seorang pemuda yang sedang bermain bola sepak



Siap baju melayu lengkap,
Songkok je takde,
Agak terlambat mengucapkan:

"Selamat Hari Raya Aidiladha"

****************************************************

Ini baru satu gambar,
Cerita punya panjang,

A Picture Is Worth A Thousand Words


Kawan aku cuba buat lawak:

"Kalau "A Picture Is Worth A Thousand Words", nanti kalau ada kena buat essay 4000 words kau letak empat gambar pastu tulis caption A Picture Is Worth A Thousand Words. 4 picture sama dengan 4000 words"


Aku reply:

"Lawak la tu"

Sekali dia buat muka...
Pastu aku senyum

=)
.

Friday, 4 November 2011

Bonding

One member of my group for the third year project said:

"We should go bonding some time"

And they replied:


"Ya, let's go bowling or have dinner together"


"Or let's watch movie"

And a guy said:

"Guys, i don't do bonding"
And we all laughed.

*************************

Aku senyum je,
Sambil berfikir,

"Jangan la ajak aku pergi pub"

Mungkin ada yang cakap:

"Kolot la kau, order coke sudah"

Aku reply:

"Aku takut tak kuat iman la bro"

Tu sekarang la punya jawapan la, kalau dulu aku jawab camni:


"Kau iman kuat bolehlah"


Sekarang aku sedang mencari siapakah gerangan yg telah tersinggung dengan aku,
Kang aku guna "sarcasm",
Lebih ramai yang tersinggung

=)
.

Tuesday, 1 November 2011

Aurat

Cakap pasal aurat,
Orang akan selalu terfikir tudung...

Tetapi,
Di zaman moden tatkala fesyen menjadi ikutan remaja,
Ramai lelaki yang suka pakai baju kecik2..

Masalahnya satu,
Bila sujud waktu solat,
Baju tu terangkat sampai nampak "belakang",

Penyelesaiannya dua,
Pertama,
Pi beli baju besar skit la

Kedua,
Masuk baju dalam seluar sebelum solat,
Omputih kata:
"Tuck In"


=)

.