Wednesday, 26 October 2011

Surah Taha

Semalam ada Quranic Circle,
Duduk ramai-ramai baca quran,
Semalam baca Surah Taha...

Kemudian seseorang berkata:

"Ayat 25 -28 ni doa kita selalu baca masa zaman sekolah rendah dulu lepas kelas"


Kemudian aku pun terfikir,
Patutlah makin tua aku makin bebal,
Susah benar nak faham,
Dulu zaman sekolah rendah,
Setiap kali sebelum dan selepas kelas,
Akan baca doa belajar...

Doa apa?
Aku bagi klu,
Doa Nabi Musa sebelum jumpa Firaun
Kalau tak tau pergi bukak Quran...
GO GO


Sekarang?
Datang kelas pon kadang-kadang lambat,
Mana ada baca doa,
Paling kuat Bismillah,
Itupun kalao ingat..


Patutlah ilmu susah nak masuk,
Sombong


Tadi pon aku lupa nak baca doa,
Masuk kelas jumpa kawan sembang-sembang
Lecturer masuk terus start kelas,
Keluar kelas otak "blank"


Mari kembalikan habit membaca doa


Excellence, is not an act, but a habit
                                            -Aristotle-


Dah tau doa apa ke belum?
Kalau belum pergi buka Quran,
GO GO GO

=)
.

Friday, 21 October 2011

Produktivi?

Semalam, Rabu

10 pagi 
Kelas tamat.
Cek email.
Universiti kata pertukaran kursus berjaya. MARA benarkan.
Yeah!!!! Medicine, here i come....

Ok tu tipu. Tak nak aku medicine. Biologi SPM pon aku tak amik

11 pagi
Ke sports center (swimming pool)

11.30
Sampai di swimming pool

12.30
Habis berenang, ke Portland untuk solat Zohor

1.45
Solat Zohor habis, baca buku 5 helai

2.15
Singgah rumah kawan sembang-sembang main game

2.45
Balik rumah sebab ada meeting pukul 3

3.07
Lambat sampai meeting


4.00 
Meeting habis ke Portland Building untuk Solat Asar

4.30
Kelas Matlab

5.30
Berkejaran ke padang bola kerana ada latihan sedang dijalankan

6.15
Pulang ke rumah

6.30
Ke Portland Building ada kelas Akhirat anjuran ISOC

8.00
Solat Isyak


8.30
Tggu Hosni sembang dengan Pak Arab

8.45
Pulang ke rumah

8.50
Masak

10.00
Makan sambil berbincang isu semasa bersama housemate

10.30
Baca buku 5 helai lagi

11.00
Singgah rumah kawan, ziarah orang injured main bola siang tadi

12.30
Rumah kawan ada PS3, Fifa 12 sepam

Entah pukul berapa aku balik pon aku tak perasan.

*******************


Hari ini Khamis,
Cuti xde kelas

Suruh housemate kejut kol 10 sebelum die ke kelas

10 pagi
Housemate kejut
Tapi guling-guling kol 10.30 baru bangun

11.00
Sudah siap mandi, kemas bilik, vacuum bagai

1.00
Pergi city center untuk beli barang.

4.30
Pulang dari city. Rehat-rehat main facebook

5.00 
Housemate ajak solat asar


6.15
Kami ada talk Stranger's Tour
Ada Baba Ali
=)


10.00
Talk habis, sesi bergambar

11.00
Makan bersama housemate sambil berbincang isu semasa

11.30
Solat Isyak dan kemudian kembali berbincang isu semasa

12.00
Tetamu pulang dan kami tidur

12.30
Aku update blog

***********************

Produktiviti
Bila disusun timeline sebegini rupa,
Baru sedar banyak masa terbuang,
Entah hilang kemana pon tidak tahu,
Blog tak update pon (haih, kasar hang ni) -- monolog dalaman

Dengan
Facebooknya,
Youtubenya,
Boraknya,
Duduk dalam bas termenung,
Jalan kaki melenggang...


Agak produktif di hari Rabu,
Itupun ada beberapa ketika aku bermain game,
Karat lama yang masih melekat

Khamis tiada kelas tidaklah seproduktif mana,
Haih =(

Entah siapa ntah pernah berkata kat aku:

"Jika dilihat aktiviti seharian kita, layak kita masuk syurga?"



Damn....
Aku nak syurga

JOM Berubah

=)
.

Tuesday, 18 October 2011

Masalah

Bila ditimpa masalah,
Baru kelam kabut mencari tuhan,
Tipikal manusia

Tipikal aku

Friday, 7 October 2011

BOOM CAMP?

Agak busy kebelakangan ini,
Juga malas yang menguasai diri,

Baru siap video ini,
Setelah seminggu tertangguh,






=)
.