Friday, 9 September 2011

Bagaimana Aktiviti Mengemas Rumah Memberi Kegembiraan

Dua tiga hari ini,
Saya sibuk mengemas rumah,
Lebih tepat lagi saya mengemas bilik saya sendiri,
Lambakan barang-barang dari zaman sekolah rendah,
Ada yang dikumpul untuk diberi kepada orang,
Ada yang dikumpul untuk dibuang.....


Makanya,
Pelbagai benda yang telah saya jumpai dalam himpunan kotak-kotak itu

**************************

Benda satu:
Lambakan buku rujukan yang melambak,

Ini menguatkan fakta bahawa ibu dan ayah saya amat mementingkan pendidikan,
Ayah saya kata masa dia kecik-kecik dia susah,
Kena jual kuih untuk sara hidup,
Setiap kali balik kampung,
Setiap kali lalu dekat jalan dimana ayah jual kuih dulu,
Mesti dia akan cakap:


"Ha, nampak tak tiang dekat lorong tu? Kat tiang ke tiga tu ayah jual kuih"

Sebab kena jual kuih,
Jadi tiada duit untuk beli buku,
Juga tiada masa untuk baca buku..
Maka ayah akan membawa saya dan adik ke kedai buku setiap hujung tahun bulan 12,
Untuk membeli buku-buku rujukan bagi tahun akan datang,
Ayah selalu kata:


"Kalau nak buku apa bagitau, nanti ayah beli"

Dulu masa kecik-kecik memang tak gemar pergi kedai buku,
Sebab nnt masa cuti sekolah bulan 12 kena buat latihan,
Daripada buku-buku latihan yang melambak itu,
Nanti bila ayah balik petang dye semak,
Dah siap ke belum latihan yang dia bagi,
Selalunya matematik je siap,
Subjek lain leceh ar nak buat....

Tapi 2,3 hari ini aku sedar,
Betapa keluargaku mementingkan pendidikan.

**********************


Benda dua,
Aku jumpa banyak kad-kad hari jadi aku,

Mak aku selalu pesan suruh simpan semua kad-kad hari jadi,
Mak kata:

"Nanti dah besar bila abang bukak balik kad-kad ni mesti seronok"

Aku selalu jawab:

"Sentimental la ibu ni"

Dan semalam aku jumpa kad-kad tu,
Ada dalam satu kotak semuanya,
Dan memang seronok,

Dua tahun aku sambut hari jadi dekat UK,
So semalam aku cakap kat bapak aku,
Dah dua tahun aku tak dapat hadiah hari jadi,
Ayah kata:

"Ok, nanti kita kire dua tahun banyak mane hadiah dye"

Dan semalam aku sedar,
Bahawa hidupku dipenuhi kegembiraan..

********************

Benda tiga:
Mainan yang banyak..

Banyak mainan aku,
Berkotak-kotak,
Mak aku kata aku ni cermat,
Pandai jaga barang,
Mainan-mainan aku pon tak rosak,

Aku perasan mainan-mainan aku banyak dari "free gift",
Contoh macam beli milo dapat free "truck" milo,
Contoh macam beli koko crunch dapat free patung star wars,
Contoh macam makan kat kfc beli kid's meal dapat power rangers,

Aku rasa ini semua gara-gara bila aku ikut mak aku pergi kedai,
Pastu aku ternampak mainan,
Dan mak aku tak bagi,
Jadi aku bijak mengambil makanan yang mendapat mainan,
Sebab aku tau mak aku tak kisah bab-bab makanan...

Dan sejak aku belajar UK ni,
Setiap kali telefon Malaysia,
Soalan tipikal seorang ibu adalah:

"Dah makan?? Makan apa tadi??"

Dan 2,3 hari ini aku sedar,
Aku tak pernah tak cukup makan

***************************

Dan aktiviti mengemas rumah ini membuatkan aku,
Seronok,
Gembira,
Tersenyum,
Bersyukur..

Walaupun aku asyik bersin sebab tak tahan habuk,
Juga agak sedih kerana lagi 10 hari aku akan pulang ke UK...



Maka konklusinya di sini:

"Keluarga adalah harta yang paling bernilai"

=)


oh yer, jemput datang umah sabtu (10 Sept). Ada makan-makan. Nak alamat sila msg kat facebook. Hahaha, nak jumpa juga rakan-rakan blog ni...

************
(monolog dalaman)


"Jap lagi 300 orang datang baru kau tau. Makan kuih je tetamu kau nanti"

Tuesday, 6 September 2011

Tegur Versus Perli

Dulu kala,
Aku ada buat status facebook,
"Terjumpa gadis lawa ketika pulang terawih. Bertelekung siap, esok pergi terawih lagi"

Lebih kurang macam tu la,
Aku pon tak ingat,
Macam biasa mesti ada orang komen,

Ada dua komen yang macam tak best:
Satu:

"Tak ikhlas tak gune"

Dua:

"Perempuan ke tuhan kau?"


Tajam bukan?
Orang-orang yang memberi komen itu dahulunya aku panggil:
"Ahli Syurga"

ataupun:

"Geng Lebai"


Padahal sebenarnya niat aku melawak je,
Dan-dan tu kena,
Dulu ada orang tanya kenapa orang ajak berbulatan gembira aku lari,
Inilah sebabnya:

"Korang menghukum"


Tp tu cerita lain,
Bagi aku agak kasar teguran itu,
Dan bagi aku itu satu perlian,
Dan konsep pemahaman aku terhadap perli adalah:

"Kita perli orang sebab kita buat betul, dan orang tu salah"

Contoh:
Kita janji dengan member sampai pukul 9,
Tapi dye sampai pukul 10,
Kita pon cakap,

"Aik bro, salah tengok jam ke?"


********************

Aku ni memang liatlah nak nampak muka kat surau,
Dululah, sekarang nampak muka tapi tak selalu,
Ada sekali dekat KMB tu aku pon terbuka hati nak ke surau,
Aku pon pergi bersalam dengan "geng surau",
Dia kata:


"Wooo, sejuknya tangan"

Tapi ni mungkin bukan perli,
Aku je sensitif lebih

********************

Tapi tak semestinya perli tak boleh digunakan,
Contoh yang boleh bagi aku,
Cikgu Surinam,
Cikgu Matematik aku dekat KMB dulu hari-hari pesan suruh aku jumpa dye tanya soalan matematik,
Tapi aku tak pernah pergi,
Semester 2 sekali pon aku tak jumpa,
Tiba-tiba bila result hancur,
Semester 3 aku pon jumpa la cikgu itu,
Sekali cikgu tu jawab:

"Eh Akmal, demam ke datang jumpa saya?"


**********************


Tapi sebenarnya,
Bila kita perli orang,
Sebenarnya kita nak bagi dye "panas" atau
Kita nak bagi die "sedar"
Cuba check balik niat kita


Kawan aku selalu pesan,

"Kita bukan nak buktikan kita betul, kita nak bagitahu apa yang dia buat tu salah"

Susah tu nak buat sebenarnya

******************

Satu hari,
Mereka meeting-meeting,
Tiba-tiba resolusi bagi aku satu tugasan,
Aku cakap la tak nak sebab rasa tak mampu,
Sekali kena:

"Kau ni nak masuk syurga ke tak?"


Damn kena sebijik,
Tapi ni aku tak terasa hati pon,
Tapi ni mungkin bukan perli,
Sebab orang yang cakap ni pon tak masuk syurga lagi,
Mungkin ini lebih kepada gaya bahasa soalan retorik,
Soalan yang memang jawapannya jelas.

"Ya, saya mahu masuk syurga"


******************

Perli dengan Ejekan lain rasanya,
Contoh ejek:

"Kau Gemok Dow"



Aku pernah ejek orang gemok sampai dia ketawa,
Pelikkan?
Tapi tiba-tiba lepas tu airmata dye keluar,
Aku cakap:

"Kau ni punyalah gemok kalau naik kereta mesti senget sebelah. Pakai 2 tayar je kereta tu nnt"


*******************

Cakap pasal perli,
Harap tak ada la surat electronic berbaur perli di group yohaa
Pelik aku,
Matlamat sama,
Jalan, cara, teknik je lain,
Contoh macam nak pergi Langkawi dari KL,
Boleh naik flight atau bas + feri,
Yang suka naik flight,
Pergi ajak orang naik flight,


**********************************


Aku pon tak tahu nak ending post ni camne,
Susunan pon berterabur,

Pantun la skit:

Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut banyaklah dosa.


Sedapnya pulut dibuat kuih Seri Muka,  
Dek kerana mulut aku masuk neraka.



Ini baru nikmat mulut (kata-kata)

Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang telah kamu dustakan????
                                                                                              -Surah  Ar-Rahman"