Monday, 22 August 2011

Gelagat Aku, Kamu dan Mereka di bulan Ramadhan

Satu hari,
Tengok berita,
Van mayat yang selalu digunakan untuk mengangkut orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan,
Digunakan pula untuk mengangkut pasangan kekasih yang "seronok" di bulan Ramadhan,
Bak kata jurucakap berita:

"Sebelum bertindak tidak berfikir, sudah ditangkap baru menyesal"

***************


Itu hari,
Naik LRT dari Kelana Jaya sampai Wangsa Maju,
Dekat stesen Asia Jaya ada satu brader macho berbadan sasa,
Duduk sebelah aku,
Sekali aku perasan semua orang sibuk pandang dye,
Aku rasa:

"Gila macho brader ni"

Rupa-rupanya,
Brader tu tidur sampai mulut ternganga,
Penat puasa la brader

********************


Semalam,
Sembahyang terawih di Masjid KLCC,
Mula-mula sembahyang di saf depan,
Namun ada sebab yang tidak boleh dielakkan lagi,
Yang menyebabkan wudu' batal,

Setelah mengambil wudu',
Terpaksa sembahyang di saf kanak-kanak,
Selepas bangun dari sujud untuk sambung rakaat kedua terawih,
Ada budak kecil di depan aku teruskan sujud,
Sampai orang dah bagi salam dia masih sujud,

Tiba-tiba kawan dia tolak-tolak dia,
Tergolek budak itu,
Rupanya budak tu tertidur ketika sujud,
Dalam keadaan sujud pon boleh tertidur,
Kenyang berbuka

************************


Hari itu pergi shopping raya,
Tiba-tiba di kaunter bayaran,
Ada seorang gadis di hadapan,
Tiba-tiba datang seorang budak berkata pada gadis itu:


"Akak, tadi adik kentut batal puasa tak?"

Yang paling best gadis tu jawab:

"Tak batal lah, tadi pon akak kentut"

Wahaha,
Aku ingat dulu perempuan tak kentut,
Dulu siap ada "myth" lagi,
Konon perempuan lawa tidak kentut,
Kini tidak lagi


******************

Hari itu aku pergi bermain bola di Shah Alam,
Lepas main bola kami sembang-sembang,
Kawan aku kata:

"Orang kata kalau datang bazaar Ramadhan dekat sini boleh kurus pahala puasa kau"

Boleh jadi terliur tengok makanan,
Boleh jadi lain..


Selepas bermain bola,
Menghubungi kawan yang rumahnya di Shah Alam,
Kawan aku suruh cuba-cuba wall climbing,
Lepas pekena Cheezy Wedges KFC,
Aku pon wall climbing,
Syok Wooooo,
Tapi bukan itu yang aku nak cerita,

Masa kami nak pergi sahur,
Tetiba di kawasan letak kereta ada lelaki berhormon wanita,
Katanya:

"Bang, ada rokok sebatang"

Kemudian dye gelak,

"Hahaha, batang"

Aku yang takut-takut berani cepat2 masuk kereta

*********************


Dua tiga minggu ni,
Traffic blog aku memang ratus-ratus,
Sebab semua sibuk google,
"Pantun Hari Raya"

Nah baca ---> sini
Ini mesti sibuk carik pantun baik punya,
Nak hantar SMS raya nanti

****************


Akhir kata,
Selamat berpuasa semua


=)
.

Thursday, 11 August 2011

Minum Teh Bersama Mehmet Ali

Sebenarnya mencari-cari topik yang sesuai untuk diupdate,
Namun ketiadaan idea,
Idea ada namun tidak relevan dengan Ramadhan,
Maka berceritalah saya mengenai peristiwa hari ini...

Hari ini bersembahyang terawih di surau berdekatan rumah,
Hari ini ada tazkirah selepas terawih,
Surau kami buat lapan je lepas tu wittir,
Selalunya moreh terus tetapi hari ini ada tazkirah pendek,
Daripada pihak KAGAT...

Namun begitu,
Aku dan 2 lagi rakan selepas wittir,
Pergi mengerjakan moreh dahulu,
Jika tidak nanti habis pula,
Mana tahu ada kuih peria, popia,
Wah, feveret tu...

Cadangannya selepas moreh masuk kembali ke surau untuk mendengar tazkirah,
Sedang kami meminum teh hidangan surau itu,
Datang seorang pakcik berbangsa Arab duduk di sebelah saya,
Sambil memberi salam,
Beliau berkata:

"Apa khabar??"

Sangkaan aku ini mesti orang arab yang hanya tahu


"Apa khabar, terima kasih dan bagus"


Tiga perkataan yang selalunya pelancong mesti tahu,
Namun sangkaan aku meleset,
Petah orang arab ini berbahasa melayu,
Beliau memperkenalkan diri dalam bahasa melayu,
Lalu bertanyakan kami akan nama kami..

Dia bertanya adakah kami orang Malaysia?
Dan aku pon membalas soalannya dengan bertanyakan dia dari mane,
Di jawabnya Turki terus spontan aku berkata:

"Saya pernah pergi Turki!!"

Alangkah terkejutnya dye,
Ditanyakan tempat yang aku pergi,
Aku pon memberitahu bahawa aku pernah ke Istanbul, Cappadocia, Pamukkale, Konya,
Dia pon memberitahu dye tinggal di South Turkey,
Aku menyebutkan Antalya,
Katanya: "Dekat2."

********************


Ali pon cerita yang die datang untuk belajar,
Bulan depan masuk UKM,
Sambung belajar bidang History,
Dye tanya member aku belajar mana,
Bila tahu member aku tu universiti,
Terkejut dye,
Katanya:

Saya ingat kamu "high school"

Bila sampai kepada aku,
Dye juga terkejut aku pelajar universiti,
Katanya:

"Melayu muka nampak ....... young"

Aku ingat dye nak kata "budak" tadi,
Wahaha...

****************


Aku juga bertanyakan bagaimana dia belajar bahasa Melayu,
Katanya belajar sendiri,
Dan menonton televisyen,
Yang paling menyeronokkan rancangan kegemarannya adalah:

"Upin dan Ipin"

Berdekah-dekah kami gelak mendengarkan pengakuan Ali,
Kata Ali:

"Upin dan Ipin sangat Melayu"

Ali juga memberitahu Upin dan Ipin telah ditukar bahasa ke bahasa Turki,
Dan ditayangkan di Turki,
Aku tanya mane lagi best?
Ali jawab:

"Saya suka "original" Melayu Upin Ipin"


****************

Dalam kami bersembang,
Ali ada jugak campur2 English,
So kami sembang bahasa rojak,
Lagi dua member aku diam je,
Entah kenapa tak tau,

Aku pon rasa lagi selesa kalau sembang English,
Tapi Ali berusaha nak cakap Melayu jugak,
So, aku pon cakap melayu semudah mungkin,
Ali selalu lupa "always" dalam melayu apa,
Adalah dalam 3 kali aku bgtau "Selalu"

Kemudian Ali kata:

"Sometimes itu kadang-kadang dan barang-barang?"

Aku cuba meneka apa itu barang-barang,
Hahaha, aku ketawa,
Sambil berkata:

"Jarang-jarang bukan barang-barang"


Ali bagi contoh mudah tentang bahasa Melayu,
Ali kata:

"Melayu kalau mahu "plural" senang"


"Contoh: kawan-kawan, meja-meja. Kalo english tambah s"


"Kalo turki tambah "lar"


"Contoh cocuk itu child, cocuklar itu plural"

Menarik perkongsian Ali

****************

Ali bercerita lagi bahawa orang turki suka minum teh,
Aku pon menambah dengan mengatakan mereka minum dengan cawan kecil,


"Satu Lira segelas"

Aku juga mengatakan Elma Cay (Teh Apple) paling sedap,
Aku juga cerita Kebab Ikan dekat Istanbul sedap,
Ali kata dye tak pernah dengar Kebab Ikan,
Bila aku kata Ikan dan Roti makan atas bot goyang-goyang tepi laut,
Ali kata:


"Oooo, dekat Bhosforus"

Aku mengangguk.

**************

Sedang kami rancak bersembang,
Datang seorang pakcik yang juga ponteng tazkirah menegur Ali,


"Where are you from?"

Ali menjawab Turki
Lalu pakcik itu memandang kami dengan berkata:

"Oh, dia ni orang turki"

Agaknya pakcik tu tak sedar yang kami sedang bersembang dalam bahasa melayu,
Pahamlah Ali apa yang pakcik tu katakan,

"Where you live" pakcik tu tanya lagi


"Dekat Idaman Plaza" jawab Ali

Akhirnya pakcik tu sedar Ali boleh berbahasa Melayu..

Last2 pakcik tu cakap,

"Ada satu perempuan turki boleh cakap melayu jugak dekat2 sini"


Sambil2 itu menunjukkan tangan "good" kepada Ali,

Ali gelak diselangi "MasyaAllah"

Aku agak geram dengan pakcik tu,
Orang baik nya sembang dye boleh plak cerita pompuan sini,

Aku nampak Ali macam tak faham sangat apa yang pakcik tu cuba cakap,
Aku takut Ali paham lain,
Aku pon explain kat Ali:

"What he meant was there's a turkish girl here that speak Malay as you do"

Ali pon terperanjat sambil berkata:

"Ada?.. Siapa?"

Kan aku dah kata Ali tak faham apa pakcik tu cakap...

**********************

Macam-macam lagi kami sembang,
Tapi aku tak ingat semua,
Yang paling seronok,
Tahu-tahu tazkirah dah habis,
Orang pon dah berduyun-duyun menyerang moreh,
Ali minta diri untuk pulang,
Kami pon bertukar nombor telefon dan akaun facebook,
Sebelum pulang,
Aku yang excited lebih ni mintak nak bergambar,


Mehmet Ali


Ali berkata:

"Seronok berkenalan dengan kamu. Satu hari kita boleh Iftar"

Aku tersenyum


=)
.

Saturday, 6 August 2011

Target Ramadhan

Bila Ramadhan tiba,
Ramai yang akan membuat target,
Target saya hanya tiga untuk ramadhan ini,
Last year target bukan main banyak,
Tapi last-last hampeh..

Maka target tahun ini adalah:

1. Satu hari satu juzuk. 30 hari insyaAllah khatam.

Walaubagaimanapun, di hari ke 6 ramadhan ini,
Saya telah 20 muka surat tertinggal daripada sepatutnya,


2. Kasi habis tugas hafazan yang diberi oleh bos bulatan gembira

Walaubagaimanapun,
Agak lembab proses hafazan ini berlaku,


3. Puasa penuh

Senang je ni patotnya,
Tapi aku setiap tahun mesti akan demam skali dalam ramadhan,
Tahun lepas dua kali demam,
Maka malam tadi aku telah berjoging 3 kilometer,
Kasi keluar peluh sikit,


Mungkin boleh tambah yang ke 4
Memperbanyakkan subuh di surau,
Bukannya susah, lepas sahur jangan tidur,
Pastu gi surau...

Sebab selalu aku sahur dalam keadaan separuh sedar,
Mak aku kejut sahur pukul 5,
Aku bangun gosok gigi,
Duduk atas kerusi,
Tuang susu ngan koko crunch,
Makan pastu tuang peel fresh dalam cawan,
Habiskan peel fresh pastu minum air masak,
Tengok jam 5.15,
Lambat lagi subuh,
Pastu masuk bilik untuk tidur,
Nanti subuh bangun lagi skali.....

Hari ini baru berjaya ke subuh di surau,
Itupun sebab bersahur dengan member dekat luar...


Beberapa hari yang lalu,
Sempat berbulatan gembira,
Yang diperingatkan oleh bos bulatan gembira:


"Jangan nanti bila dah habis Ramadhan kita rasa rugi sebab tak ambil peluang yang Allah beri" 


=)
.

Monday, 1 August 2011

Ramadhan =)

Seperti yang diumumkan penyimpan mohor besar raja-raja,
Kita akan berpuasa hari ini,
Ya, hari ini...

Dulu,
Ada orang kata:

"Eleh, masa ramadhan baru la nak sibuk-sibuk baca quran, sedekah, pergi masjid. Kalau tidak batang hidung pon tak nampak"

Ada betul apa yang orang ni kata,
Sampai ada istilah:
"Ramadhan Muslim"

Ada jugak kawan saya yang "free hair"
Tapi pakai tudung sepanjang bulan ramadhan..


Kita boleh "tackle" atau ulas isu ini dari 2 sudut,


Sudut 1:

Kita menjadi hamba Allah, bukan hamba Ramadhan,
Jadi sepanjang hayatla kita mengikut arahan Allah...


Sudut 2:

Namun begitu,
Ramadhan adalah bulan yang penuh berkat,
Biarla orang nak mencari pahala di bulan ini,
Kang dia buat pasal masa ramadhan kau kata:

"Tak menghormati ramadhan"

Bila dye cari pahala kau kata baru nak sibuk2..


Saya lebih suka melihat dari sudut 2,
Siapa kita sibuk-sibuk nak nilai manusia,
Mungkin mereka lebih ikhlas,
Akhirnya amal mereka diterima,
Amal kita jadi debu...


At least masih ada kesedaran untuk beramal,
Daripada yang tidak puasa,
Lagi style,
Saya pernah jumpa orang tak puasa atas pokok,
Tengah makan gula-gula sugus,
Katanya;

"Makan sugus tak batal la, hahahaha"


Juga jumpa orang makan nasi campur dalam bilik,
Bila nampak diorang kata:

"Apa pandang-pandang"


Mesej saya ada 2:

1.
Bila orang buat baik kita jangan kutuk,
Kita ni baik sangat ke?

2.
Pandangan sudut 1 ada betulnya juga kan?
Sama-samalah kita fikir



Saya akhiri dengan pantun 2 kerat:

Saya ada kawan bernama Ramadhan,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.


=)


p/s: sebenarnya nak tukar-tukar skit dari 2 post tahun lepas je ( sini dan sini ), tp dah karang2 jadi lain pulak.