Friday, 29 July 2011

Bola Sepak?? Hahaha

Kalau dulu,
Zaman bapak-bapak kita muda-mudi,
Malaysia boleh menang lawan Arsenal,
Seri dengan England B,
Tadahal punye kalau setakat nak makan team Asia....

Sekarang,
Zaman kita-kita muda mudi,
Lu orang taula,
Saya tak perlu cerita...

Itu hari Liverpool datang saya sokong Malaysia,
Orang kata:
"Liverpool is my club but Malaysia is my country"

Orang nak sokong Liverpool itu sendiri punye hal,
Tiket kamu bayar, sukati la nak sokong siapa,
Saya beli tiket 58 hengget je masa ni,
Tiket paling murah...

Ingat freekick Safiq Rahim??
Masa tu satu stadium bersorak,
Pakai merah ka, kuning ka, biru ka,
Semua seronok... hahaha

Tapi aku nampak dekat area tiket 388 hengget tepuk tangan je,
Punyalah aku marah dekat orang tiket mahal,
Aku jerit:
"Hoi Soraklah"

Tapi orang kata:
"Tu orang luar la, macam orang Singapore Filipina semua"

Oh, patut tak sorak....
Aku ingat dengan 388 kau boleh jadi Scouser,
Lupa kau tu orang Malaysia...

***************

Sebelum aku cerita pasal match semalam,
Aku nak kongsi cerita sikit,
3 tahun lepas tak silap,
Masa tu aku saja pergi Butik Nike,
Saja nak carik jersey Malaysia,
Aku tak jumpa,
Pastu bila ditanya jersi Malaysia ada,
Orang kedai jawab:

"Buat apa cari jersey Malaysia dik?"

Hahaha,
Boleh pekedai tu jawab macam tu,

Namun begitu,
Itu hari member pergi Butik Nike cari jersey ori,
Orang kedai kata:

"Habis la dik"

Sebenarnya sekarang baru ramai sokong bola sepak Malaysia,
Tipikal orang Malaysia,

"Sokong bila menang"

******************

Ya,
Malaysia kalah teknikal dan taktikal dengan Singapura,
Itu fakta kita kena terima,
Asyik harap Safee Sali buat magic,
Asyik harap Apek buat gaya Casillas,
Asyik harap Kunalan lari atas bawah,

Ya,
Singapura memang bagus,
Kita tolak tepi dulu dia ada pemain import,
Kalau difikirkan ini kelayakan piala dunia,
Lambat laun kita akan jumpa jugak pemain China dan kuasa2 Asia lain,
Mungkin juga Eropah,
Given that kita lepas kelayakan peringkat Asia.....

Ya,
Singapura banyak berlakon,
Sorryla kalau ada readers dari Singapura yang baca,
Ikutkan hati memang aku nak buat status camni:


"Adi Putra, Aaron Aziz dan Pemain Bola Sepak Singapura adalah tiga pelakon handalan Singapura"

Hahaha,
Tapi aku tak buat,
Aku tulis dalam blog je....

Disebabkan lakonan hebat mereka,
Batal puasa mencarut aku,
Dekat 4 bulan aku puasa mencarut,
Dulu dah batal sekali masa bulan 3,
Lawan Warwick Games,
Sekali member datang pacak boot dye kat peha aku,
Kena carutan maut terus,
Pastu dye add aku kat FB,
Sorry la bai gua nak approve....

Aku rasa ref boleh je bagi yellow,
Masa Women World Cup haritu,
Erika, player Brazil buat2 injured tak boleh bangun,
Lepas stretcher bawak dye keluar padang,
Terus bangun berlari,
Kena yellow sepam...

*************

Match kali ni,
Orang akan datang sebelum maghrib,
Tapi rasanya tak ramai pon sembahyang maghrib,
Mungkin ramai yang jamak,
Ya,
Mungkin ramai yang jamak.....

Aku dah buat "khuf" sebelum sampai stadium,
Senang nnt nak sembahyang,
Lagipun sembhyang kat kaki lima je ramai2,
Bendera Malaysia kenala jadi alas sujud,

*************************

Bila Malaysia dah kalah ni,
Aku rasa demam bola sepak kat Malaysia akan padam skit,
Yang memang Mat Layan EPL akan seronok mengutuk Malaysia,
Padahal main bola pon tak reti,
Macam tin kosong,
Kuat bunyi bile diketuk,
Dalam tin kosong ape pon takde,
Kalau ada Laici kat dalam sedap la jugak....

Harapnya stadium tak kosong lepas ni,
Team Olympic ada lagi,
Harapnya masjid pon tak kosong,
Ramadhan kan dah dekat


=)
.

Tuesday, 26 July 2011

JOM 2011



Fokuslah pada 10 saat terawal video ini....
Anda pasti tersenyum riang

Lihatlah pada keseronokan peserta-peserta....
Anda pasti seronok juga



=)

*********

Pantun sikit:

JOM 2011 di Ulu Sepri,
Alhamdulillah seronok sekali..

Ramadhan semakin menghampiri,
Puasa dah habis ganti?

Mari kerah tulang empat kerat,
Kerana Ramadhan datang lagi,
Mana tahu tak sempat,
Menunggu ramadhan yang satu lagi..


Monday, 11 July 2011

Nobody Wants To Change

Ada kawan letak ni dekat facebook,
Tajam bukan??

Semua orang sibuk bercerita mengenai dunia,
Orang jahat sana, orang jahat sini....
Dia syaitan,
Dia bodoh,

Sebab??
Sebab memang seronok cerita pasal orang,
Ada orang pernah bertanya,

"What is ur greatest weakness?"

Aku terkelu,
Sama ada terlalu banyak kelemahan,
Sehingga tak tahu nak sebut mana satu,
Atau,
Sendiri tidak sedar kelemahan sendiri,
Seronok sangat bercerita tentang orang....

*********************

Seorang sasterawan pernah berkata,
"Dulu aku pernah menganggap bahawa membenci sebuah perbuatan tanpa membenci orangnya adalah omong kosong dan mustahil. Tetapi sekarang aku merasa bahawa aku sudah bertahun-tahun melakukannya pada seseorang : diriku sendiri"
Lalu, tiba masanya kita perlakukan sebegitu pada orang lain jua. InshaAllah.

(ini dari blog kawanku ---> sini)

********************

"Tahi di tengah padang jelas kelihatan, tahi di hidung tiada berbau"

(dari status FB rakan)


"Everybody wants to change the world, but nobody wants to change "
-Cukup menjelaskan apa yang cuba aku sampaikan selama ini: pembangunan diri-

Friday, 8 July 2011

Recycle

"It takes seconds for you to recycle a can, it takes 50 years for a can to recycle itself"

So, recycle =)


Nampak kecil bukan,
Sesetengah benda nampak kecil di mata kita,
Nampak remeh...

Macam buang paku tepi jalan,
Macam tolong orang buta lintas jalan,
Macam bagi sedekah,
Macam buang sampah dalam tong sampah,
Macam tolong tahan pintu bagi orang keluar,
Macam sembahyang sunat,


"Sesetengah amalan itu nampak kecil di mata kita tapi besar disisi Allah"

Tapi,
Macam lambat-lambatkan sembahyang,
Macam sibuk kutuk orang,
Macam bangga diri,

Nampak kecil bukan?
Tapi?







***

"It takes seconds for you to recycle a can, it takes 50 years for a can to recycle itself"

=)
.

Monday, 4 July 2011

Alif Nun Kaf Lam = Uncle



Alif,
Alif, Ameer dan Faris...
Seperti yang dijanjikan di UK Disember lalu,
3 sahabat seperti biasa meneruskan perjalanan ke destinasi percutian seterusnya...

Nun,
Nun jauh di Terengganu destinasi kami,
Pulau Perhentian


Kaf,
Kaf, kaf, kaf,
Gelak ketawa menemani perjalanan kami....

Lam,
Lama tidak berjumpa,
Banyak perkara yang dibincangkan,
Politik, ekonomi, sosial dan akademik,
Gadis??...


Alif Nun Kaf Lam = Uncle




***

Alif,
Aliff, Ameer dan Faris,
Menghabiskan masa 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian...

Nun,
Nun jauh ke Rantau Panjang perjalanan diteruskan...

Kaf,
Kaf huruf pertama untuk mengeja Kelantan,
Negeri letaknya Rantau Panjang...

Lam,
Lam huruf terakhir untuk mengeja Uncle dalam jawi,
Dimana Aliff ternampak sebuah kedai mengeja:
"Uncle James Cafe"

Di dalam jawi:
"انكل جيمس كيفي"


Alif Nun Kaf Lam = Uncle


Sepanjang perjalanan ke Pantai Timur ini,
Aku telah belajar cara mengeja Uncle di dalam jawi,
Juga James dan Kafe di dalam Jawi

Itu sahajakah yang aku belajar dalam trip kali ini??
Nanti,
Blog post ini belum habis lagi.....


Semasa sampai di pagi rabu di Kuala Besut,
Kami singgah sarapan di kedai BSN bak kata Ameer,
Walhal kedai sebelah BSN,
Ketika Ameer ingin mengeluarkan wangnya,
Terlihat baki di bank orang didepannya yang hanya berbaki RM102.
Sedang kami bersedia membuang RM320 di pulau,
Terkedu kami di pagi itu.....





Ketika berkayak di petang Rabu,
Seekor ikan pari melompat di hadapan kayak kami,
Terus teringat Steve Irwin mati diserang ikan pari,
Terkedu kami di petang itu....

Ketika snorkeling di pagi khamis,
Berjumpa ikan, nemo, penyu dan anak shark,
Dilautan yang besar juga dalam,
Ameer berkata:
"Tengok betapa kecilnya manusia, itupun nak berlagak lagi"
Terkedu saya di pagi itu...

Bersambung snorkeling di petang khamis,
Berjumpa landak laut, nemo dan juga ikan pari,
Kelam kabut terserempak ikan pari,
Mujur cuma daun yang menyerupai ikan pari,
Jika tidak pasti sudah berenang laju sehingga ke pantai,
Bila risau nak mati teringat lambat subuh pagi tadi....





Di malam khamis dijamu BBQ,
Selepas makan kami berunggun api,
Cerita panjang sehingga 4 pagi,
Mujur subuh tak lambat lagi...

Petang Khamis tiba di Rantau Panjang,
Mereka beli jersey, baju dan teddy bear,
Jangan tanya teddy bear untuk siapa,
Mereka lelaki yang sukakan teddy bear,
Saya beli kacang yang sangat banyak,
Seronok makcik tu kami beli banyak kacang dan keropok dari gerainya,

Malam Khamis tiba di Kota Bahru,
Kata mereka gadis Rantau Panjang lagi comel,
Saya senyumkan saja sambil berkata:
"Orang kampung memang ayu"

Tiba di Kuala Lumpur jam 3 pagi,
Ingat tak boleh masuk rumah sebab tiba2 ada mangga dekat pintu pagar,
Baru bercadang nak tidur di depan rumah,
Akhirnya berjaya menelefon ibu di dalam rumah...

Begitulah trip kami,
Selain itu aku juga sedar aku sudah semakin buncit,
Duduk di Malaysia tidak bergerak,


Ini sahabat


Hendak bermain bola rakan tiada,
Joging sendirian malas pula...



Alif Nun Kaf Lam = Uncle

Itu yang aku belajar untuk trip kali ini

=)