Thursday, 26 May 2011

Mari Baca

Pada suatu hari,
Di dalam bulatan gembira,
Saya ditugaskan membentang sesuatu,

"Tidak mengambil satu daniq (1/6 dirham) yang haram adalah lebih baik daripada 100ribu yang dibelanjakan di jalan Allah s.w.t"
                                                                    -Ibnu Umar r.anhuma-



"Takwa bukanlah dengan melakukan qiyamullail dan berpuasa pada waktu siang, di samping melakukan maksiat antara kedua-duanya. Tetapi takwa adalah melaksanakan apa yang difardhukan Allah dan meninggalkan apa yang diharamkan Allah"
                                                                   -Umar bin Abdul Aziz-


Kesimpulan:
Meninggalkan perkara yang haram sekalipun sedikit adalah lebih baik daripada memperbanyakkan amalan sunat.
Ini kerana meninggalkan perkara haram adalah fardhu dan melakukan amalan sunat adalah sunat sahaja.


************

Bila dah baca,
Nanti mesti ada yang kata:

"Aku rasa pemimpin Malaysia ntah berapa daniq dah dia songlap"

Kalau aku berani aku jawab camni:

"Eh engkau ni, muhasabah diri dulu. Kau sibuk muhasabah untuk dia buat apa"


Tapi aku selalu tak berani, aku akan akan jawab:

"Itulah, tapi kita selalu lupa tinggalkan perkara haram. Betul tak?"

(aku akan tukar topik =p )


Buat apa sibuk tengok dosa orang lain, dosa sendiri lupa

**************

Tapi maksud saya bukan tak payah buat amalan sunat,
Maksud saya kita patut utamakan meninggalkan perkara haram,


Mari sama-sama

AYUH!!!!


"when you ‘think’ its okay to disobey Allah, 

I guess you wont mind to ‘think’ its okay 

to end up in hell"


=)

.

Monday, 23 May 2011

Al-Fatihah

Apalah sangat ujian mathematic yang susah itu,
Dibandingkan dengan ujian ini,




Apalah punya perangai wartawan ni,
Orang tengah menangis disogok "mic" pula


Al- Fatihah

Thursday, 19 May 2011

Kasar Bai

Sedang aku bosan menelaah nota-nota elektronikku,
Aku pon membuka facebook,
Terjumpa link sebuah tumbler,
Maka tertulis ini:




"when you ‘think’ its okay to be a muslim, 

and ‘think’ its okay to walk proudly with that beer bottle in your hand, 

I guess you wont mind to ‘think’ its okay to end up in hell"




Bukan nak bgtau aku minum beer,
Cuba kalau di ubah sikit



"when you ‘think’ its okay to disobey Allah, 

I guess you wont mind to ‘think’ its okay 

to end up in hell"




Baca quran malas,
Mathurat malas,
Puasa sunat malas,
Sedekah kurang,
Pergi masjid liat,
Sembahyang sunat malas,
Mutabaah amal entah ke mana....


Tidur banyak,
Melalak banyak,
Main game banyak,
Makan banyak,



Eh, itu hari kata nak masuk syurga??



Kasar Bai
Kasar

Sunday, 8 May 2011

2nd Sunday of May

Beberapa minit yang lalu.....................



Akmal: Assalamualaikum Ibu... 
Ibu: Waalaikumussalam, ha abang.


Macam biasa,
Mestilah calling2 my mother,
Kata Mother's Day.........


Ibu: Abang, nnt belikan teh mango. Yang tahun lepas abang beli tu, Mango paling sedap.
Akmal: Oh, okay2. Apa nama brand teh tu eh?
Ibu: Oh, kejap2. Ibu tengok kotak dye. 

(Terdengar bunyi ibuku sedang mencari kotak)

Ibu: Ha, Whittard of Chelsea.
Akmal: Okay2... Boleh2.... Murah je pon teh tu. Masa gi turki dulu ada beli teh epal turki jugak. Sedap la kot.


Musim exam semakin menghampiri,
Macam biasa ibu akan tanya tarikh exam dengan waktu-waktunya sekali....

Sebab ibu saya,
Setiap kali saya periksa yang besar,
Macam SPM contohnya,
Dye yang sibuk beribadat,
Baca doa, 
Baca quran,
Padahal saya yang periksa.....

Malu saya dengan ibu saya,
Saya nak inginkan pertolongan Allah,
Sendiri mau berjaya,
Hubungan sama Allah tak terjaga....


Setelah puas bersembang,
Handset di"passing" kepada adik dan ayah...
Setelah meng"update" keadaan adik dan ayah,
Di"passing" kembali kepada ibu,

Ibu: Belajar rajin2.
Akmal: Okay
Ibu: Jaga kesihatan.
Akmal: Okay
Ibu: Sembahyang jangan tinggal ye sayang
Akmal: Okay

Ha, mak saya panggil saya sayang...
Suwit ..... (baca: sweet)



=)


2nd Sunday of May
Selamat Hari Ibu
Ibuku Noorzilawati Hj Arshad

=)


p/s: Untuk ayah, tunggulah hari ayah ye... hehehe =p

p/s: Untuk adik, nak tunggu hari adik xde. so xdela... wahahaha

Thursday, 5 May 2011

Satu Demi Satu

Ayuh,
Selesaikan satu demi satu...


Satu demi satu....

Allah,
Minta dipermudahkan urusan ini...


=)