Saturday, 30 April 2011

Jamal Jamin Post Ini JOYFUL

Mari mulakan:


Johan jalan-jalan. Johan jalan jauh.
Johan jumpa Jamal.
Jamal jutawan jual jeruk jambu


Johan: Jamal, jom join JOM.
Jamal: JOM?

Johan jelaskan....



Jamal juga Johan jalan jauh
Jamal juga Johan jumpa Jaafar,
Jamal jerit:


Jaafarrrrrr!!!!!

Jaafar jawab jeritan Jamal:

Jamallllll!!!!!


Johan: Jamal, jemputla Jaafar jelajah JOM.


Jamal: Jaafar, jom jelajah JOM.


Jaafar: JOM?



Jamal jelasi Jaafar


Jamal: Jaafar, Johan juga jelaskan JOM juga joyful. Jomla. JOM juga jercuma. (percuma)






Jamal jamin JOM juga JOYFUL juga JERONOK (seronok)
JOM juga Jinformative,


Jamal, Johan juga Jaafar.
Jalil, Jalal, Jenah, Joyah, Jenab juga JOM...

Jenuh Jelaskan,
Jadi, 
Jom Join JOM

=)


**********************************

JOM adalah predeparture program untuk pelajar yang bakal fly ke UK atau IRELAND.
Jadi kalau ada siapa-siapa yang nak join, bolehlah menghubungi saya
Yang paling Jeronok adalah JOM Jercuma.

Wednesday, 27 April 2011

Brunei =)

Brunei Darussalam,
Sebuah negara di Asia Tenggara,
Dengan penduduk seramai 400,000,
Wujud seorang manusia...

Hahaha,
Macam ni la sebenarnya,
Saya nak cerita,
Saya ada kawan brunei,
Dia panggil saya main bola,
Untuk Brunei Easter Games,
Di Nottingham...

Masa grouping stage,
Dua game pertama kami menang,
Pastu kami kalah,
Dan peluang untuk ke quarter final amat tidak cerah,
Kami perlu menang baki dua games dalam grouping,
Untuk ke quarter final...

Lalu dia sebagai captain berkata:
"Tidak apa. Kalau Allah mahu bagi kita menang, kita akan menang jugak. Tapi kita mesti mau usaha." 


Dan sambil tersenyum dia berkata:
"Lepas ini, kita menang"



Kami berjaya memenangi dua perlawanan terakhir dan menjuarai kumpulan kami,
Lantas dia sebagai captain berkata:

"Kita harap dengan kemenangan ini kita semakin dekat dengan tuhan, bukan macam firaun. Sebab dia tak pernah sakit, maka dia ingat dia hebat dan mengaku tuhan"


Di suku akhir,

Dia sebagai captain berkata:

"Jangan lupa. Kalau Allah mahu bagi kita menang, kita akan menang jugak. Tapi kita mesti mau usaha." 


Kami menang penalti 3-1 lepas seri satu sama...


Di separuh akhir,

Dia sebagai captain berkata lagi:

"Jangan lupa. Kalau Allah mahu bagi kita menang, kita akan menang jugak. Tapi kita mesti mau usaha." 


Kami lawan juara tahun lepas,
Kami menang 2-0.


Pada perlawanan akhir,
Kami lawan Brunei Nottingham,
Brunei Nottingham dalam grouping kami jugak,
Mereka second dalam group....

Dalam pasukan Brunei Nottingham semua kawan saya,
Ada 2 orang yang merupakan penyerang sejati Nottingham Malaysian Society,
Wah!!, macam pantun dua kerat pula:

Mereka penyerang sejati,
Nottingham Malaysian Societi.(tipu ejaan skit)


Separuh masa pertama 0-0,
Separuh masa kedua kami mendahului,
Melalui rembatan kencang dari defender kami, Helmi.

Maka strategi selepas itu hanyalah bertahan,
Namun seperti yang dipantunkan,
Mereka penyerang sejati,

Keeper membaling bola dari kawasan gol,
Sampai ke dada striker sejati 1,
Didadanya bola itu dan dicuitkan bola itu ke striker sejati dua,
Striker sejati dua mendada dan merembat kencang bola ke dalam gawang,
Lawa sungguh gol itu,
Dari gol mereka ke gol kami,
Bola itu tidak menjejak tanah,
Keadaan seri satu sama...

Bergegak gempita keadaan di dalam dewan itu,
Seakan-akan ingin roboh,
Akibat jeritan penyokong-penyokong tuan rumah,
Kerana mereka berjaya menyamakan kedudukan....

Masa hampir tamat,
Kami mendapat sepakan percuma,
Kerana Akmal dijatuhkan...

Encik captain merembat bola dari jauh,
Bolanya kencang dan keeper menepis keluar,
Namun bola rebound,
Dan akmal dengan pantas bertindak merembat bola rebound itu ke dalam gol.....

Dan,
GOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLL..........


Bak kata Hanamichi Sakuragi dalam siri Slam Dunk:
"Siapa yang mengawal bola rebound, dia yang mengawal permainan"


Dua minit selepas itu,
Wisel tamat dibunyikan...
Dan kami menang
=)


Mungkin ada yang berkata:
"Bosan dow citer ko ni mal, asyik-asyik last-last nanti ko juga jadi hero"


Saya menjawab:
"Hahahahahahaha . Ini cerita betul. Baca link dekat chat box yang user "me" bagi. "



Gambar selepas final tamat



Fialova, Juara Brunei Easter Games 2011 =)


Semua orang dapat sorang satu piala ni. 
Terima Kasih Brunei



"Jangan lupa.
Kalau Allah mahu bagi kita menang, kita akan menang jugak. 
Tapi kita mesti mau usaha." 



=)

Monday, 18 April 2011

Aku Ditahan Polis Kerana Bernama Muhammad

11 April,
Kami berlapan baru pulang dari Turkiye...

Selepas melepasi imigresen UK,
Saya melihat seorang daripada kami berlapan,
Seperti ditahan oleh seseorang...

Tiba-tiba,
Saya pon ditahan oleh seseorang,
Sambil memperkenalkan diri sebagai polis,
Dia berkata: 

"We've been monitoring flight from outside UK and we noticed that there's a booking of 7 people with names associated to Muslim's names"

Dalam hati saya berkata:
"Ah, sudah. Aku gi jalan2 je kot dekat Turki"

Kemudian polis itu membawa saya masuk ke sebuah bilik,
Memang sebijik bilik siasatan macam dalam movie,
Selepas menjemput saya duduk,
Dia berkata:
"Don't worry, u have done nothing wrong. This is just a random check"

Lepas tu dye tanya,
Nama, alamat rumah, datang uk buat ape, belajar kat mane, belajar ape....
Mak dengan ayah mane, kerja ape......
Dengan standard soalan tipikal:
"Why don't u study in Nottingham Malaysia Campus?"

Jawapan tipikal:
"The government paid my study and they send me here"

Okla, tukar sikit jawapan sebab ada orang kata bukan duit kerajaan, duit rakyat
"The people of Malaysia paid my study and they send me here"

Ha, semua scholar rakyat Malaysia,
Baik belajar betul2,
Ada amanah dari 28 juta orang...

Kembali pada cerita polis tadi,
Dye tanya cukup ke duit scholarship,
"It's more than enough. That's why we can go to Turki for a holiday"

Dye tanya lagi buat apa sampai 9 hari dekat Turki,
Saya pon bagi la tentatif perjalanan..
"First, we went to Cappadocia, Konya, Pamukkale and finally Istanbul.

Polis: What did u do in Cappadocia?
Akmal: We went there to see some weird looking mountains.

Cappadocia


Polis tu ada jugak tanya,
Saya sembahyang ke tak, saya pergi masjid ke tak,
Masjid tu dekat mane, pergi masjid buat ape, 
Sambil-sambil tu dye membelek passport saya,
Tiba-tiba polis itu ternampak visa umrah saya di dalam passport,


Polis: What is this?
Akmal: Oh, this is my visa for umrah.
(Dengan anggapan polis tidak faham apa itu umrah. Saya mengulangi jawapan dengan sedikit perbezaan)

Akmal: This is my pilgrimage visa. But this is just the small one (cuba menerangkan umrah)
Polis: Oh, how was it?
Akmal: It was fun but the weather was hot.
Polis: Wasn't it hot in Malaysia?
Akmal: Yea, but this is hotter.
Polis: How long were u there?
Akmal: 10 days 
Polis: When are u planning to do the pilgrimage then?
Akmal: Not in the near future, it would cost me nearly 2500 pound for that. I've wasted a lot of money in Istanbul.
Polis dan Akmal bergelak ketawa

Banyak lagi yang polis tu tanya,
Tapi saya dah tak ingat,
Last sekali polis tu kata:

"I'm sorry i have to do this to you. But we have to do this because muslim were associated to terrorist and we have to be aware to any kind of threat"

Saya pon mencelah:
"But muslim are not terrorist"

Polis: Yes, but some bad muslim give Islam a bad name. Anyway, nice talking to a wise young man like you. Hope that u'll excel in ur studies and i hope u understand why are we doing this.


Pasal ni satu lagi kami kena tahan, semua pakai baju sama


=)

Saturday, 2 April 2011

Aku Pegang Tangan Perempuan Dalam Kelas

Dulu semasa di Sbpi Gombak,
Semasa tingkatan 5,
Saya ada pegang tangan seorang perempuan....
Begini ceritanya:

Seorang gadis: Akmal, **** demam. Dye ada kat kelas.

Maka berjalanlah Akmal ke kelas itu,
Untuk bertemu seorang yang demam itu,
Kelihatan dye sedang tidur...

Akmal pon pergi ke arah budak itu,
Dan memegang tangannya,
Lantas, seluruh ahli kelas budak yang demam itu,
Memandang dengan pandangan tajam,
Diikuti dengan bisikan2 sesama mereka,
Ada juga yang berkata: Woooo!!!!

Akmal meneruskan saja memegang tangan budak itu,
Sambil mengejut budak perempuan itu,
Lalu meletakkan tangannya di dahi budak itu,

Bisikan2 mereka semakin kuat,
Semakin banyak Wooo!!! yang kedengaran,
Sehinggalah,



Rakan Budak: Hoi, diamlah. Tu abang dye lah.

*************************

Maka tajuk saya pada hari ini adalah Husnuzon,
Dalam bahasa melayu adalah bersangka baik.....

Maka saya ingin bertanya,
Tatkala anda membaca tajuk itu,
Apa yang terlintas di fikiran??

1. Teruk gila Akmal
2. Celaka kau Akmal
(Maka, di manakah Husnuzon di situ??)

Maka bayangkan jika ada sesetengah orang,
Yang hanya membaca tajuk sahaja,
Pastu sibuk memberitahu yang dia tahu segalanya...

Orang A: "Ko tahu, Akmal pegang tangan perempuan masa sekolah dulu"
Orang B: "Siapa??"
Orang A: "Adala, tapi aku tak pasti siapa"
Orang B: "Ini kena bagi tau orang C ni. 

Maka, timbullah fitnah dan cerita karut marut.


Namun begitu,
Saham kesalahan ada juga pada Akmal,
Di mana dia dengan tidak semena-mena masuk ke kelas adiknya,
Tanpa memperkenalkan diri sebagai seorang abang...
(Maklumlah, abang penyayang yang risaukan adiknya. Di fikirannya hanyalah kesihatan adiknya di waktu itu)


Itu perkara biasa,
Yang luar biasa adalah apabila orang buat baik pon kita ada prasangka jahat,

Contoh:
Ada orang yang jarang sedekah, tiba2 sedekah dalam "amount" yang sangat banyak,

Orang kata: "Emmm, bajet baik la pulak mamat ni. Riak dow die"

Mana tau dye baru dapat kesedaran untuk bersedekah,
Husnuzon2 =)


Namun begitu,
Ada sesetengah situasi yang mungkin perlu untuk tidak husnuzon,
Su'uzon - sangka buruk (tak pasti ketepatan ejaan ini)

Dimana mungkin ada orang yang berlari kearah anda dengan sebilah parang,
Dengan melaungkan kata2:
"Matilah kau Akmal!!!!!"

Mungkin saya patut husnuzon:
"Oh, die nak hadiahkan saya parang itu. Mulia benar hatinya. Parang saya pon sudah semakin tumpul. Boleh tebas semak di belakang rumah"


Larilah bro,
Selamatkan diri...

Contoh ini saja yang saya mampu fikir,
Mungkin ada contoh yang lebih baik...


Nampak mudah husnuzon,
Tapi memang susah,
Tapi bukannya mustahil


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka,
 sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa ........................"
(Al-Hujurat: 49:12)


Panjang lagi ayat tu,
Pergi buka tafsir tengok apa lagi Allah cirikan
Sebagai ciri orang beriman

=)

.