Monday, 28 February 2011

Karut

Kadang-kadang otak,
Memikirkan perkara yang sangat karut...

Contoh dulu,
Masa kecik-kecik,
Kalau kalah main bola ke,
Kalau jatuh naik basikal luka ke,
Kalau hilang duit sekolah sebab poket koyak ke,
Mesti hari Khamis.

So akan kuar statement:


"Suey dow Khamis"

Padahal dia tak sedar,
kadang-kadang hari lain dye kalah je bola,
kadang-kadang hari dye jatuh basikal jugak,
Tapi sebab dah kebetulan banyak benda tu hari Khamis,
Terus fikir hari Khamis adalah hari suey(malang).

*********************

Macam baru ni,
Aku potong rambut,
Aku potong rambut isnin malam,
Pastu selasa pagi tu aku pening kepala,
Terus tak pegi kelas,
Demam berlanjutan sehingga Khamis malam,
Dan jumaat sihat kembali.
Alhamdulillah

Penat mencari sebab-sebab macam mana boleh sakit,
Isnin tu sihat walafiat je,
Terus terfikir,

"Sebab aku gunting rambut kot aku demam"

Ni suma salah Mastika,
Sebab dulu dalam Mastika ada tulis pasal satu makcik,
Rambut dye panjang sampai cecah tanah,
Dye kata dye tak boleh potong rambut nnt ditimpa sakit...

Karut ko ni Akmal,
Entah bila nak berubah

Saturday, 26 February 2011

Di Celah-Celah Nota Di Dindingku Terselit Ini



=)


Thursday, 24 February 2011

Sebab Atas Perlakuan

Semua orang ada sebab,
Atas perlakuan masing-masing,


Ada yang bagi sebab kenapa dia hisap rokok,
Ada yang bagi sebab kenapa dia tak datang kelas,
Ada yang bagi sebab kenapa dia lupa buat homework,
Ada yang bagi sebab kenapa dia tak sempat baca quran,
Ada yang bagi sebab kenapa dia tak bangun subuh tadi pagi,


Bak Filem P. Ramlee,

"Berapa banyak sebab daaa"


Bagi yang ingin lebih memahami,
Saya sediakan dua situasi dalam kehidupan saya di United Kingdom ini:


Situasi Pertama:

Ada setengah orang keluar dari rumah 20 minit awal,
Biasanya berlaku pada kaum hawa,
Padahal nak ke kelas memakan masa 10 minit,
Ditanya kenapa nak gerak awal??
Dijawabnya:

"Aku tak nak lambat, nnt tergesa-gesa"

Namun begitu mungkin ada yang kata:

"Depa jalan slow, sebab tu kena keluar awal. Jalan terkedek-kedek, bila nak tiba"



Situasi Kedua:

Ada sesetengah orang keluar rumah 5 minit awal,
Selalunya berlaku pada diriku,
Padahal nak ke kelas hanya memakan 10 minit,
Bila terserempak dengan orang,
Mereka mungkin berkata:

"Budak ni selalu lambat pergi kelas, kan dah berlari-lari"


Aku menjawab:

"Aku keluar rumah lambat supaya nnt aku akan berlari-lari anak untuk ke kelas, dengan itu dapat maintain fitness level"


=)

Monday, 21 February 2011

Bertangguh Itu Mencuri Masa

Beberapa minit yang lalu,
Saya sedang bertungkus-lumus menyiapkan coursework,
Yang perlu dihantar pada esok hari (Isnin),
Namun begitu saya rasa mungkin tidak sempat...

Oleh itu saya resah gelisah,
Gundah gulana,
Carca marba....

Setelah hampir separuh jalan perjuangan,
Terbaca di helaian coursework itu:


Submission date: 28 February


Lar, ingat esok deadline...
Esok la sambung buat...

Lagipun dah tengah malam sangat dah ni

=)


Ingat, bertangguh itu mencuri masa

Thursday, 17 February 2011

Patutla Result Hang Gempak

Suatu pagi yang hening,
Di cafe Coates Building.....


Akmal: Hei, are u playing football later?

The Result Gempak People: Nope, I have a lot to study.

Akmal: Oh, .................


Patutla "result" mereka melayang-layang tinggi,
Patutla "result" aku merangkak-rangkak rendah,

Tatkala aku bermain bola dye membaca buku,
Tatkala dye bermain bola, aku pon bermain bola,


Lantas,
Hatiku tersentap,
Namun kerana telah berjanji dengan rakan yang lain,
Aku terpaksa pergi bermain bola,
Aku terpaksa..........
(padahal boleh je tak pegi)

Sepulangnya aku dari bermain bola,
Setelah mandi dan makan malam,
Aku lantas membuka buku,

Ya,
Aku terus membuka buku,

Mukabuku (facebook)


Setelah puas membalas notifikasi2 di mukabuku itu,
Aku membuka buku....
Bertajuk:
Electronic Engineering


Ranchhodas Shamaldas Chanchad dalam filem 3 Idiots ada berkata:


"Sebenarnya dari kecil saya nak belajar kejuruteraan,
maka saya gembira dapat duduk di sini"

"Jadilah cemerlang.
Kejayaan akan mengejar kita"


=)

Tuesday, 15 February 2011

Tak Boleh Update Blog

Seseorang pernah berkata:

"Kalau nak menyentuh hati manusia, kata-kata dan penulisan kita mestilah datang dari hati"

Dye menambah lagi:

"Kalau nak suruh manusia berfikir, kata-kata dan penulisan kita mestilah datang dari akal"

Dye menambah lagi:

"Jika kamu sedang marah, tenangkanlah hatimu dan gunakanlah akalmu"


********************************


Dari Abu Hurairah ra, ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi saw,
"Berilah aku wasiat"
Rasulullah saw bersabda "Jangan marah!" Beliau mengulangi beberapa kali ucapan
"Jangan marah!"
(HR Bukhari)

Wednesday, 9 February 2011

Conversation (Konversasi)

One day, while in a bus with some friends

Friend A: Akmal, how was ur weekend?

Akmal: It was good (typical)

Friend A: What did you do?

Akmal: I played football on Saturday and my team lost. I got injured and do nothing on Sunday. Oh wait, I did the project research. (haha,i considered this a good weekend)

Friend A: That's all?

Akmal: Yup.

Friend A: Where's the girl man, the girl? You need to have fun a bit.

Friend B: Hahahaha

Akmal: Hahahaha (??????)


Sementelahan itu, bas telah pun sampai di hentian yang perlu dituruni Akmal

Akmal: See you guys tomorrow

Friend A: Orait man



Macam mana nak jawab tu??
Macam mana?

Monday, 7 February 2011

Engineer itu Cool

Pergh...
Ini Cool...
Cool lah Engineer!!!



Thursday, 3 February 2011

Masih Jauh Jalan Ini Wahai Anak Kecil

Ada seorang hamba Allah,
Hidupnya begini:

Ketika darjah satu, anak kecil ini pemalas sekali,
Kerja sekolah tidak pernah dibuat,
Balik sekolah agama dengan baju kotor,
Akibat bermain kejar2 dengan rakan2,
Kemudian menonton tv di waktu malam,
Kemudian tidur....

Ini berlarutan sehingga ke darjah 2,
Anak kecil ini sangat tidak suka English,
Dan tidak pernah membuat kerja sekolah,
Sehingga bila disuruh ulang kaji di dalam bilik,
Sama ada membaca komik atau tidur yang dibuatnya...

Sehingga satu hari,
Teacher English membaling buku kanak-kanak darjah 2 ini,
Dihadapan satu kelas,
Kerana sering sahaja menghantar buku latihan yang kosong....

Malu dan marah menyelubungi anak kecil ini,
Jika dia "gangster" jalanan sudah bercalar-balar kereta teacher itu,
Mujur anak kecil ini baik....

Berbekalkan peristiwa itu,
Anak kecil ini berubah menjadi rajin,
Sehingga mendapat medal untuk keputusan darjah 2 dan 3,
Entah kenapa sekolah anak kecil ini,
Memberi medal untuk 3 pelajar terbaik dari setiap kelas,
Mungkin ingin membakar semangat kesukanan....

Ketika darjah 4 dipindahkan sekolah,
Namun sekolah barunya mengatakan dia harus diletakkan di kelas terakhir,
Kerana keputusan dari sekolah lama tidak melambangkan apa2....

Maka anak kecil ini pun berusaha,
Sehingga berjaya ke kelas idaman kononnya,
Namun begitu keputusan UPSRnya jauh meleset dari jangkaannya,
Sedang rakan melompat2 "kegilaan" mendapat 5A,
Dia termenung memegang slip UPSRnya,
Yang tidak semeriah rakan2 sekelasnya....

Kerana terlalu sedih anak kecil ini tertinggal bas sekolah,
Dan di rumah, ibunya menunggu namun anaknya tidak pulang,
Ibunya pergi ke sekolah mencari dan ternampak anaknya,
Sedang duduk di atas tembok dengan muka yang muram dan monyok sekali....
Ibunya memujuk dan akhirnya mereka pulang,
Ibunya tahu anak kecil ini sedih kerana hanya dengan keputusan 5A,
Dia akan diberikan komputer yang menjadi kegilaan kanak-kanak,
Ketika itu "counter strike" popular sekali....

Berbekalkan kegagalan UPSRnya,
Anak kecil ini belajar bersungguh-sungguh untuk PMRnya,
Dan mendapat keputusan yang melayakkannya ke asrama penuh...

Namun begitu mungkin anak kecil ini lupa diri,
Konon-konon matematik itu mudah,
Mengakibatkan matematik tambahan cukup-cukup lulus saja,
Semasa di tingkatan 4....

Berbekalkan keputusan yang teruk itu,
Dia berusaha bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan SPMnya,
Yang melayakkannya mendapat tajaan....

Penaja anak kecil ini kemudiannya menghantarnya ke sebuah kolej persediaan,
Anak kecil ini lupa diri lagi,
Bermain-main cinta dan computer games mula menguasai diri,
Mampu bermain games selepas makan malam,
Dan hanya berhenti tatkala subuh menjelang...

Keputusan anak muda ini menyebabkan kaunselor ingin berjumpa,
Dan dimarahi ayahnya yang mengatakan,
Anak kecil ini tidak sayang masa depannya...

Ketika semester terakhir anak kecil ini baru tersedar mungkin,
Kelam kabut membaca buku,
Siang malam ke library,
Mujur Allah memberinya peluang ke luar negara...

Anak kecil ini kemudiannya ke luar negara,
Dan anak kecil ini berazam untuk bersungguh-sungguh,
Agar tidak mengulangi kejadian di kolej persediaannya,
Anak kecil ini berjaya dalam tahun pertamanya di university,
Mendapat tempat 10 terbaik di dalam alirannya,
Mungkin tatkala itu syaitan menggeletek hatinya,

"Fuyoo, top 10. Takde la power orang putih ni"

Maka di tahun kedua anak kecil ini,
Keputusannya ini jauh lebih rendah berbanding tahun pertamanya,
Hancur lebur, luluh punah.....

Anak kecil ini mencari-cari sebab mengapakah keputusannya sebegitu rupa,
Adakah komitmen yang banyak mengganggu masa study?
Dengan training bola, Malaysian games dan berbagai lagi....
Dijawabnya: tidak2... itu semua di luar waktu study

Atau mungkin usrah yang berlarutan sehingga ke tengah malam..
Dijawabnya: ah, setan tak habis2 menghasut

Dirasakan pastinya syaitan sedang melompat2 kegembiraan,
Berjaya menanam perasaan bongkak,
Berjaya menanam kemalasan dalam hati anak kecil ini,
Tahniah diucapkan sesama mereka...


Kembali diselak nota-nota lama,
Ya, latihan tidak pernah dibuat,
Ya, past year tidak pernah dilihat,
Ya, problem class tidak pernah hadir,
Hanya membaca nota dikatakan mencukupi..

Bodoh!!!
Jerit anak kecil ini seorang diri di dalam biliknya...


Namun begitu terfikir di hati anak kecil ini,
Kenapa Allah sering mengujinya sebegitu rupa,
Walaubagaimanapun setelah berfikir begitu lama,
Anak kecil ini berfikir,
"Adakah aku harus jatuh untuk bangun semula?"

Bagaimana dia jatuh dan bangun semula ketika di sekolah rendah,
Bagaimana dia jatuh dan bangun semula ketika di sekolah menengah,
Bagaimana dia jatuh dan bangun semula ketika di kolej..


Namun begitu anak kecil ini mampu tersenyum,
Kerana bersyukur dia dijatuhkan pada tahun 2,
Yang hanya menyumbang 20% daripada markah "degree"nya,

Anak kecil ini masih marah pada dirinya,
Begitu bodoh bongkak,
Kebodohan yang memerlukan masa 5 bulan untuk dipulihkan,
Dalam peperiksaan yang seterusnya,
Mujur jalan masih panjang,

Syukur tuhan atas peringatan selama ini,
Alhamdulillah

=)

Wednesday, 2 February 2011

Mesir dan Persepsi

"Lebih banyak pemimpin negara di facebook, berbanding menteri2 di kabinet"

Jika anda membaca kata2 di atas,
Dengan persepsi bahawa yang mengatakannya adalah anti-kerajaan,
Mungkin ini pemahaman anda:

"Itulah kerajaan, banyak je cara nak keluarkan rakyat Malaysia dari Mesir. Takkan nak tunggu berpuluh rakyat mati baru nak keluarkan"

Ini mengakibatkan sesetengah rakyat menjadi emosi,
Sehingga mengeluarkan kata2 yang kurang baik,
Ditanya ada ahli keluargakah di Mesir ketika ini,
Jawabnya tiada,

Yang menanti ahli keluarganya pulang berdoa agar keluarganya selamat,
Yang tidak menanti emosi berlebihan pula,
Politikkah?

Seorang rakan juga berpesan:

"Mendoakan kebaikan adalah lebih baik dari kata-kata maki hamun"



Namun begitu jika anda membacanya,
Dengan persepsi bahawa yang mengatakannya adalah pro-kerajaan,
Mungkin ini pemahaman anda:

"Itulah, macam pandai sangat budak2 ni buat keputusan. Hantar kapal perang la, hantar askar la. Ingat senang ke?"

Seorang rakan ber"comment" di facebook:

"Kita tak duduk atas, kita tak tahu"



Walaubagaimanapun,
Diharapkan kerajaan segera mengeluarkan rakyat Malaysia,
Walaupun ada pihak yang mengatakan keadaan masih selamat,
Tapi bawak keluar jela, tunggu apa lagi!!
oh maaf, teremosi pula


"Lebih banyak pemimpin negara di facebook, berbanding menteri2 di kabinet"

Suka hati andalah nak paham kot mana,
Atau mungkin ada pemahaman ketiga,
Iaitu:

"Eh, merepek benar Akmal ni"