Sunday, 30 January 2011

Bangunlah Wahai Melayu, BANGUN!!!

Hari ini,

Melayu lebih mengagungkan teori peperangan Sun Tzu,
berbanding prinsip Tun Perak...

Melayu lebih gemar memetik bicara Winston Churchill,
dari belajar kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah.....


Hari ini Melayu lupa,
Hari ini Melayu alpa,

Ramai yang kejarkan dunia,
Sedang maruah bangsa DIROBEK dan DIHINA.

************

Siapa juara menagih dadah?

Melayu......


Siapa juara membuang bayi?

Melayu.......


Merempit! Berjudi! Berzina! Rasuah!
Gay! Lesbian! Sumbang Mahram!
SIAPA JUARANYA!!

Kalau bukan Melayu......

***************

Bangunlah wahai Melayu. BANGUN!!!

Kita hadir disini bukan untuk menangisi kekalahan.....
Kita juga hadir bukan untuk dibuai sejarah kegemilangan.....

Ya! Memang 500 tahun dulu kita tersungkur di Bumi tetapi adakah kita memerlukan 500 tahun lagi untuk bangun?

***************

Ya Allah,
Pinjamkan kami keberanian Umar Al-Khattab,
Ketangkasan Khalid Al-Walid,
Kecekalan Tariq Bin Ziyad,
Kekentalan Salahuddin Al Ayubi,
Dan ketajaman Sultan Muhammad Al-Fateh....

***************

(sumber sajak adalah dari Program Kemm1511 di UTEM, Melaka pada 29 Januari)

boleh lihat video itu sini --> sini2

Aku dah replay berkali2 video ni,
Silap2 dah terhafal

=)


Bangunlah Wahai Melayu, BANGUN!!!!

Friday, 28 January 2011

An Awkward Conversation

Haaa,
Tajuk mesti mau gempak,
Ceritanya begini:

Kelmarin yang lalu,
Selepas rehat tengahari,
Kelas bersambung di waktu petang,
Seorang rakan berbangsa Arab (muslim) bertanya:

Rakan Arab A: Hey Akmal, where do you pray?

Akmal : Usually in Portland Building.

Lantas die bertanya lagi:

Rakan Arab A: When do you pray?

Akmal : Aaaaarrr (memikirkan jawapan, bile?)

Rakan Arab B menyampuk: Hahaha, i know. U pray during Jumaat Prayer.

Rakan Arab A: No, I think he pray during Eid Prayer.

Akmal : Guys, i perform my prayer everyday.

Rakan Arab A: Where?

Akmal : At my house and sometimes in Portland Building


Tetibe lecturer masuk...
Aku baru nak panjangkan konversasi (conversation)...

Pastu masa balik kelas aku da lupa nak sambung konversasi tadi,
Sebab lecturer ajar aku tak paham...

Aduhai...

Tuesday, 25 January 2011

Kepada Pemilik Blog Sekalian

Pada suatu hari,
Seorang pakcik berkongsi ayat quran ini dengan saya


"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan,
sedang kamu melupakan dirimu sendiri,
padahal kamu membaca Kitab (Taurat)?
Tidakkah kamu mengerti?"

(Al-Baqarah: 44)


Memang tajam menusuk kalbu ayat ni,
Sibuk ajak orang buat baik,
Tapi lupa diri sendiri.....

Orang melayu kata:

"Lu cakap tak serupa bikin"



Kemudian beberapa ketika kemudian,
Pak cik itu berkata,
Walaubagaimanapun:


"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,
"Sungguh aku termasuk orang-orang
muslim yang berserah diri"

(Al-Fussilat: 33)



Moga kita tergolong dalam golongan ini,
Amin....

=)

Monday, 24 January 2011

100

Mari bercakap mengenai seratus,

100% adalah target untuk module Mathematics,

100 Hari Pakatan Rakyat?

Rekod 100 meter dipegang Usain Bolt,

100 Ringgit = 20 pound,

100 minutes = 1 hour 40 minutes

Sebenarnya,
Nak bgtau
Dah 100 blog post....
Bukannye apa pon

Moga lebih bermanfaat

=)

Friday, 21 January 2011

Seronokkah Sudah Habis Exam??

Sudah Habis Exam,
Sudah 3 hari sebenarnya,
Tapi tak rasa seronok sangat pon,

Padahal masa sebelum periksa habis,
Selalu terfikir:

"Kan seronok kalau dah habis exam"

Kenapa tak seronok?
Kenapa tak seronok?

Hari tu housemate tanya:

"Seronok dah habis exam?"

Saya jawab:

"Tak, sebab teruk. Rasa macam nak buat lagi sekali"

*************************************



Hidup hanya sekali,
Orang kata:

"Hidup ni cuma sekali. kita enjoy!!"

Salah tu:

Hidup di dunia cuma sekali, mati pon sekali. Kalau dah mati mana boleh buat amal, kalau tak dapat redha Allah mana boleh masuk syurga. Mana boleh patah balik dunia untuk buat amal.


Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu:
"Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.
(Al-A'raf: 53)


Astaghfirullah

Monday, 17 January 2011

Masih Ada Harapan


Gambar menunjukkan seorang yang stress lalu
menconteng dinding biliknya

Yup,
Masih ada harapan untuk mendapat First Class semester ini,
Walaupun kehancuran 2 paper yang awal,
Masih ada Mathematics untuk diperjuangkan...

Setelah kira2 dilakukan,
Katakanlah saya mendapat 60% untuk Signal Processing,
Dan 60% untuk Programming,
Katakanlah......

Maka untuk mendapat average 70%(First Class),
Saya perlu mendapat 100 untuk Mathematics,
Disebabkan Signal Processing kreditnye 20 berbanding yang lain 10,
Maka ia membawa pemberat yang tinggi,
Maka average dikira sperti mengira nombor index ketika Add Math Tingkatan 4,

Maka:
(100 + 60x2 + 60)/4 = 70%


Yeah!!!!
Positif2 walaupun kali terakhir mendapat 100 dalam Mathematics,
Adalah ketika darjah 3,
Dimana tambah tolak dalam lingkungan 1000 sahaja,
Dan bab yang paling susah adalah pecahan dimana kita diajar,
1/10 sama dengan 0.1


Semoga berjaya,
Semoga soalan senang,
Semoga berjaya...

=)

Friday, 14 January 2011

Ini Buat Rasa Nak Bukak Kedai Burger

Dulu masa International Baccaleurette yang susah itu,
Aku pernah berkata:

"Kalau aku fail IB ni aku nak bukak kedai burger la, malas dah aku belajar"


Ini serius memang aku yang cakap,
Masa tu sarapan pagi dekat dewan selera,
Tapi dalam nada bergelak ketawala,
Gila kau!!!
Marah bapak aku satgi,
Ntah dia kejar aku keliling padang,
Kalau tau aku berhenti belajar...

*******************************************

Sekarang masa buat Programming ntuk exam pada 14 January,
Terlintas dalam fikiran:

"Alamatnya balik Malaysia jual burger la engkau ni Akmal"

*******************************************

Kalau aku perempuan,
Dah aku kuar exam sambil nangis2,
Pastu pergi peluk member perempuan yang lain,
Pastu nangis puas2 depan dye...

Tapi aku lelaki,
Macho kena ada,
Ego kena jaga,
Member omputih tanya:
"How was it?"

Aku jawab:
"Hahaha, I hate this module"

Mana ada nangis-nangis,
Aku balik makan,
Pastu tulis status facebook:

"Moga Allah memberi kelulusan kepada hamba ini dalam subjek
Software Engineering Design yang baru sahaja
ditempuhi beberapa minit yang lalu"



Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan
hanya kepada Engkaulah kami
mohon pertolongan
(al-Fatihah: 5)

Monday, 10 January 2011

Oh, Esok Exam

Aku sedang meng"update" blog,
Setelah siap post itu,
Aku membaca kembali andai ada tersalah ejaan,
Andai ada kesilapan dalam menyampaikan mesej...

Namun begitu,
Post yang telah siap itu seakan-akan,
Post untuk hari ibu,
Jadi aku simpankan di folder draft....


Aku pon memikirkan idea lain,
Mungkin pasal kenapa Faizal Tahir tak menang?
Mungkin jugak pasal macam mane dye buat stunt terjun dalam air?
Tapi itu semua orang dah sibuk2 gaduh dalam youtube..
Namun begitu satu idea ini muncul:



"Woi, ko exam esok!!!"


Oh, nanti la update blog


exam =)



"Dan tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya
Aku perkenankan doa permohonan kamu"
(Surah Al-Mu'min, 40:60)




Friday, 7 January 2011

Senyumlah =)

Hari ini saya keluar ke City Center,
Mengeluarkan diri daripada rutin library dan bilik,
Seperti biasa saya akan mendapatkan roti jem Greggs,

Setelah masuk ke kedai roti Greggs,
Saya mengambil sepaket donut jem,
Dan beratur di kaunter,
Sesampainya di kaunter untuk bayar,
Saya mengukirkan senyuman kerana orang UK suka sangat senyum,
Tiba-tiba gadis cashier itu memberikan sebiji donut lagi,
Katanya:

"I give you one extra donut"

Tatkala itu terfikir:

"Pergh, gua baru senyum skit dah dapat extra"

Dan saya pon keluarlah dari Greggs untuk ke Boots membeli ubat batuk..

Sambil memakan donut itu,
Saya terbaca di plastik donut itu:


"One Extra FREE per pack"


Laa, memang dapat free satu ke beli sepaket...
Baru ingat esok nak senyum lagi...



Post ini,
Hanya gurauan hati tatkala exam menjelang...

=)

Thursday, 6 January 2011

Seseorang Pernah Berpesan:



"Buat apa sibuk fikir apa yang orang kata pasal kita,
sebab orang tak akan berhenti mengata.
Tetapi fikirlah siapa kita pada pandangan Allah"


=)

Tuesday, 4 January 2011

Otak Tepu

Tau tak tepu?
Macam kalau ko buat milo,
Tapi ko tertaruk lebih milo ke,
Terlebih susu ke,
Nanti ko kacau2 milo tu dye tak mau larut,
Tula tepu..
Saintifiknya dipanggil:

"Larutan Tepu"


STRESS:

Stress adalah akronim kepada:

"Saya Terlalu Risau Exam Sehingga Stress"



Saturday, 1 January 2011

Selamat Tahun Baru??

Selepas sembahyang Jumaat,
Saya dihampiri oleh seorang pak cik melayu,
Selepas memperkenalkan dirinya,
Saya pun memperkenalkan diri..

Melihat dari gaya pakcik ini,
Kelihatan bagaikan seorang bapa,
Dalam hatiku:
"Oh, mesti bapak budak kat Notts ni"

Memang jadi kebiasaan family datang ketika cuti,
Pak cik ini sangat ramah,
Bertanyakan aku sekolah mana,
Duduk mana, dengan siapa, dekat ke rumah dengan masjid,
Dan macam2 lagi...

Tiba-tiba pakcik ini mintak no telefon aku,
Ada sedikit curiga di hatiku,
Oh, siapakah pakcik ini??,
Dalam usaha menanam sifat husnuzon (sangka baik),
Aku pun memberikan no telefon ku..

07875ehtakperlutulisdalamblog...

Kemudian muncul seorang rakan pakcik ini,
Berkopiah putih dililit serban,
Berjubah putih,
Aku tersenyum di dalam hati dan terdetik:
"Oh, pakcik2 ni tabligh"

Bercerita tentang tabligh teringat zaman KMB,
Tatkala aku tidak sembahyang asar,

Tidak sembahyang asar di surau,
Tetapi sembahyang di bilik maka akan datangla orang mengetuk pintu bilik,
Dan bertanya:
"Ada kelapangan masa??"

Sudah2 cerita KMB,
Kemudian pakcik2 ini mengajak ke rumah salah satu junior di sini,
Ada sedikit pengisian katanya,
Pukul 6...
Ada bihun dari Malaysia katanya....

Pukul 6 pon mulalah,
Dengan makan mihun dan air pepsi yang disponsor oleh pakcik itu,
Setelah makan minum bermulalah sesi pengisian,
Antara yang terkesan dan melekat:

"Hidup kita sebenarnya sebuah perjalanan. Perjalanan yang mendekati kematian"

"Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati........."
Hadis Riwayat At-Tarmizi


2011???

Umur sudah pun 22, entah bila umur mencecah 20 pon aku tak sedar.
Allah mulakan 2011 aku dengan peringatan mati.

Azam??

Tingkatan 5 last aku berazam tahun baru..


Seorang senior pernah bertanya lantas berpesan:

Berapakah purata umur manusia di dunia?
Saya menjawab 60

Ditanya lagi:

Berapakah umur manusia di akhirat?
Saya meneka infiniti

Lantas dia berkata:

"Jadi lebih baik kita bersedia untuk kehidupan yang infiniti daripada 60 tahun"


oh yer, Selamat Tahun Baru 2011
oh yer, Selamat Hari Jadi Ayah

=)