Wednesday, 7 December 2011

Belajar Bersyukur

Makan,
Itu hari entah macam mane kami boleh berbincang pasal beras basmati,
Beras basmati mahal skit dari beras biasa,
Tapi dye sedap dan berkhasiat,
Kenapa?

Sebab menurut pelajar scholarship agung,
Kanji dalam beras basmati 60% dari beras biasa,
Maka ia lebih menyihatkan sebab badan kita tak perlukan bnyk kanji...

Bukanlah nak cerita beras,
Tapi ini mengingatkan saya pada satu cerita...


Sesiapa yang pernah bersekolah asrama penuh,
SBP,
Bila cakap pasal dewan makan,
Mesti tau ada satu jenis lauk diberi nama ikan jaws,
Aku tak tau nama betul ikan tu,
Ada jugak panggil ikan tu ikan jacket...

Tapi yang penting ianya kurang digemari pelajar2 sekolah,
Waktu tu mesti ramai pergi kantin beli makanan,
Walaupun pakcik kantin sedikit berkira,
Kalau beli bungkus dye cas lebih 20sen sebab harga polistren,
Damn, mentang2 dye monopoli...


Tapi,
Diceritakan bahawa ada seorang pelajar di sekolah aku,
Begitu berselera makan di dewan makan,
Walaupun hidangan ikat jaws (jacket) dihidangkan,
Seseorang pernah bertanya,


"Kenapa kau berselera sangat makan ikan ni?"


Dia menjawab:

"Aku kalau dekat rumah nak dapat lauk ikan pon jarang. Nak makan lauk ayam lagilah jarang"


Kemudian dia meneruskan makan dengan penuh berselera.....


Kalau aku,
Itu tak cukup, ini tak sedap,


Bersyukur,
Susah betul

.

3 comments: