Tuesday, 13 December 2011

Belajar Bersyukur 2.0

Kenapa 2.0?
Sebab sudah ada versi yang 1.0 ---> sini

*********************************

2 minggu lepas,
Aku bergelumang dengan satu coursework matematik,
Entah apa yang susah sangat pon aku tak tau,
Buat cara ni salah,
Buat cara tu salah....

Pada hari deadline coursework itu,
Aku hanya berjaya menjawab separuh sahaja soalan coursework itu,
Last2 ingat nak hantar lambat sehari,
Bagi peluang diri sendiri berfikir,
Rupa-rupanya lepas dua hari pon tak dapat idea lagi...

Hentam-hentam skit,
Goreng-goreng skit,
Maka dihantar juga coursework itu walau lambat 2 hari...



Lecturer hantar email coursework boleh diambil,
Cuak bai,
Dalam hati:

"Tolonglah lulus. 50% pon cukup"


Terbeliak mata aku dapat 88%,
Tapi sebab lambat 2 hari tolak 10%,
So 78%.

Alhamdulillah,

=)

*********************

Rabu lepas macam biasa lepas kelas pagi,
Aku pergi swim,
Tapi tak pasal-pasal,
Kaki aku "cramp" masa tengah berenang,
Cepat-cepat aku berenang sampai tepi kolam,

Punyalah sakit tapi aku malas nak balik lagi,
So aku teruskan berenang tapi tak guna kaki,
Aku kepit pelampung dekat peha..
Wahaha.....


Makanya akibat peristiwa itu,
Aku tempang sedikit ketika berjalan,
Boleh berjalan tapi tak boleh berlari,


Pada Jumaat pagi,
Aku masih terhincut-hincut,
Ada pula meeting pukul 12-2,
Membuatkan aku berfikir macam mana nak solat Jumaat,

Meeting punya meeting,
Aku pon tak sedar tengok jam dah 1.15,
Aku pon mintak izin keluar untuk solat dari group member,
Mujur mereka faham,
Aku pon berlari sebab solat Jumaat jemaahnya pukul 1.20,

Kemudian berlari kembali ke library untuk meeting,
Tamatnya meeting pukul 2 aku sedar:

"Eh, kaki tak sakit dah"


Maka pada hari Sabtu dapatlah "Iniesta" beraksi di padang,

Alhamdulillah

=)
.

No comments:

Post a Comment