Sunday, 25 December 2011

36 jam..

Cuti,
Dah seminggu cuti,
Dah lebih 36 jam aku tak pegang buku,
Last sekali pegang buku adalah Jumaat pagi...

Semalam Sabtu,
Aku decide untuk cuti dari study,
Pergi main boling,
Main monopoly dan berbagai lagi aktiviti untuk melupakan seketika akademik,
Juga kelam kabut menghafal hafazan sebab tak hafal2 lagi surah hafazan yang diberi bos bulatan gembira...


************************

Antara perkara yang menarik yang berlaku semasa bermain monopoly adalah aku menang,
Hahaha, YEAH!!!!

Namun di sebalik kemenangan itu ada cerita pahit,
Pada pertengahan permainan,
Aku "berhenti' di petak "Go to Jail"
Jadi pergilah ke Jail


Pada giliran seterusnya,
Aku berjaya "roll" double jadi berjaya keluar jail,
Namun begitu di giliran yang sama,
Aku kembali ke petak "Go to Jail"
Sudah 2 kali berturut-turut masuk jail,
Aku seakan tidak percaya..


Setelah tiga giliran mencuba tetapi gagal "roll" double,
Akhirnya berjaya keluar jail,
Dadu diputar menuju ke petak "Community Chest"
Kad di dek "Community Chest" dibuka tertulis:

"Go To Jail"

Tiga kali berturut-turut masuk jail,
Aku dan mereka seakan tidak percaya...


Setelah mencuba "roll double" tiga giliran lagi di dalam jail,
Akhirnya berjaya keluar juga,
Dadu dilempar menuju ke petak "Chance"
Kad di dek "Chance" dibuka tertulis:


"Go To Jail"

Gegak gempita sebuah rumah di dunkirk,
Akibat jeritan seorang pelajar yang dihukum penjara 4 kali berturut,


"Apalah nasib"
"Kenapa aku"
"Tak mungkin 4 kali berturut-turut"

adalah antara luahan hati aku...

Akhirnya aku nekad membayar 50 unit monopoly money untuk keluar penjara,
Tidak sanggup menunggu 3 giliran lagi,

Kali ini aku tidak menyinggah petak "Go To Jail"
Mahupun menerima mana-mana arahan untuk ke jail,
Aku berkata:

"Yeah, tiada lagi jail"


Namun begitu apabila masuk kembali ke petak permulaan,
Aku menyinggah petak dimana aku perlu membayar cukai,
Yang harganya sama dengan harga "gaji"
Gaji = istilah yang diguna jika satu pusingan lengkap bandar monopoly telah dibuat,

Bukan sekali aku kena cukai,
Bukan dua kali,

Tapi 4 kali berturut-turut aku kena cukai yang tidak melayakkan aku mendapat gaji,
Kecewa,
Hancur,
Rebah,
Punah (aiseh bro, bahasa)

Selepas 4 kali berturut-turut masuk jail,
Kemudian di 4 giliran seterusnya aku dinafikan mendapat "gaji"
Dugaan apakah ini...


Namun dipendekkan cerita,
Aku akhirnya berjaya membina hotel dan menang dengan jumlah kekayaan yang melampau...


Jadi,
Janganlah bersedih kalau nasib tidak menyebelahi anda,
Yakinlah bahawa ada kebaikan di sebalik musibah itu...

Omputih ada berkata:

"Every cloud has a silver lining"

Orang melayu juga berkata:

"Setiap awan ada lapisan perak"



"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(As-Syarh 94: 5-6)


=)
.

4 comments:

  1. simple. tapi terkesan. yuk muhasabah! :)

    ReplyDelete
  2. pergh...dramatis!=)

    ReplyDelete
  3. mengmabil pengajaran pd setiap yg terjadi.. mantop!

    ReplyDelete