Tuesday, 6 September 2011

Tegur Versus Perli

Dulu kala,
Aku ada buat status facebook,
"Terjumpa gadis lawa ketika pulang terawih. Bertelekung siap, esok pergi terawih lagi"

Lebih kurang macam tu la,
Aku pon tak ingat,
Macam biasa mesti ada orang komen,

Ada dua komen yang macam tak best:
Satu:

"Tak ikhlas tak gune"

Dua:

"Perempuan ke tuhan kau?"


Tajam bukan?
Orang-orang yang memberi komen itu dahulunya aku panggil:
"Ahli Syurga"

ataupun:

"Geng Lebai"


Padahal sebenarnya niat aku melawak je,
Dan-dan tu kena,
Dulu ada orang tanya kenapa orang ajak berbulatan gembira aku lari,
Inilah sebabnya:

"Korang menghukum"


Tp tu cerita lain,
Bagi aku agak kasar teguran itu,
Dan bagi aku itu satu perlian,
Dan konsep pemahaman aku terhadap perli adalah:

"Kita perli orang sebab kita buat betul, dan orang tu salah"

Contoh:
Kita janji dengan member sampai pukul 9,
Tapi dye sampai pukul 10,
Kita pon cakap,

"Aik bro, salah tengok jam ke?"


********************

Aku ni memang liatlah nak nampak muka kat surau,
Dululah, sekarang nampak muka tapi tak selalu,
Ada sekali dekat KMB tu aku pon terbuka hati nak ke surau,
Aku pon pergi bersalam dengan "geng surau",
Dia kata:


"Wooo, sejuknya tangan"

Tapi ni mungkin bukan perli,
Aku je sensitif lebih

********************

Tapi tak semestinya perli tak boleh digunakan,
Contoh yang boleh bagi aku,
Cikgu Surinam,
Cikgu Matematik aku dekat KMB dulu hari-hari pesan suruh aku jumpa dye tanya soalan matematik,
Tapi aku tak pernah pergi,
Semester 2 sekali pon aku tak jumpa,
Tiba-tiba bila result hancur,
Semester 3 aku pon jumpa la cikgu itu,
Sekali cikgu tu jawab:

"Eh Akmal, demam ke datang jumpa saya?"


**********************


Tapi sebenarnya,
Bila kita perli orang,
Sebenarnya kita nak bagi dye "panas" atau
Kita nak bagi die "sedar"
Cuba check balik niat kita


Kawan aku selalu pesan,

"Kita bukan nak buktikan kita betul, kita nak bagitahu apa yang dia buat tu salah"

Susah tu nak buat sebenarnya

******************

Satu hari,
Mereka meeting-meeting,
Tiba-tiba resolusi bagi aku satu tugasan,
Aku cakap la tak nak sebab rasa tak mampu,
Sekali kena:

"Kau ni nak masuk syurga ke tak?"


Damn kena sebijik,
Tapi ni aku tak terasa hati pon,
Tapi ni mungkin bukan perli,
Sebab orang yang cakap ni pon tak masuk syurga lagi,
Mungkin ini lebih kepada gaya bahasa soalan retorik,
Soalan yang memang jawapannya jelas.

"Ya, saya mahu masuk syurga"


******************

Perli dengan Ejekan lain rasanya,
Contoh ejek:

"Kau Gemok Dow"



Aku pernah ejek orang gemok sampai dia ketawa,
Pelikkan?
Tapi tiba-tiba lepas tu airmata dye keluar,
Aku cakap:

"Kau ni punyalah gemok kalau naik kereta mesti senget sebelah. Pakai 2 tayar je kereta tu nnt"


*******************

Cakap pasal perli,
Harap tak ada la surat electronic berbaur perli di group yohaa
Pelik aku,
Matlamat sama,
Jalan, cara, teknik je lain,
Contoh macam nak pergi Langkawi dari KL,
Boleh naik flight atau bas + feri,
Yang suka naik flight,
Pergi ajak orang naik flight,


**********************************


Aku pon tak tahu nak ending post ni camne,
Susunan pon berterabur,

Pantun la skit:

Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut banyaklah dosa.


Sedapnya pulut dibuat kuih Seri Muka,  
Dek kerana mulut aku masuk neraka.



Ini baru nikmat mulut (kata-kata)

Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang telah kamu dustakan????
                                                                                              -Surah  Ar-Rahman"

4 comments:

  1. ana bukan mereka yg menentang bulatan gembira.
    mungkin kefahaman rendah, tp, kalau tak ambil tugasan tu, mmg syurga takkan dpt ke?

    maaf. soalan "kau ni nak masuk syurga ke tak?"
    tu seolah2 indicate mcm tu.

    sbb ana berpegang, tugasan ape2 pun tak mengapa. asalkan di jalan Dia.

    ReplyDelete
  2. reply guna saya la ye, ... setuju dengan statement

    "tugasan ape pon xpe, asalkan di jalan Dia"

    sbb ikut pemahaman saya bile buat amal, ada dua benda kena jaga.. satu niat, satu ikhlas... tp orang kata kalo niat betul insyaAllah ikhlas..


    "kau nak masuk syurga ke tak"
    mungkin tu cara orang tu nak menunjukkan penegasan:

    "rugi tak rebut ni mal, ganjarannya besar"

    tp gaya bahasa dia lain skit dan saya dah biasa dengan orang ni, so tak terasa hati cuma mungkin kalo bg orang lain agak kasar...

    bg saya setiap orang lain cara dia express sumting dengan seseorang..

    contoh macam saya kalo ada member isap rokok, kalo member tu saya betul2 rapat sy bgtau je saya rimas asap rokok, tp kalo member stakat gitu2 je, saya buat2 kipas asap depan muka dan selalunya orang paham..

    oh panjang pula... terima kasih anon =)

    ReplyDelete
  3. terima kasih jugak =)mungkin masih tak biase dgn penegasan mcm tu. sbb kerap menyebabkan diri dlm dilema. tmbah2 tugas yg agak di luar kemampuan. tp Allah lebih Mengetahui.iA

    sekadar berkongsi. jazakallah.

    ReplyDelete