Friday, 9 September 2011

Bagaimana Aktiviti Mengemas Rumah Memberi Kegembiraan

Dua tiga hari ini,
Saya sibuk mengemas rumah,
Lebih tepat lagi saya mengemas bilik saya sendiri,
Lambakan barang-barang dari zaman sekolah rendah,
Ada yang dikumpul untuk diberi kepada orang,
Ada yang dikumpul untuk dibuang.....


Makanya,
Pelbagai benda yang telah saya jumpai dalam himpunan kotak-kotak itu

**************************

Benda satu:
Lambakan buku rujukan yang melambak,

Ini menguatkan fakta bahawa ibu dan ayah saya amat mementingkan pendidikan,
Ayah saya kata masa dia kecik-kecik dia susah,
Kena jual kuih untuk sara hidup,
Setiap kali balik kampung,
Setiap kali lalu dekat jalan dimana ayah jual kuih dulu,
Mesti dia akan cakap:


"Ha, nampak tak tiang dekat lorong tu? Kat tiang ke tiga tu ayah jual kuih"

Sebab kena jual kuih,
Jadi tiada duit untuk beli buku,
Juga tiada masa untuk baca buku..
Maka ayah akan membawa saya dan adik ke kedai buku setiap hujung tahun bulan 12,
Untuk membeli buku-buku rujukan bagi tahun akan datang,
Ayah selalu kata:


"Kalau nak buku apa bagitau, nanti ayah beli"

Dulu masa kecik-kecik memang tak gemar pergi kedai buku,
Sebab nnt masa cuti sekolah bulan 12 kena buat latihan,
Daripada buku-buku latihan yang melambak itu,
Nanti bila ayah balik petang dye semak,
Dah siap ke belum latihan yang dia bagi,
Selalunya matematik je siap,
Subjek lain leceh ar nak buat....

Tapi 2,3 hari ini aku sedar,
Betapa keluargaku mementingkan pendidikan.

**********************


Benda dua,
Aku jumpa banyak kad-kad hari jadi aku,

Mak aku selalu pesan suruh simpan semua kad-kad hari jadi,
Mak kata:

"Nanti dah besar bila abang bukak balik kad-kad ni mesti seronok"

Aku selalu jawab:

"Sentimental la ibu ni"

Dan semalam aku jumpa kad-kad tu,
Ada dalam satu kotak semuanya,
Dan memang seronok,

Dua tahun aku sambut hari jadi dekat UK,
So semalam aku cakap kat bapak aku,
Dah dua tahun aku tak dapat hadiah hari jadi,
Ayah kata:

"Ok, nanti kita kire dua tahun banyak mane hadiah dye"

Dan semalam aku sedar,
Bahawa hidupku dipenuhi kegembiraan..

********************

Benda tiga:
Mainan yang banyak..

Banyak mainan aku,
Berkotak-kotak,
Mak aku kata aku ni cermat,
Pandai jaga barang,
Mainan-mainan aku pon tak rosak,

Aku perasan mainan-mainan aku banyak dari "free gift",
Contoh macam beli milo dapat free "truck" milo,
Contoh macam beli koko crunch dapat free patung star wars,
Contoh macam makan kat kfc beli kid's meal dapat power rangers,

Aku rasa ini semua gara-gara bila aku ikut mak aku pergi kedai,
Pastu aku ternampak mainan,
Dan mak aku tak bagi,
Jadi aku bijak mengambil makanan yang mendapat mainan,
Sebab aku tau mak aku tak kisah bab-bab makanan...

Dan sejak aku belajar UK ni,
Setiap kali telefon Malaysia,
Soalan tipikal seorang ibu adalah:

"Dah makan?? Makan apa tadi??"

Dan 2,3 hari ini aku sedar,
Aku tak pernah tak cukup makan

***************************

Dan aktiviti mengemas rumah ini membuatkan aku,
Seronok,
Gembira,
Tersenyum,
Bersyukur..

Walaupun aku asyik bersin sebab tak tahan habuk,
Juga agak sedih kerana lagi 10 hari aku akan pulang ke UK...



Maka konklusinya di sini:

"Keluarga adalah harta yang paling bernilai"

=)


oh yer, jemput datang umah sabtu (10 Sept). Ada makan-makan. Nak alamat sila msg kat facebook. Hahaha, nak jumpa juga rakan-rakan blog ni...

************
(monolog dalaman)


"Jap lagi 300 orang datang baru kau tau. Makan kuih je tetamu kau nanti"

3 comments:

  1. bday dia xde kad tp dpt kek cokelat jadik r huu~

    ReplyDelete
  2. lah terlambat 3 hari la akmal baca post ne.kalau tak boleh gak beraya kat sana..hee :)

    have a bless flight back to notts ok

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akmal.

    nak buat permintaan boleh?=)
    boleh akmal ceritakan pengalaman belajar kat notts?
    macamana boleh dapat,pengalaman masa mula2 duduk di england and etc etc..
    pelajar2nya,pensyarah2nya,macamana..
    akmal bertuah sebab belajar di universiti yang sama dengan perdana menteri malaysia,Almarhum YDP negeri 9 yang lalu,raja puan muda perak(tuanku zara) and others.
    so that's mean,notts uni bukan sembarangan uni kan?
    semoga catitan akmal menjadi motivasi buat kami semua.insyaAllah..=)
    good luck di tanah eire.

    -teacher hana-

    ReplyDelete