Friday, 29 July 2011

Bola Sepak?? Hahaha

Kalau dulu,
Zaman bapak-bapak kita muda-mudi,
Malaysia boleh menang lawan Arsenal,
Seri dengan England B,
Tadahal punye kalau setakat nak makan team Asia....

Sekarang,
Zaman kita-kita muda mudi,
Lu orang taula,
Saya tak perlu cerita...

Itu hari Liverpool datang saya sokong Malaysia,
Orang kata:
"Liverpool is my club but Malaysia is my country"

Orang nak sokong Liverpool itu sendiri punye hal,
Tiket kamu bayar, sukati la nak sokong siapa,
Saya beli tiket 58 hengget je masa ni,
Tiket paling murah...

Ingat freekick Safiq Rahim??
Masa tu satu stadium bersorak,
Pakai merah ka, kuning ka, biru ka,
Semua seronok... hahaha

Tapi aku nampak dekat area tiket 388 hengget tepuk tangan je,
Punyalah aku marah dekat orang tiket mahal,
Aku jerit:
"Hoi Soraklah"

Tapi orang kata:
"Tu orang luar la, macam orang Singapore Filipina semua"

Oh, patut tak sorak....
Aku ingat dengan 388 kau boleh jadi Scouser,
Lupa kau tu orang Malaysia...

***************

Sebelum aku cerita pasal match semalam,
Aku nak kongsi cerita sikit,
3 tahun lepas tak silap,
Masa tu aku saja pergi Butik Nike,
Saja nak carik jersey Malaysia,
Aku tak jumpa,
Pastu bila ditanya jersi Malaysia ada,
Orang kedai jawab:

"Buat apa cari jersey Malaysia dik?"

Hahaha,
Boleh pekedai tu jawab macam tu,

Namun begitu,
Itu hari member pergi Butik Nike cari jersey ori,
Orang kedai kata:

"Habis la dik"

Sebenarnya sekarang baru ramai sokong bola sepak Malaysia,
Tipikal orang Malaysia,

"Sokong bila menang"

******************

Ya,
Malaysia kalah teknikal dan taktikal dengan Singapura,
Itu fakta kita kena terima,
Asyik harap Safee Sali buat magic,
Asyik harap Apek buat gaya Casillas,
Asyik harap Kunalan lari atas bawah,

Ya,
Singapura memang bagus,
Kita tolak tepi dulu dia ada pemain import,
Kalau difikirkan ini kelayakan piala dunia,
Lambat laun kita akan jumpa jugak pemain China dan kuasa2 Asia lain,
Mungkin juga Eropah,
Given that kita lepas kelayakan peringkat Asia.....

Ya,
Singapura banyak berlakon,
Sorryla kalau ada readers dari Singapura yang baca,
Ikutkan hati memang aku nak buat status camni:


"Adi Putra, Aaron Aziz dan Pemain Bola Sepak Singapura adalah tiga pelakon handalan Singapura"

Hahaha,
Tapi aku tak buat,
Aku tulis dalam blog je....

Disebabkan lakonan hebat mereka,
Batal puasa mencarut aku,
Dekat 4 bulan aku puasa mencarut,
Dulu dah batal sekali masa bulan 3,
Lawan Warwick Games,
Sekali member datang pacak boot dye kat peha aku,
Kena carutan maut terus,
Pastu dye add aku kat FB,
Sorry la bai gua nak approve....

Aku rasa ref boleh je bagi yellow,
Masa Women World Cup haritu,
Erika, player Brazil buat2 injured tak boleh bangun,
Lepas stretcher bawak dye keluar padang,
Terus bangun berlari,
Kena yellow sepam...

*************

Match kali ni,
Orang akan datang sebelum maghrib,
Tapi rasanya tak ramai pon sembahyang maghrib,
Mungkin ramai yang jamak,
Ya,
Mungkin ramai yang jamak.....

Aku dah buat "khuf" sebelum sampai stadium,
Senang nnt nak sembahyang,
Lagipun sembhyang kat kaki lima je ramai2,
Bendera Malaysia kenala jadi alas sujud,

*************************

Bila Malaysia dah kalah ni,
Aku rasa demam bola sepak kat Malaysia akan padam skit,
Yang memang Mat Layan EPL akan seronok mengutuk Malaysia,
Padahal main bola pon tak reti,
Macam tin kosong,
Kuat bunyi bile diketuk,
Dalam tin kosong ape pon takde,
Kalau ada Laici kat dalam sedap la jugak....

Harapnya stadium tak kosong lepas ni,
Team Olympic ada lagi,
Harapnya masjid pon tak kosong,
Ramadhan kan dah dekat


=)
.

2 comments:

  1. mungkin cuaca di malaysia panas, sebab tu akmal mencarut kot dlm blog..hahaha..cool lah sikit.. :p

    ReplyDelete
  2. woooo, mane ada mencarut dalam blog???

    ReplyDelete