Monday, 4 July 2011

Alif Nun Kaf Lam = Uncle



Alif,
Alif, Ameer dan Faris...
Seperti yang dijanjikan di UK Disember lalu,
3 sahabat seperti biasa meneruskan perjalanan ke destinasi percutian seterusnya...

Nun,
Nun jauh di Terengganu destinasi kami,
Pulau Perhentian


Kaf,
Kaf, kaf, kaf,
Gelak ketawa menemani perjalanan kami....

Lam,
Lama tidak berjumpa,
Banyak perkara yang dibincangkan,
Politik, ekonomi, sosial dan akademik,
Gadis??...


Alif Nun Kaf Lam = Uncle




***

Alif,
Aliff, Ameer dan Faris,
Menghabiskan masa 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian...

Nun,
Nun jauh ke Rantau Panjang perjalanan diteruskan...

Kaf,
Kaf huruf pertama untuk mengeja Kelantan,
Negeri letaknya Rantau Panjang...

Lam,
Lam huruf terakhir untuk mengeja Uncle dalam jawi,
Dimana Aliff ternampak sebuah kedai mengeja:
"Uncle James Cafe"

Di dalam jawi:
"انكل جيمس كيفي"


Alif Nun Kaf Lam = Uncle


Sepanjang perjalanan ke Pantai Timur ini,
Aku telah belajar cara mengeja Uncle di dalam jawi,
Juga James dan Kafe di dalam Jawi

Itu sahajakah yang aku belajar dalam trip kali ini??
Nanti,
Blog post ini belum habis lagi.....


Semasa sampai di pagi rabu di Kuala Besut,
Kami singgah sarapan di kedai BSN bak kata Ameer,
Walhal kedai sebelah BSN,
Ketika Ameer ingin mengeluarkan wangnya,
Terlihat baki di bank orang didepannya yang hanya berbaki RM102.
Sedang kami bersedia membuang RM320 di pulau,
Terkedu kami di pagi itu.....





Ketika berkayak di petang Rabu,
Seekor ikan pari melompat di hadapan kayak kami,
Terus teringat Steve Irwin mati diserang ikan pari,
Terkedu kami di petang itu....

Ketika snorkeling di pagi khamis,
Berjumpa ikan, nemo, penyu dan anak shark,
Dilautan yang besar juga dalam,
Ameer berkata:
"Tengok betapa kecilnya manusia, itupun nak berlagak lagi"
Terkedu saya di pagi itu...

Bersambung snorkeling di petang khamis,
Berjumpa landak laut, nemo dan juga ikan pari,
Kelam kabut terserempak ikan pari,
Mujur cuma daun yang menyerupai ikan pari,
Jika tidak pasti sudah berenang laju sehingga ke pantai,
Bila risau nak mati teringat lambat subuh pagi tadi....





Di malam khamis dijamu BBQ,
Selepas makan kami berunggun api,
Cerita panjang sehingga 4 pagi,
Mujur subuh tak lambat lagi...

Petang Khamis tiba di Rantau Panjang,
Mereka beli jersey, baju dan teddy bear,
Jangan tanya teddy bear untuk siapa,
Mereka lelaki yang sukakan teddy bear,
Saya beli kacang yang sangat banyak,
Seronok makcik tu kami beli banyak kacang dan keropok dari gerainya,

Malam Khamis tiba di Kota Bahru,
Kata mereka gadis Rantau Panjang lagi comel,
Saya senyumkan saja sambil berkata:
"Orang kampung memang ayu"

Tiba di Kuala Lumpur jam 3 pagi,
Ingat tak boleh masuk rumah sebab tiba2 ada mangga dekat pintu pagar,
Baru bercadang nak tidur di depan rumah,
Akhirnya berjaya menelefon ibu di dalam rumah...

Begitulah trip kami,
Selain itu aku juga sedar aku sudah semakin buncit,
Duduk di Malaysia tidak bergerak,


Ini sahabat


Hendak bermain bola rakan tiada,
Joging sendirian malas pula...



Alif Nun Kaf Lam = Uncle

Itu yang aku belajar untuk trip kali ini

=)

5 comments: