Friday, 24 June 2011

Update

Semalam pulang ke Malaysia,
Naik Royal Brunei Airlines,
Satu bagus pasal Royal Brunei Airlines,
Sebelum fly ada baca doa naik kenderaan,
Lain sume bagus,
Makan bagus, layanan bagus, harga bagus,
Pramugari comel (ok, ni tipu. Aku tak tengok pramugari dye pon)

********************

Hari itu ada terjumpa link,
Malaysia top ten,
Alcohol consumption kalau tak silap,
Ada yang macam seronok bila Malaysia top ten,
Atau mungkin aku yang tak paham sarcasm...

Aku serius tak percaya,
Walaupun aku ada je member minum arak,
Tapi sikit sangat yang minum....
Ada member buat lawak:
"Entah-entah kita buat tapai pon dye kire sekali"

Aku pon senyum sambil kasi penumbuk mesra dekat dye,
Aku tengah serius berdiskusi die main2 pula,

Tapi kalau betul Malaysia top ten alcohol consumption,
Dan aku tidak mempercayai fakta ini,
Aku memang dalam zon selesa,
Sehingga tidak nampak realiti masyarakat hari ni,
Kawan-kawan,
Kerja kita masih banyak,
Terlalu banyak

**********************

Tadi aku tengok bola pra-kelayakan Olimpik,
Malaysia menang 2-1 lawan Lubnan,
Aku tengok kat astro je sebab member gi stadium tak ajak,
Mungkin silap aku tak bgtau dye aku dah sampai Malaysia...

Ramai rupanya sokong bola sepak Malaysia,
Ingat sibuk sokong Manchester je,
Sampai player Malaysia score sikit punya lawa pon kata nasib,

Macam biasa setiap kali Malaysia menang,
Mesti ada kata nasib je menang,
Cik abang oi, main sukan apa pon kena ada nasib untuk menang,
Main guli pon kena ada nasib,
Kadang baling guli dah kena,
Tapi nasib tak baik, guli tak keluar bulatan,
Kalau nasib baik dapat 3,4 biji guli sekali baling....

Tapi rasanya yang sibuk berkata:
"Nasib je menang"

Mesti hebat gile main bola,
Sampai tak layan liga malaysia dah,
Mana sampai standard dye....

Nanti aku pergi tengok Liverpool lawan Malaysia,
Terima kasih Nazmi tolong beli tiket,
Silap-silap kalau Suarez score aku lompat-lompat,
Safee Sali score aku kata nasib je boleh goal dengan Reina,

Eh, kenal ke Safee Sali?
Do you know who Safee Sali is? (speaking London la skit, layan EPL mana paham)

******************************

Result exam dah keluar,
Alhamdulillah dapat first class semester ni,
Tapi disebabkan kebodohan, kebongkakan semester lepas,
Menarik percentage aku hanya kepada second class untuk second year,
Bodoh.... Berlagak lagi..

Boleh baca kesilapan aku di sini ------ baca

Result tak berapa nak mengancam ni la mengganggu gugat keyakinan parents aku,
Kalau aku cakap aku nak kahwin,
Mak ayah aku akan kata:
"Study dulu, nanti mengganggu"

Nampaknya kena la buktikan dengan cara lain,
Masak untuk family ke,
Buat diskusi matang bersama keluarga ke,
Belanja makan ke,

Sorry la awak,
Saya gagal meyakinkan parents saya,
Mungkin tahun depan
Hahaha, tersenyum sendiri aku menuliskan 3 baris ayat di atas

*************************

Ha,
Ambik kau,
Semua genre aku update skali,
Pasal Royal Brunei Airlines,
Pasal Malaysia,
Pasal Bola,
Last skali pasal aku,

Sebab nanti kalau aku update pasal diri aku awal-awal,
Awal-awal lagi korang dah klik "x" (pangkah)

Mungkin pasal:
"Ah, mamat ni cerita pasal diri dye lagi"

Atau mungkin:
"Oh, saya nak tahu pasal Akmal je. Pasal bola, Malaysia ngan lain-lain saya tak peduli"

Suwit la bai =)

***********************

Oh, satu lagi nak mintak tolong,
Sila tekan-tekan poll ni,
Saja nak tahu,
Tapi kalau tak nak tekan pon takpe,
Tapi pelik la kalau korang boleh baca sampai sini,
Nak klik 2,3 kali pon berat

Aduh,
Biasa smiley akan datang last skali,
Tapi tak boleh plak letak kat bawah poll tu,
SO nah

=)


Kenapa anda baca blog =)


8 comments:

  1. ehehehe...nape kau ingat aku main2 pasal tapai :P

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akmal..mabruk untuk keputusan iimtihan yang mumtaz itu..
    ingatkan xnak update blog lagi..
    akmal nak kahwin???biar betul...!

    ReplyDelete
  3. ; dah lama ternanti post yg baru.
    akhirnya..
    jazakillah.=)

    ReplyDelete
  4. yes! akmal nak kawin dah..canang satu dunkirk..

    ReplyDelete
  5. Lama sgt ko berehat, sebln aku tunggu post baru..
    Congrats dgn results awak..you still have 4 more sems (kalau tak silap) nak dptkan 1st class.
    WOW..Akmal dh de calon ye??jemput2 lah ye kalau nak kawin tu :)
    Jazakallah kerna update..have a bless summmer holiday
    oh ye, terima kasih lah naik brunei airline.:D

    ReplyDelete
  6. ok, nak claim hadiah. hahaa!
    This post makes me smile :)

    ReplyDelete
  7. adlan: sebab ko gelak2... haha

    anon1 dan 2 dan husna: =)

    nazmi: hahaha, jangan2.. bile masa aku kate aku nak kawin?

    anon seterusnya: aik, asal terima kasih bg pihak brunei airlines?? orang brunei ka?

    cami: ko kasi settle agreement dulu nnt dapat hadiah

    =)

    ReplyDelete