Tuesday, 28 June 2011

Pemuda

Hari itu,
Aku memandu kereta automatik ibuku,
Untuk ke kenduri kahwin di kampung,
Kereta automatik tak ada pick-up,
Tak laju,
Tak pemuda,
Aku bukan pemuda......

Hari itu,
Aku bermain bola setelah pulang ke Malaysia,
Panas benar negara ini,
Baru bermain 15 minit aku mengah,
Tak kuat,
Tak pemuda,
Aku bukan pemuda.....

Hari itu,
Bos bulatan gembira meminta agar dihafal juzu' 30,
Sementelahan kami berada di Malaysia,
Sudah banyak sebenarnya yang ku hafal di zaman KMB dulu,
Namun sejak pulang ke Malaysia,
Aku kembali mengulang hafalan2 ku,
Tak ingat,
Tak pemuda,
Aku bukan pemuda.....


Anda pemuda?

No comments:

Post a Comment