Thursday, 26 May 2011

Mari Baca

Pada suatu hari,
Di dalam bulatan gembira,
Saya ditugaskan membentang sesuatu,

"Tidak mengambil satu daniq (1/6 dirham) yang haram adalah lebih baik daripada 100ribu yang dibelanjakan di jalan Allah s.w.t"
                                                                    -Ibnu Umar r.anhuma-



"Takwa bukanlah dengan melakukan qiyamullail dan berpuasa pada waktu siang, di samping melakukan maksiat antara kedua-duanya. Tetapi takwa adalah melaksanakan apa yang difardhukan Allah dan meninggalkan apa yang diharamkan Allah"
                                                                   -Umar bin Abdul Aziz-


Kesimpulan:
Meninggalkan perkara yang haram sekalipun sedikit adalah lebih baik daripada memperbanyakkan amalan sunat.
Ini kerana meninggalkan perkara haram adalah fardhu dan melakukan amalan sunat adalah sunat sahaja.


************

Bila dah baca,
Nanti mesti ada yang kata:

"Aku rasa pemimpin Malaysia ntah berapa daniq dah dia songlap"

Kalau aku berani aku jawab camni:

"Eh engkau ni, muhasabah diri dulu. Kau sibuk muhasabah untuk dia buat apa"


Tapi aku selalu tak berani, aku akan akan jawab:

"Itulah, tapi kita selalu lupa tinggalkan perkara haram. Betul tak?"

(aku akan tukar topik =p )


Buat apa sibuk tengok dosa orang lain, dosa sendiri lupa

**************

Tapi maksud saya bukan tak payah buat amalan sunat,
Maksud saya kita patut utamakan meninggalkan perkara haram,


Mari sama-sama

AYUH!!!!


"when you ‘think’ its okay to disobey Allah, 

I guess you wont mind to ‘think’ its okay 

to end up in hell"


=)

.

5 comments:

  1. salam bro, realiti depan mata macam mana akmal?

    kalau mudarat y datangkan dosa yang besar, kita tidak berdosa ke akmal?

    ReplyDelete
  2. Yahya Ibnu mu'adh ra (ahli sufi) berkata ;-
    Aku bukan menyuruh kamu meninggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kamu tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniawi itu dikira terpuji, tetapi untuk tinggalkan dosa itu ialah tanggungjawab. Dan untuk tinggalkan dosa itu lebih penting daripada tinggalkan duniawi.

    *just to share here, got it from Contengan Jalanan, Hlovate

    ReplyDelete
  3. Yahya Ibnu mu'adh ra (ahli sufi) berkata ;-
    Aku bukan menyuruh kamu meninggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kamu tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniawi itu dikira terpuji, tetapi untuk tinggalkan dosa itu ialah tanggungjawab. Dan untuk tinggalkan dosa itu lebih penting daripada tinggalkan duniawi.

    *just to share here, got it from Contengan Jalanan, Hlovate

    ReplyDelete
  4. cha: ni soalan retorical ye dak?? semua orang tahu jawapan dye.. tinggalnya apa tindakan kita, sibuk bercakap, mengutuk atau bertindak =)

    thanks husna =)

    ReplyDelete
  5. macamana nak tinggalkan dosa? x cukup kuat....

    ReplyDelete