Wednesday, 27 April 2011

Brunei =)

Brunei Darussalam,
Sebuah negara di Asia Tenggara,
Dengan penduduk seramai 400,000,
Wujud seorang manusia...

Hahaha,
Macam ni la sebenarnya,
Saya nak cerita,
Saya ada kawan brunei,
Dia panggil saya main bola,
Untuk Brunei Easter Games,
Di Nottingham...

Masa grouping stage,
Dua game pertama kami menang,
Pastu kami kalah,
Dan peluang untuk ke quarter final amat tidak cerah,
Kami perlu menang baki dua games dalam grouping,
Untuk ke quarter final...

Lalu dia sebagai captain berkata:
"Tidak apa. Kalau Allah mahu bagi kita menang, kita akan menang jugak. Tapi kita mesti mau usaha." 


Dan sambil tersenyum dia berkata:
"Lepas ini, kita menang"



Kami berjaya memenangi dua perlawanan terakhir dan menjuarai kumpulan kami,
Lantas dia sebagai captain berkata:

"Kita harap dengan kemenangan ini kita semakin dekat dengan tuhan, bukan macam firaun. Sebab dia tak pernah sakit, maka dia ingat dia hebat dan mengaku tuhan"


Di suku akhir,

Dia sebagai captain berkata:

"Jangan lupa. Kalau Allah mahu bagi kita menang, kita akan menang jugak. Tapi kita mesti mau usaha." 


Kami menang penalti 3-1 lepas seri satu sama...


Di separuh akhir,

Dia sebagai captain berkata lagi:

"Jangan lupa. Kalau Allah mahu bagi kita menang, kita akan menang jugak. Tapi kita mesti mau usaha." 


Kami lawan juara tahun lepas,
Kami menang 2-0.


Pada perlawanan akhir,
Kami lawan Brunei Nottingham,
Brunei Nottingham dalam grouping kami jugak,
Mereka second dalam group....

Dalam pasukan Brunei Nottingham semua kawan saya,
Ada 2 orang yang merupakan penyerang sejati Nottingham Malaysian Society,
Wah!!, macam pantun dua kerat pula:

Mereka penyerang sejati,
Nottingham Malaysian Societi.(tipu ejaan skit)


Separuh masa pertama 0-0,
Separuh masa kedua kami mendahului,
Melalui rembatan kencang dari defender kami, Helmi.

Maka strategi selepas itu hanyalah bertahan,
Namun seperti yang dipantunkan,
Mereka penyerang sejati,

Keeper membaling bola dari kawasan gol,
Sampai ke dada striker sejati 1,
Didadanya bola itu dan dicuitkan bola itu ke striker sejati dua,
Striker sejati dua mendada dan merembat kencang bola ke dalam gawang,
Lawa sungguh gol itu,
Dari gol mereka ke gol kami,
Bola itu tidak menjejak tanah,
Keadaan seri satu sama...

Bergegak gempita keadaan di dalam dewan itu,
Seakan-akan ingin roboh,
Akibat jeritan penyokong-penyokong tuan rumah,
Kerana mereka berjaya menyamakan kedudukan....

Masa hampir tamat,
Kami mendapat sepakan percuma,
Kerana Akmal dijatuhkan...

Encik captain merembat bola dari jauh,
Bolanya kencang dan keeper menepis keluar,
Namun bola rebound,
Dan akmal dengan pantas bertindak merembat bola rebound itu ke dalam gol.....

Dan,
GOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLL..........


Bak kata Hanamichi Sakuragi dalam siri Slam Dunk:
"Siapa yang mengawal bola rebound, dia yang mengawal permainan"


Dua minit selepas itu,
Wisel tamat dibunyikan...
Dan kami menang
=)


Mungkin ada yang berkata:
"Bosan dow citer ko ni mal, asyik-asyik last-last nanti ko juga jadi hero"


Saya menjawab:
"Hahahahahahaha . Ini cerita betul. Baca link dekat chat box yang user "me" bagi. "



Gambar selepas final tamat



Fialova, Juara Brunei Easter Games 2011 =)


Semua orang dapat sorang satu piala ni. 
Terima Kasih Brunei



"Jangan lupa.
Kalau Allah mahu bagi kita menang, kita akan menang jugak. 
Tapi kita mesti mau usaha." 



=)

7 comments:

  1. suka lah kt ayat tu!
    Kalau Allah mahu bagi kita menang, kita akan menang jugak. Tapi kita mesti mau usaha :)

    ReplyDelete
  2. Aku nak berkenalan dgn captain tu boleh? haha.

    ReplyDelete
  3. patutlah xabis2 sebut nama captain ko..haha

    ReplyDelete
  4. go bekem!

    ReplyDelete
  5. Bkn Brunei easter game but Brunotts easter game lah akmal..congrats btw..handal ko

    ReplyDelete
  6. wooo... maaf2.... yerp betul, Brunotts Easter Games..

    sorry bro =)

    ReplyDelete