Wednesday, 16 March 2011

Wooop!!!! Piyaaap!!!!

Wooop!!!!  Piyaaap!!!!
Begitulah bunyi sorakan penyokong Malaysia,
Tatkala pemain-pemain Malaysia men"smash" bulu tangkis...

Idea untuk menonton Terbuka England,
Mula datang apabila pasukan bola Dunkirk Jaya,
Berhasrat untuk tidak menyertai Sheffield Games,
Dengan alasan berehat dari arena bola sepak buat seketika,
Dan juga memberi ruang kepada pemain2 supaya pulih,
Sebelum menjelangnya Warwick Games....

Dengan itu aku pon mula bertanyakan akan tiket untuk ke All England,
Di"sms" rakan-rakan seantero UK berkenaan tiket,
Di"status"kan dalam facebook mengenai tiket itu,
Bak kata pepatah:

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu"


Mestilah Allah yang tahu,
Oleh itu kita kena usaha...

Maka dengan tidak semena-mena seorang rakan mengoment (comment) statusnya,
Berkata dia ada tiket final, kalau mahu bagitahu...

**********************************

Aku lari dari Block 4 tempat duduk aku,
Sebab xde kawan,
Yela kan, datang sorang2 naik kereta dari Notts,
Pastu aku pon lari ke Block 5,
Yang penuh dengan penyokong Malaysia,

Ini hanya 3 orang dari ratusan yang hadir


Entah macam mana ada kompang pulak dekat dengan seat aku,
Memang berkompangla aku sepanjang perlawanan....

Dipendekkan cerita,
Double kalah, Chong Wei menang,
Tapi apa yang aku perasan,
Dalam National Indoor Arena tu,
Semua bangsa rakyat Malaysia ada,
Cina ada,
India ada,
Melayu ada...

Semua sama-sama jerit,
Malaysia Boleh!!!
Come On Datuk!!!

Semua sama-sama nyanyi lagu,
Inilah barisan kita,
Lagu ole-ole (lagu world cup ricky martin tu)
Lagu negaraku

Tengok, aku masuk tv. (Yang jersey Malaysia belakang bendera)
Popular la aku lepas ni


Tengok dekat minit 1.00 hingga 1.04 kalau tak percaya ada muka aku.
Kalau tak boleh terus ke minit 3.30 untuk tengok match


Kan aku dah kata dulu,
Sukan boleh menyatupadukan kita,
Letaklah dekat dalam gelanggang tu,
Nama Muthusamy ke,
Nama Ah Chong ke,
Nama Abu ke,
Mesti tetap akan disokong,
Tanpa sebarang kompromi....

Kau tengok, ada satu bangsa yang xde. Lain sume ada. Cube teka.
Jawapan dye bangsawan (boo, x lawak pon)


Aku percaya bahawa sukan dapat menyatupadukan manusia,
Pasal tu aku jadi Sports Secretary,
Ngan Director Notts Games,
Sebab aku nak satupadukan manusia..
(ok, ni tipu. Padahal nak bagi CV lawa)

Namun begitu ada dua sikap rakyat Malaysia yang kurang digemari,

Sikap satu:
Sibuk nak pergi Terbuka England,
Terbuka Malaysia pernah pergi??
Aku pon tak pernah pergi

Sikap dua:
Lepas double kalah,
Ramai yang tak yakin dengan Chong Wei,
Mereka kata harap double ni je la kalau nak menang pon,
Termasuk bapaku sendiri,

Bapaku berada di kampung,
Atas urusan yang aku terlupa nak tanya,
Jadi tiada astro dan internet,
Maka tidak dapat menonton siaran langsung,
Jadi aku perlu meng"update" selepas perlawanan..

Ini perbualan aku dan bapaku:

Akmal: Ayah, match Chong Wei dah habis.
Ayah: Ha, kalah?
Akmal: Chong Wei power kot. Straight set. 21-17. 21-17.
Ayah: Aduh, rugi tak tengok.

Padahal,
Bapaku selalu berpesan,
Belum masuk padang jangan fikir mesti kalah,
Kalau tidak nanti belum main dah kalah...

Sebenarnya bapaku peminat Chong Wei number 2,
Namun setelah Chong Wei dijinakkan pada Olimpik lalu,
Bapakku mula hilang minat..

Sapa peminat number 1?
Mesti korang ingat aku,
Bukan2, mestilah Girlfren dye,
Wong Mew Choo

Jadi,
Siapa kata sukan hanya aktiviti yang memenatkan?
Aktiviti yang hanya memberi peluh dan kotoran?

Majulah sukan untuk negara

Sepatutnya ni gambar KMB, tp Kolej lain pon boleh

Ni sepatutnya gambar orang Southampton, 
tapi Nottingham pon boleh

Malaysia Boleh 

=)

1 comment:

  1. chong wei dh single lah.. :p

    ReplyDelete