Tuesday, 8 March 2011

I Do Bend The Ball Like Beckham (Anak Kecil ke Piala Perantau)

GBP 550, GBP 400, GBP 495, GBP 360,
Rata-rata harga quotation untuk menyewa bus 16 seater,
Untuk ke Piala Perantau 2011 di Manchester,
"Terlalu mahal"

Akhirnya berjaya mendapat harga serendah GBP300,
Dengan menggunakan skill menawar yang diajarkan ayahnya,
Anak kecil ini berjaya mendapat harga GBP280...

Namun begitu, 
Di saat malam sebelum perlawanan,
Ada 4 pemain yang menarik diri,
Satu sebab birthday adiknya,
Satu sebab komitmen dengan pasukan lain,
Satu sebab sakit badan,
Satu sebab anak kecil ini terlupa untuk memberitahu kepada pemain yang seorang itu...
Maka tinggal 12 pemain...

Mujur dipermudahkan urusan anak kecil ini dengan pembatalan kelas petang lepas Jumaat dengan tidak semena-mena oleh lecturer, 
Oleh itu bertungkus-lumuslah anak kecil ini mencari pengganti,
Dihubungi rakan serata UK,
Namun semuanya telah disambar oleh pasukan lain,
Maka masih 12 pemain....

Di ketika ini ada rakan yang membantu,
Dengan berkata:
"Jangan stress mal, boleh dapat orang lagi ni"

Atau berkata:
"Yang bagi kita menang bukan pemain bola, tapi Allah"

Ada juga yang berkata:
"Itulah, kau lambat confirm dengan player"
(padahal semua player telah diberitahu 1 minggu awal, ada setengah tu 2 minggu)

Tapi tak apalah,
Dapat apa berbalah,
Namun begitu anak kecil ini berjaya mendapatkan 2 pemain pada malam itu,
Maka sudah ada 14 pemain...

********************************

Di pagi Sabtu,
Seorang pemain telah terseliuh di dalam jamban di waktu pagi,
Seorang pula tidak reti untuk bangun pagi,
Maka kami bertolak dengan 12 orang pemain...

Ada yang berkata:
"Camne nak main mal ada 12 je?"

Ada juga yang berkata:
"Ko dah usaha cari orang mal, kalo ada 12 kita guna 12 orang ni je la. InsyaAllah"

Formula formasi terbaik dicari dengan hanya 12 pemain,
Risau anak kecil ini,
Sehingga setelah sampai di padang,
Anak kecil ini berkata fitting room mana?
Padahal dimaksudkan adalah changing room,
Gelak berdekah-dekah mereka,
Anak kecil ini tersenyum saja...


Perlawanan Pertama:
Seri (1-1)
Penuh amarah anak kecil ini bermain,
Habis satu padang dimarahinya,

Sehingga ditegur rakannya:
"Jangan marah player mal, nnt dye down"

Dijawabnya:
"Aku geram la. Susah nak kumpul orang"

Rakannya berkata kembali:
"Nasib baik dye datang, kalao tak?"

Tersilap konsep anak kecil ini,
Yang patut dimarahi adalah orang yang tidak datang,
Bukannya yang datang...


Perlawanan Kedua:
Seri (0-0)
Kelihatan ramai kenalan anak kecil ini,
Maka sebelum bermain tersenyum anak kecil ini melihat rakan2 di pasukan lawan...

Rakan-rakan ini mungkin juga boleh digelar,
Ikhwah Kita...

Namun begitu,
Dua kali anak kecil ini tergolek disepak kakinya,
Oleh mereka yang dikenali sebagai Ikhwah Kita,
Teringat anak kecil ini kata-kata rakannya:
"Kadang-kadang diorang ni main bola jadi lupa diri"


Perlawanan Ketiga:
Menang (1-0)
Pemenang perlawanan ini akan layak ke suku akhir,
Maka ianya sangat sengit,
Dipenuhi dengan adegan menyepak kaki

Namun begitu di separuh masa kedua,
Anak kecil ini mengambil sepakan percuma,
Dilihat kepada angin yang kuat,
Dicubakan sahaja meledakkan bola ke arah gol,
Siapa tahu hasilnya sepakan itu masuk ke dalam gol...

Menjerit anak kecil ini,
Gooooolllllllllllllllllllllllll!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sambil berlari memeluk rakan-rakannya,
Namun begitu datang seorang rakan dan berkata:

"Ingat Akmal, gol itu Allah yang beri. Tetapi awaklah sebabnya bola tu masuk gol, maka ucap Alhamdulillah"

Terdiam anak kecil ini,
Tatkala bola itu masuk ke dalam gawang,
Jeritan yang dikeluarkan,
Sepatutnya Alhamdulillah..

Namun begitu,
Tersenyum juga anak kecil ini,
Sehingga diusik rakan yang lain,

"Eh, tadi bukan main monyok lagi. Sekarang dah happy"



Sebelum perlawanan suku akhir,
Terjumpa dengan seorang pemain dari pasukan perlawanan ketiga,
Gaya seorang postgrad dan dia berkata:


"Oh, kau ni capitan team oren tadi. Abang respek la team korang, main elok je takde sepak kaki orang, takda marah-marah referee. Kitorang panggil korang ni team berkat"





Suku Akhir:
Seri (0-0)

Perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan,
4 pemain bermain dalam keadaan kaki cramp,
Saat anak kecil ini cramp,
Diberitahu oleh pasukan lawan:
"Keluarkanlah dia ni, tukar dengan orang lain"

Dijawab oleh rakan anak kecil:
"Kami takde player dah, semua dah injured"

Perlawanan diakhiri dengan sepakan penalti,
Pasukan anak kecil ini kecundang dengan jaringan 3-2


Jadi,
Siapa kata bermain bola tiada pengajaran???

Skuad Piala Perantau 2011

=)

8 comments:

  1. "Kadang-kadang diorang ni main bola jadi lupa diri"
    sori mal T_T

    ReplyDelete
  2. kena pastikan satu team bukan sahaja jaga aurat pakaian, tapi aurat mata dan mulut mal..baru main bola x sia2..

    ReplyDelete
  3. syabas rakan2..berjaya menempuah segala dugaan yg datang..insyaallah tahun depan ada peluang lagi.. :)

    ReplyDelete
  4. Ur post always make me S~MILE~ :)
    Congrats even tak jdi juara

    ReplyDelete
  5. anonimus yang aku rasa aku tau sape: haha, xdehal bro.. standard ar main bola

    cha: setuju cha...

    salim: insyaAllah =)

    anonimus: thanks =)

    ReplyDelete
  6. =)
    lps nie jom main futsal sama2...last main satu team dgn ko kat kl dulu..main dgn adik2..huhu...

    ReplyDelete
  7. takpe mal, semangat kesukanan tu yang penting..menang dan kalah tu no 2..kalo kalah, xde rezeki..kalo menang, alhamdulillah bonus :D
    -AAF (Ameer Azhar Fadzilan) :)

    ReplyDelete
  8. ko ni tak reti nak ajak aku ke?
    koyak rabak tahap dewa.

    ReplyDelete