Tuesday, 22 March 2011

Dulu Saya Benci Pengawas!!

Dulu,
Zaman sekolah rendah,
Saya benci sungguh dengan pengawas,
Sebab setiap kali sekolah buat spot-check,
Rambut panjang ke,
Kuku panjang ke,
Bawak gameboy gi sekolah ke,
Bawak digimon gi sekolah ke,
Mesti pengawas terlepas.....

Maklumlah,
Cikgu suruh pengawas check murid2,
Tapi takde sapa check pengawas...

Bile dah masuk sekolah menengah,
Lagilah panas dengan pengawas,
Sapa ada kabel baik dengan pengawas,
Handphone, MP3, dan segala barang "haram",
Soh pengawas simpan masa spot-check,
Confirm lepas,
Super Corrupt.....

Namun begitu,
Saya ditakdirkan untuk menjadi pengawas,
Ketika di SBPI Gombak,
Entah macam mana boleh jadi pengawas....

Dikenali dengan perangai tidur selepas subuh,
Maklumlah asrama subuh mesti on-time,
Sebab hampir setiap hari warden bawak hanger libas budak yang bergelumang dalam selimut lagi,
Maka kadang kala terlajak tidur sehingga pukul 7,
Kelam kabut nak bersiap,
Maka pukul 7.15 baru sampai perhimpunan,

Macam biasa,
Mesti kantoi dengan cikgu yang buat check kalau-kalau ada budak yang masih di asrama,

Cikgu: Ni kenapa lambat?

Akmal: Saya jaga asrama tadi cikgu, tunggu semua budak keluar dulu.

Cikgu: Cepat, assembly dah mula

Tengok,
Super Corrupt

**********************

Bercakap memang senang,
Sangat senang,
Cakap pengawas salah guna kuasa,
Bila kau dapat kuasa,
Kau pon sama....

**********************

Ramai orang suka kutuk orang,
Lagi-lagi pemimpin negara,

Nanti,
Baca sampai habis dulu,
Nanti ada yang kata saya ni backing kerajaan...

Dulu,
Ada seorang postgrad pernah mengingatkan:

"Kita sekarang duduk dalam halaqah kecik-kecik ni, tengok orang salah guna kuasa. Kita sekarang xde kuasa senang la kita cakap"


Ingin saya berkongsi cerita,
Seorang pegawai kerajaan yang sangat saya kenal,
Pegawai ini mempunyai kepercayaan dari orang atasan,
Untuk me"review" projek2 bagi sebuah organisasi kerajaan ini,

Maka apa yang di"review" oleh pegawai ini,
Pastinya mendapat kelulusan pihak atasan...

Maka ramailah manusia yang mengaku sahabat,
Mengaku saudara,
Datang menawarkan pelbagai jenis "hadiah",

Ditawarkan perabot rumah penuh dari pagar depan sehingga pintu belakang,
Dijawabnya:
"Tak pelah encik, rumah saya pon dah lengkap perabot. Rumah saya pon tak besar mana"

Ditawarkan set golf,
Dijawabnya:
"Tak pelah encik, saya tak main golf"

Ditawarkan untuk belanja makan,
Dijawabnya:
"Saya sibukla sekarang, lagipon saya dah makan tadi"

Sehingga satu hari,
Pegawai ini terpaksa mendengar ini:
"Bodoh punya manusia, orang nak bagi hidup senang tak mahu"


Namun,
Cekap mereka ini membuat kerja,
Pernah sekali saya dan pegawai kerajaan ini sarapan bersama,
Ketika hendak membayar di kaunter mamak itu berkata:
"Incik, tadi itu orang pakai baju batik sudah bayar sama incik punya makan"

Pegawai kerajaan itu berkata:
"Lain kali an-ne, jangan bagi lain orang bayar saya punya makan"

Tengok,
Susah kan ada kuasa,
Itu baru kuasa memberi review,
Belum kuasa meluluskan...

Kita asyik tengok orang corrupt,
Kita corrupt kita lupa,

Contoh,
Budak scholar kerajaan,
Guna duit kerajaan beli PS3, Wii, XBox,
Itu tak corrupt???
Baru jadi scholar kerajaan...

Mestilah saya kata tak,
Sebab saya kata itu duit gaji,
Hak merekalah nak beli apa,

Cuba bagitahu dekat orang kampung,
Yang kita scholar kerajaan,
Pastu kita beli mainan,
Pastu kita sibuk kata orang kerajaan sibuk makan duit kerajaan,
Sampai ada orang kampung nak beli susu anak pon tak cukup...

Atau,
Sebab saya ada Wii,
Maka saya kata,
Hak sayalah, itu duit saya...

Tengok,
Super Corrupt...

*************************

Bukan saya nak kata corrupt itu boleh,
Tapi saya nak kata,
Kita sibuk kutuk pemimpin negara,
Wanita puakala,
Lelaki Tua tak sedar dirilah,
Padahal bila kita dapat duit dan kuasa,
Kita dua kali lima..


Mungkin ada yang kata:
"Aku yakin kalau aku dapat kuasa aku tak akan corrupt mal"

Saya balas:
"Alhamdulillah, Malaysia perlukan pemimpin negara macam ko. Aku sanggup turun kempen untuk orang macam ko"



"Hate the sins, not the sinner"
"Bencilah dosa yang dilakukan, bukan pendosa"


Sebab kita bukan penghukum,
Kita hanya perlu menyampaikan kebenaran,


p/s: dah lama benda ni ada dalam draft folder. Tapi bila aku tengok ko semakin suka kutuk orang, aku nak tegur depan2 aku takut tersalah cakap pastu nnt ko kecik hati. So bro, nah..

p/s2: so bro, kalau aku ada buat salah pon jangan segan mau tegur. Terima kasih kejut subuh itu hari 

=)

11 comments:

  1. nice one..mcm dh jdi newppr pgi2 aku plk blog akmal ne :) "hate the sins, not the sinner"

    ReplyDelete
  2. Uhhhh, no. Taxpayers' money =/= duit kerajaan. Sebenarnya kerajaan pun tak boleh pakai duit ikut suka sebab itu amanah rakyat kepada kerajaan. Not to nitpick, but I think that the mentality of 'oh ini duit kerajaan' must be changed to 'on ini duit rakyat'

    ReplyDelete
  3. truth is, kita semua korup.

    korupsi dtg bila ada kuasa. dan kuasa apa yg setiap individu ada? x kisah lah ada jawatan ke x, umur tua atau muda?

    MASA. kita semua berkuasa dan bertanggungjawab ke atas masa yg tuhan kurniakan pd kita. skrang tanya diri sendiri, siapa yg pernah membazir masa? guna untuk perkara x bermanfaat? melengah2kan urusan yg penting?

    bukan ke itu satu bentuk korupsi? penyalahgunaan kuasa yg diberi? sedih bila tgk org yg suka sgt menuding jari pd kesalahan org lain, tp x reflect pd diri sendiri.

    cuma mugkin korupsi masa tak affect org di sekeliling, dan x akibatkan penganiayaan pd manusia lain. tp betul ke? kalau lewat ke meeting x ke menyusahkan org lain?

    point plg penting: jgn ckp kau xkn korup, atau caci maki koruptor2 lain, kalau kau sendiri korup dlm penggunaan masa, sedangkan masa adalah serendah2 kuasa yg semua org ada.

    nice post mal. sgt expected dr thinker mcm kau :)

    ReplyDelete
  4. best nye best nye..
    awesome.
    syukran for sharing..=)

    ReplyDelete
  5. Gud thought.

    Penjawat awam ni kadang-kadang lupe dan ada juga yang xtau sapa yang bayar gaji mereka sebenarnya..

    Bila ditanya, sapa yang bayar gaji korang..?

    Ada yang jawap...
    PM la..
    Perbendaharaan la..
    Menteri kewangan la..
    Sultan laa...
    Kerajaan la...

    But the truth is..yang bayar gaji diaorang sebenarnya adalah RAKYAT!...

    Kalu kata PM yang bayar...~ PM pun makan gaji, soo..sapa yang bayar gaji dia?? mestilah rakyat melalui hasil cukai dan sebagainya.same goes to the rest...(Sultan, Menteri dan lain-lain)suma dapat gaji dari rakyat...

    Kalu rakyat majikan kita, seharusnya dan semestinya kita beri perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Tapi ramai yang tak paham konsep ni..sebab tu korupsi banyak berlaku..xikhlas buat keje. Ramai yang kibas PM, Menteri dan Sultan untuk mendapat kedudukan tinggi tapi mengabaikan rakyat..

    Soo...untuk kawan2..yang mana terima tajaan rakyat untuk belajar tu, hendaklah belajar sungguh2.Dah tamat belajar nt pulangla berkhidmat untuk negara..(xkisahla kerajaan ke swasta ke)janji berkhidmat untuk malaysia..

    Ingat..Allah xkan beri lebey selagi kita x bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan..

    Last but not least...

    Cakap tentang kutuk mengutuk ni...teringat pulak saya tentang sepotong ayat dalam Surah Al-Ankabut, Ayat 2 yang bermaksud :

    "Adakah kamu merasakan diri kamu seorang yang beriman, sedangkan kamu belum diuji..?"

    Renung-renungkan la ayat tersebut dan selamat beramal=)

    ReplyDelete
  6. anonimus: hahaha, newspaper la sangat... =)

    shin: =)

    anonimus: btol2, mungkin duit rakyat lebih tepat. Tapi kerajaan juga yang janakan duit rakyat ni.. so lebih tepat lagi "duit rakyat yang dijanakan kerajaan"

    taf: corruptor masa, point yang menarik =)

    anonimus: =)

    aa: haa, nak letak ayat ni la sebagai penutup sebenarnya.. tp terlupa.. terima kasih =)

    ReplyDelete
  7. mal, tulisan ko bagus..never fail to amuse ppl around you..

    sekali baca ak tersenyum, dua kali baca ak terpandang sisi lain..
    contoh yang ko beri pengawas tuh sangat valid dan sangat betul, cuma ianya tidak memberi justifikasi yang lengkap tentang sesuatu tindakan..

    jika apa y pengawas tuh buat salah, ianya tetap salah, bila pemimpin makan rasuah ianya tetap salah, bila pelajar2 oversea bazir duit, ianya tetap salah..semuanya berbalik kepada amar maaruf nahi munkar..

    bila mengkritik, ada orang guna perkataan y kasar, ada y guna perkataan yang menyindir, ada yang berkata sopan, bergantung kepada pengalaman lalu dan karakter..malah masing2 punya pengalaman lalu y berbeza, tapi wajar untuk kita salurkan dan ketengahkan dengan bijak..namun again, ianya tetap kembali kepada isu asal, yang salah tetap salah kan akmal aliff?

    jangan kita takut untuk nyatakan pendirian dan kritik..

    nice thought anyway akmal..

    ReplyDelete
  8. Saya tak tahu dari mana keluarnya isu 'duit kerajaan' dan 'duit rakyat' dari post nh, yang mana memang semua kita setuju pun benda nh yang duit yang kita dapat nh, duit rakyat..

    Apa yang saya lihat, saudara penulis menceritakan realiti tentang korupsi tanpa membetulkan yang salah dan menyalahkan yang betul, supaya kita berpada-pada mengkritik dengan berhemah, dengan cara sebelum buat kritikan yang pedazzz, reflek dulu kepada diri kita yang bukannya bersih dari korupsi dan juga menimbang tara, bahawa tidak senang mengatasi korupsi di Malaysia. So that, bila kite nak sembur polis/penjawat kerajaan/etc, kita dapat tenangkan diri kita agar teguran yang kita sampaikan itu menyentuh hati untuk bertaubat, bukan sebaliknya...

    Nice one akmal...

    ReplyDelete
  9. well said..just reflect to ourselves back then..thnx for sharing..looking forward for more posts from u..good job bro..may Allah bless u always,insyaAllah :')

    ReplyDelete