Thursday, 24 February 2011

Sebab Atas Perlakuan

Semua orang ada sebab,
Atas perlakuan masing-masing,


Ada yang bagi sebab kenapa dia hisap rokok,
Ada yang bagi sebab kenapa dia tak datang kelas,
Ada yang bagi sebab kenapa dia lupa buat homework,
Ada yang bagi sebab kenapa dia tak sempat baca quran,
Ada yang bagi sebab kenapa dia tak bangun subuh tadi pagi,


Bak Filem P. Ramlee,

"Berapa banyak sebab daaa"


Bagi yang ingin lebih memahami,
Saya sediakan dua situasi dalam kehidupan saya di United Kingdom ini:


Situasi Pertama:

Ada setengah orang keluar dari rumah 20 minit awal,
Biasanya berlaku pada kaum hawa,
Padahal nak ke kelas memakan masa 10 minit,
Ditanya kenapa nak gerak awal??
Dijawabnya:

"Aku tak nak lambat, nnt tergesa-gesa"

Namun begitu mungkin ada yang kata:

"Depa jalan slow, sebab tu kena keluar awal. Jalan terkedek-kedek, bila nak tiba"



Situasi Kedua:

Ada sesetengah orang keluar rumah 5 minit awal,
Selalunya berlaku pada diriku,
Padahal nak ke kelas hanya memakan 10 minit,
Bila terserempak dengan orang,
Mereka mungkin berkata:

"Budak ni selalu lambat pergi kelas, kan dah berlari-lari"


Aku menjawab:

"Aku keluar rumah lambat supaya nnt aku akan berlari-lari anak untuk ke kelas, dengan itu dapat maintain fitness level"


=)

4 comments:

  1. pndai buat alasan...haha..mmg tau pon akmal slalu je lmbt nak pegi kelas..

    ReplyDelete
  2. Jalan kedek2 is better i think.. hahaha

    ReplyDelete
  3. apies: hahaha, ini namanya sebab bukan alasan...

    anonimus: mana tau???

    cami: tak boleh cami, kita kena cergas

    =)

    ReplyDelete