Wednesday, 2 February 2011

Mesir dan Persepsi

"Lebih banyak pemimpin negara di facebook, berbanding menteri2 di kabinet"

Jika anda membaca kata2 di atas,
Dengan persepsi bahawa yang mengatakannya adalah anti-kerajaan,
Mungkin ini pemahaman anda:

"Itulah kerajaan, banyak je cara nak keluarkan rakyat Malaysia dari Mesir. Takkan nak tunggu berpuluh rakyat mati baru nak keluarkan"

Ini mengakibatkan sesetengah rakyat menjadi emosi,
Sehingga mengeluarkan kata2 yang kurang baik,
Ditanya ada ahli keluargakah di Mesir ketika ini,
Jawabnya tiada,

Yang menanti ahli keluarganya pulang berdoa agar keluarganya selamat,
Yang tidak menanti emosi berlebihan pula,
Politikkah?

Seorang rakan juga berpesan:

"Mendoakan kebaikan adalah lebih baik dari kata-kata maki hamun"



Namun begitu jika anda membacanya,
Dengan persepsi bahawa yang mengatakannya adalah pro-kerajaan,
Mungkin ini pemahaman anda:

"Itulah, macam pandai sangat budak2 ni buat keputusan. Hantar kapal perang la, hantar askar la. Ingat senang ke?"

Seorang rakan ber"comment" di facebook:

"Kita tak duduk atas, kita tak tahu"



Walaubagaimanapun,
Diharapkan kerajaan segera mengeluarkan rakyat Malaysia,
Walaupun ada pihak yang mengatakan keadaan masih selamat,
Tapi bawak keluar jela, tunggu apa lagi!!
oh maaf, teremosi pula


"Lebih banyak pemimpin negara di facebook, berbanding menteri2 di kabinet"

Suka hati andalah nak paham kot mana,
Atau mungkin ada pemahaman ketiga,
Iaitu:

"Eh, merepek benar Akmal ni"

No comments:

Post a Comment