Thursday, 3 February 2011

Masih Jauh Jalan Ini Wahai Anak Kecil

Ada seorang hamba Allah,
Hidupnya begini:

Ketika darjah satu, anak kecil ini pemalas sekali,
Kerja sekolah tidak pernah dibuat,
Balik sekolah agama dengan baju kotor,
Akibat bermain kejar2 dengan rakan2,
Kemudian menonton tv di waktu malam,
Kemudian tidur....

Ini berlarutan sehingga ke darjah 2,
Anak kecil ini sangat tidak suka English,
Dan tidak pernah membuat kerja sekolah,
Sehingga bila disuruh ulang kaji di dalam bilik,
Sama ada membaca komik atau tidur yang dibuatnya...

Sehingga satu hari,
Teacher English membaling buku kanak-kanak darjah 2 ini,
Dihadapan satu kelas,
Kerana sering sahaja menghantar buku latihan yang kosong....

Malu dan marah menyelubungi anak kecil ini,
Jika dia "gangster" jalanan sudah bercalar-balar kereta teacher itu,
Mujur anak kecil ini baik....

Berbekalkan peristiwa itu,
Anak kecil ini berubah menjadi rajin,
Sehingga mendapat medal untuk keputusan darjah 2 dan 3,
Entah kenapa sekolah anak kecil ini,
Memberi medal untuk 3 pelajar terbaik dari setiap kelas,
Mungkin ingin membakar semangat kesukanan....

Ketika darjah 4 dipindahkan sekolah,
Namun sekolah barunya mengatakan dia harus diletakkan di kelas terakhir,
Kerana keputusan dari sekolah lama tidak melambangkan apa2....

Maka anak kecil ini pun berusaha,
Sehingga berjaya ke kelas idaman kononnya,
Namun begitu keputusan UPSRnya jauh meleset dari jangkaannya,
Sedang rakan melompat2 "kegilaan" mendapat 5A,
Dia termenung memegang slip UPSRnya,
Yang tidak semeriah rakan2 sekelasnya....

Kerana terlalu sedih anak kecil ini tertinggal bas sekolah,
Dan di rumah, ibunya menunggu namun anaknya tidak pulang,
Ibunya pergi ke sekolah mencari dan ternampak anaknya,
Sedang duduk di atas tembok dengan muka yang muram dan monyok sekali....
Ibunya memujuk dan akhirnya mereka pulang,
Ibunya tahu anak kecil ini sedih kerana hanya dengan keputusan 5A,
Dia akan diberikan komputer yang menjadi kegilaan kanak-kanak,
Ketika itu "counter strike" popular sekali....

Berbekalkan kegagalan UPSRnya,
Anak kecil ini belajar bersungguh-sungguh untuk PMRnya,
Dan mendapat keputusan yang melayakkannya ke asrama penuh...

Namun begitu mungkin anak kecil ini lupa diri,
Konon-konon matematik itu mudah,
Mengakibatkan matematik tambahan cukup-cukup lulus saja,
Semasa di tingkatan 4....

Berbekalkan keputusan yang teruk itu,
Dia berusaha bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan SPMnya,
Yang melayakkannya mendapat tajaan....

Penaja anak kecil ini kemudiannya menghantarnya ke sebuah kolej persediaan,
Anak kecil ini lupa diri lagi,
Bermain-main cinta dan computer games mula menguasai diri,
Mampu bermain games selepas makan malam,
Dan hanya berhenti tatkala subuh menjelang...

Keputusan anak muda ini menyebabkan kaunselor ingin berjumpa,
Dan dimarahi ayahnya yang mengatakan,
Anak kecil ini tidak sayang masa depannya...

Ketika semester terakhir anak kecil ini baru tersedar mungkin,
Kelam kabut membaca buku,
Siang malam ke library,
Mujur Allah memberinya peluang ke luar negara...

Anak kecil ini kemudiannya ke luar negara,
Dan anak kecil ini berazam untuk bersungguh-sungguh,
Agar tidak mengulangi kejadian di kolej persediaannya,
Anak kecil ini berjaya dalam tahun pertamanya di university,
Mendapat tempat 10 terbaik di dalam alirannya,
Mungkin tatkala itu syaitan menggeletek hatinya,

"Fuyoo, top 10. Takde la power orang putih ni"

Maka di tahun kedua anak kecil ini,
Keputusannya ini jauh lebih rendah berbanding tahun pertamanya,
Hancur lebur, luluh punah.....

Anak kecil ini mencari-cari sebab mengapakah keputusannya sebegitu rupa,
Adakah komitmen yang banyak mengganggu masa study?
Dengan training bola, Malaysian games dan berbagai lagi....
Dijawabnya: tidak2... itu semua di luar waktu study

Atau mungkin usrah yang berlarutan sehingga ke tengah malam..
Dijawabnya: ah, setan tak habis2 menghasut

Dirasakan pastinya syaitan sedang melompat2 kegembiraan,
Berjaya menanam perasaan bongkak,
Berjaya menanam kemalasan dalam hati anak kecil ini,
Tahniah diucapkan sesama mereka...


Kembali diselak nota-nota lama,
Ya, latihan tidak pernah dibuat,
Ya, past year tidak pernah dilihat,
Ya, problem class tidak pernah hadir,
Hanya membaca nota dikatakan mencukupi..

Bodoh!!!
Jerit anak kecil ini seorang diri di dalam biliknya...


Namun begitu terfikir di hati anak kecil ini,
Kenapa Allah sering mengujinya sebegitu rupa,
Walaubagaimanapun setelah berfikir begitu lama,
Anak kecil ini berfikir,
"Adakah aku harus jatuh untuk bangun semula?"

Bagaimana dia jatuh dan bangun semula ketika di sekolah rendah,
Bagaimana dia jatuh dan bangun semula ketika di sekolah menengah,
Bagaimana dia jatuh dan bangun semula ketika di kolej..


Namun begitu anak kecil ini mampu tersenyum,
Kerana bersyukur dia dijatuhkan pada tahun 2,
Yang hanya menyumbang 20% daripada markah "degree"nya,

Anak kecil ini masih marah pada dirinya,
Begitu bodoh bongkak,
Kebodohan yang memerlukan masa 5 bulan untuk dipulihkan,
Dalam peperiksaan yang seterusnya,
Mujur jalan masih panjang,

Syukur tuhan atas peringatan selama ini,
Alhamdulillah

=)

11 comments:

  1. :') nangis bca post ne..ingt.. Allah tak kan menguji hambanya lbh dri kesnggupan nya..insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. kamu tahu? saya baca post ini sampai habis

    oh, smiley kamu =)

    ReplyDelete
  3. Jangan main cinta lagi tau.. =)

    ReplyDelete
  4. Al-Baqarah: 155-156

    post yg menarik..

    ReplyDelete
  5. well written :)
    jatuh banyak kali pun takpe, when everytime we want to get back up we pray for His help. syaitan kembali frist menonggeng insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. The harder you fall, the higher u bounce..seorang muslim tidak akan jatuh dan tunduk dengan kegagalan..sebaliknya, dengan kegagalan itulah kita bangkit menjadi seorang insan yang lebih mantap..kejatuhan dan kegagalan adalah untuk kita belajar, bukan berduka cita...jzkk mal :)
    -Ameer Azhar Fadzilan

    ReplyDelete
  7. this one really touched..cause i'd been experienced the same thing also..selalu lalai bile da berjaya..pastu bile jatuh baru sbuk nak cari Tuhan..mse senang,xde pulak nak cari Tuhan..padhal Tuhan tu sentiasa ada j dgn kite..xde pulak Dia pilih2 masa kan?jadi harus sentiasa berdoa sbb doa tu sentiasa ada coverage,xyh tunggu ad wifi bru leh doa..thnx for sharing :')

    ReplyDelete