Friday, 21 January 2011

Seronokkah Sudah Habis Exam??

Sudah Habis Exam,
Sudah 3 hari sebenarnya,
Tapi tak rasa seronok sangat pon,

Padahal masa sebelum periksa habis,
Selalu terfikir:

"Kan seronok kalau dah habis exam"

Kenapa tak seronok?
Kenapa tak seronok?

Hari tu housemate tanya:

"Seronok dah habis exam?"

Saya jawab:

"Tak, sebab teruk. Rasa macam nak buat lagi sekali"

*************************************



Hidup hanya sekali,
Orang kata:

"Hidup ni cuma sekali. kita enjoy!!"

Salah tu:

Hidup di dunia cuma sekali, mati pon sekali. Kalau dah mati mana boleh buat amal, kalau tak dapat redha Allah mana boleh masuk syurga. Mana boleh patah balik dunia untuk buat amal.


Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu:
"Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.
(Al-A'raf: 53)


Astaghfirullah

4 comments:

  1. hidup 2 kali, kat sini dan kat sana.
    mati tu je yg sekali. :)

    ReplyDelete
  2. ok aku ubah, hidup di dunia cuma sekali =P
    thanks =)

    ReplyDelete
  3. Salam

    Love ur entry n words..keep on writing:p

    ReplyDelete