Saturday, 1 January 2011

Selamat Tahun Baru??

Selepas sembahyang Jumaat,
Saya dihampiri oleh seorang pak cik melayu,
Selepas memperkenalkan dirinya,
Saya pun memperkenalkan diri..

Melihat dari gaya pakcik ini,
Kelihatan bagaikan seorang bapa,
Dalam hatiku:
"Oh, mesti bapak budak kat Notts ni"

Memang jadi kebiasaan family datang ketika cuti,
Pak cik ini sangat ramah,
Bertanyakan aku sekolah mana,
Duduk mana, dengan siapa, dekat ke rumah dengan masjid,
Dan macam2 lagi...

Tiba-tiba pakcik ini mintak no telefon aku,
Ada sedikit curiga di hatiku,
Oh, siapakah pakcik ini??,
Dalam usaha menanam sifat husnuzon (sangka baik),
Aku pun memberikan no telefon ku..

07875ehtakperlutulisdalamblog...

Kemudian muncul seorang rakan pakcik ini,
Berkopiah putih dililit serban,
Berjubah putih,
Aku tersenyum di dalam hati dan terdetik:
"Oh, pakcik2 ni tabligh"

Bercerita tentang tabligh teringat zaman KMB,
Tatkala aku tidak sembahyang asar,

Tidak sembahyang asar di surau,
Tetapi sembahyang di bilik maka akan datangla orang mengetuk pintu bilik,
Dan bertanya:
"Ada kelapangan masa??"

Sudah2 cerita KMB,
Kemudian pakcik2 ini mengajak ke rumah salah satu junior di sini,
Ada sedikit pengisian katanya,
Pukul 6...
Ada bihun dari Malaysia katanya....

Pukul 6 pon mulalah,
Dengan makan mihun dan air pepsi yang disponsor oleh pakcik itu,
Setelah makan minum bermulalah sesi pengisian,
Antara yang terkesan dan melekat:

"Hidup kita sebenarnya sebuah perjalanan. Perjalanan yang mendekati kematian"

"Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati........."
Hadis Riwayat At-Tarmizi


2011???

Umur sudah pun 22, entah bila umur mencecah 20 pon aku tak sedar.
Allah mulakan 2011 aku dengan peringatan mati.

Azam??

Tingkatan 5 last aku berazam tahun baru..


Seorang senior pernah bertanya lantas berpesan:

Berapakah purata umur manusia di dunia?
Saya menjawab 60

Ditanya lagi:

Berapakah umur manusia di akhirat?
Saya meneka infiniti

Lantas dia berkata:

"Jadi lebih baik kita bersedia untuk kehidupan yang infiniti daripada 60 tahun"


oh yer, Selamat Tahun Baru 2011
oh yer, Selamat Hari Jadi Ayah

=)

6 comments:

  1. gelak aku part nak bg no telefon kat sni tu.nasib tak complete..klu tak, habis lh..haha

    selamat tahun baru jugak.Mudahan tahun baru ne iman semakin menebal =)

    oh yer, selamat hari jadi ayah..hee

    ReplyDelete
  2. haha nombor telefon ko panjang beno

    p/s : makin dekat dgn kubur

    ReplyDelete
  3. :D salam ziarah, dari penyibuk di Dublin

    ReplyDelete
  4. kalu number penuh mesti rmai awek kacau ....hahaha

    ReplyDelete
  5. anonimus: hahaha, selamat tahun baru bro

    anish: yup, makin dekat dengan kubur

    arep: terima kasih ziarah

    donad: =)

    apies: haha, tu klaka... aku takut spam la bro.

    =)

    ReplyDelete