Sunday, 30 January 2011

Bangunlah Wahai Melayu, BANGUN!!!

Hari ini,

Melayu lebih mengagungkan teori peperangan Sun Tzu,
berbanding prinsip Tun Perak...

Melayu lebih gemar memetik bicara Winston Churchill,
dari belajar kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah.....


Hari ini Melayu lupa,
Hari ini Melayu alpa,

Ramai yang kejarkan dunia,
Sedang maruah bangsa DIROBEK dan DIHINA.

************

Siapa juara menagih dadah?

Melayu......


Siapa juara membuang bayi?

Melayu.......


Merempit! Berjudi! Berzina! Rasuah!
Gay! Lesbian! Sumbang Mahram!
SIAPA JUARANYA!!

Kalau bukan Melayu......

***************

Bangunlah wahai Melayu. BANGUN!!!

Kita hadir disini bukan untuk menangisi kekalahan.....
Kita juga hadir bukan untuk dibuai sejarah kegemilangan.....

Ya! Memang 500 tahun dulu kita tersungkur di Bumi tetapi adakah kita memerlukan 500 tahun lagi untuk bangun?

***************

Ya Allah,
Pinjamkan kami keberanian Umar Al-Khattab,
Ketangkasan Khalid Al-Walid,
Kecekalan Tariq Bin Ziyad,
Kekentalan Salahuddin Al Ayubi,
Dan ketajaman Sultan Muhammad Al-Fateh....

***************

(sumber sajak adalah dari Program Kemm1511 di UTEM, Melaka pada 29 Januari)

boleh lihat video itu sini --> sini2

Aku dah replay berkali2 video ni,
Silap2 dah terhafal

=)


Bangunlah Wahai Melayu, BANGUN!!!!

4 comments:

  1. smngat patriotik nmpk tgh mlm ne :p
    jgn lupa bgn subuh plak wahai org islam :)

    ReplyDelete
  2. akmal meh kita bincang camne nak bangunkan melayu..

    ReplyDelete
  3. bagus benor ade orang mmacam ni...usaha proactive sgt diperlukan untuk membangunkan bangsa melayu...jangan sampai kita tersungkur di tindas kaum pendatang tanah melayu

    ReplyDelete