Friday, 31 December 2010

2 Situasi Yang Macam Sama Tapi Ada Sikit Lain

Malaysia,
Menang Suzuki Cup..

Saya ingin mengupas isu ini dari perspektif yang berbeza

Ada rakyat Malaysia kata:

"Tahniah Malaysia, moga terus maju"

Tapi ada jugak rakyat Malaysia kata:

"Ala, nasib je menang tu"


Dengan ini saya ingin berkata sesuatu:

"Susahnya menjadi atlet Malaysia. Bila kalah kena kutuk, dah menang pun orang tak puas hati lagi"


************************************************

Selasa lepas saya menonton Sunderland melawan Blackpool di Sunderland,

Bila Sunderland kalah ada penonton mencarut2,
Marahkan player Sunderland yang tak perform,

Tapi ada jugak yang tepuk tangan,
Atas usaha sehabis baik yang dilakukan player Sunderland..

************************************************

Sama ke 2 situasi di atas?
Bila kalah kena marah itu normal,
Bila menang pun ada yang kutuk lagi itu ajaib...

Nak macam mane lagi wahai rakyat Malaysia?
Safee Sali siap dapat Golden Boot lagi...


Tapi bila Manchester menang 3-2 lawan Malaysia,
Owen score last minute,
Orang tak kata plak nasib je Owen boleh goal,
Orang kata nasib je Amri Yahya dapat score 2 goal....

Rio Ferdinand pun iktiraf kemenangan Malaysia Suzuki Cup,
Bukti click sini...


Nasib baik aku terer main baling selipar ngan tutup botol je,
Yang sukan dye tak international,
Kalao tak nnt aku kena wakil Malaysia,
Kan susah.....

oh yer, aku naib juara congkak peringkat sekolah masa tingkatan 3,
sbb dah habis pmr sekolah buat acara ni, dapat piala siap...


Akhir kata:

Suzuki Cup dah dapat, lepas ni World Cup

=)

Wednesday, 29 December 2010

Exam Sudah Dekat dan Ceritera Ireland (2 post dalam 1 post)

Exam sudah dekat,
Sangat dekat

Hari ini sudah 29 December,
Exam saya pada 11 Januari,
Maka saya tinggal 12 hari lagi

Jika saya tidur 6 jam sehari,
Jika saya makan 2 jam sehari,
Jika saya mandi 1 jam sehari,
Jika saya lepak2 2 jam sehari,
Jika saya tengok tv dan sembang2 4 jam sehari,
Jika saya baca blog dan update blog 2 jam sehari,
Jika saya ber"facebook" 1 jam sehari,
Jika saya mengelamun 2 jam sehari,

Tinggal 4 jam sehari untuk belajar,
4 jam adalah 1/6 hari,

Maka 1/6 daripada 12 hari adalah 2 hari
Oh, lusa exam..
Memang dekat sangat


*********************************************

Ceritera Ireland ku,

Kami dijadualkan terbang buat kali kedua pada 23 December,
Dan kami pun bersedia,
Dalam perjalanan ke airport di dalam teksi,
Saya melihat signboard,
7 batu lagi ke airport,
Hatiku gembira bukan kepalang,

Tiba2 kedengaran suara cha ketua rombongan kepada pemandu teksi:

"Could you make a u-turn because i've received an email that our flight has been cancelled"
(power giler blackberry)

Tiada Ireland untuk kami,
Dan kami pasrah,
2 kali flight kami cancel,
Kecewa benar....

Memang bukan rezeki kami berpijak di bumi Ireland tahun ini...
Mungkin tahun depan...

Apa hikmahnya??

"Ha, yang ini kita tak tahu"
(seperti K. Rahman dalam filem Los dan Faun)


Tapi pasti ada hikmahnya

=)

Wednesday, 22 December 2010

20 December 2010

20 December 2010

Jam 1200
Menunggu bas ke city center,
Bas lambat 7 minit,
Sepatutnya sampai jam 1208

Jam 1215
Akhirnya bas sampai
Perjalanan memakan masa 10 minit

Jam 1225
Sampai di city center
Berjalan ke American Express
Menukar duit pound sterling kepada euro

Jam 1235
Terserempak sekumpulan Malaysian di American Express
Terdetik:
"Oh, depa ni pun nak pi jalan2 europe jugak"

Jam 0130
Pulang ke rumah untuk bersiap2 ke airport

Jam 0250
"Kring3" telefon berbunyi
"Mal, teksi dah sampai. Dye datang awal sebab nak ambil anak lepas tu"

Jam 0300
Perjalanan bermula

Jam 0310
Uncle Teksi tiba2 berkata:
"They are afraid of dying. Look at the way they drive" (dengan menunjukkan gaya teragak-agak pemandu uk)

"I think they are being cautious" kata ketua rombongan kami, Cha.

Uncle Teksi menjawab:
"We as muslim should not be afraid of dying. If we are destined to die here, we will" (dengan meneruskan pemanduannya yang laju yang tidak takut mati)

Jam 0330
Sampai di airport dan kami duduk2 menunggu maghrib.
Masuk maghrib, kami jamak maghrib dan isya'.

Jam 0400
Kami sembahyang jamak maghrib dan isya'

Jam 0430
Kami makan2 sebelum check-in ke dalam flight.

Jam 0530
Gate flight dibuka

Jam 0545
Kami sudah berada di dalam flight
FR537

Kami mengangkat beg masuk ke dalam ruang beg,
Kami duduk di atas kerusi,
Kami memakai tali pinggang keselamatan,
Pramugari datang menutup pintu ruang beg,
Pramugari bersedia untuk men"demo" ciri-ciri keselamatan,

Kedengaran pengumuman:

"Hi, I am the captain for today's flight and i'm sorry to inform that we have a bad news"

Dalam hati:

"Oh, delay la ni"

Captain:

"I'm afraid to inform you that Dublin Airport is now closed. Therefore, for safety reason this flight is cancel"



*******************************************


Mungkin tema pada minggu ini adalah:

"Kita hanya merancang, Allah yang menentukan"


Sunday, 19 December 2010

Allah Yang Menentukan

Seseorang pernah berkata:

"Alang2 bercinta biar sampai ke jinjang pelamin"

Tapi ingat,
Kita hanya merancang,
Allah yang menentukan

Sebab ada yang frust menonggeng bila cinta tak kesampaian...


*************************************************

Seorang kawan mungkin pernah berkata (dialog direka):

"Nanti lepas aku balik dari spain, aku lepak umah ko"

Tapi ingat,
Kita hanya merancang,
Allah yang menentukan

Sebab ramai kawan2 kandas x boleh fly balik sbb snow lebat...


*************************************************

Hari ini aku sepatutnya boleh berkata:

"Kita main macam biasa. Simple passing"

Tapi ingat,
Kita hanya merancang,
Allah yang menentukan

Sebab sepatutnya pagi ni pergi London,
Main bola untuk Brunei Winter Games,
Tapi sebab highway M1 tutup maka cancel...


*************************************************

Hari ini aku tak plan pon untuk update blog,

Tapi ingat,
Kita hanya merancang,
Allah yang menentukan...

=)

Thursday, 9 December 2010

Coursework Sudah Habis

Alhamdulillah,
Semua coursework saya sudah habis,
Habis sudah semua coursework saya...

Cepat benar masa berlalu,
Sudah habis satu semester...

Selamat tinggal semester 3,
Apa khabar winter holiday =)

Seorang rakan pernah berpesan:

"Masa yang lapang bukanlah nikmat semata-mata, tetapi ia adalah ujian. Ujian yang kita sendiri tak sedar itu adalah ujian"








Merdeka!!! Coursework sudah habis

Tuesday, 7 December 2010

Jangan Marah, Saya Cuma Bergurau

Gurauan saya berbunyi:

Dalam dunia ni, ada 2 syarat untuk anda di beri lesen berkata:

"Ko buat first degree Engineering ke? Senang.."


Syarat-syarat nya:

1. Anda ada PHD dalam apa juga bidang
2. Anda budak medic



Sebab kebanyakan budak medic selalu datang kat saya cakap macam ni:

"Ko buat engineering bolehla"


Tapi doktor tak pernah datang cakap macam tu dekat saya,
Mungkin meraka tahu
Mesin-mesin yang mereka guna untuk merawat pesakit,
Dicipta oleh engineer,



Oh,

Jangan Marah, Saya Cuma Bergurau

=)

Friday, 3 December 2010

Serabut

Bila otak dan badan tak bergerak sekali,
Otak kata:
"Woi, coursework ko yang ko buat tadi ada salah"

Badan kata:
"Sejuk ni kat luar, kena pakai stokin tebal skit"

Akhirnya,
Aku memakaikan kaki kiri ku stokin,
Kemudian mengambil yang sebelah lagi,
Dan memakaikannya,
Di kaki kiri juga....

Kemudian aku gelabah mencari stokin yang sebelah lagi,
Sudah pukul 1.50 dan kelas ku pada pukul 2.00,
Akhirnya aku gelak sendiri,
kerana mengenakan kedua-dua belah stokin,
pada kaki kiri...

************************************************


Bila otak dan badan tak bergerak sekali,
Otak kata:
"Balik nanti kena betulkan coursework yang salah tadi"

Badan kata:
"Sejuk kat luar ni, cepat masuk rumah"

Akhirnya,
Sampai di depan pintu rumah,
Aku mencari2 kunci di dalam poket,
TIADA,
Poket seluar= tiada
Poket jacket= tiada

Akhirnya,
Aku tersembam terjatuh di depan pintu akibat licin,
Dan terdengar bunyi kunci berlaga,
Oh, aku sangkut kat leher rupanya kunci rumah,

Akhirnya aku tersenyum sendiri,
Rupanya kunci di bawah mata,
Patut x nampak...

*************************************************

Oh coursework,
Sudah hantar 2, tinggal lagi 2...


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. ...."
(Al-Baqarah 2:286)