Tuesday, 30 November 2010

30 November 2010

Bak kata satu senior di Nottingham,
Tahun lalu ketika sambutan hari lahirnya:


"Bila kita sambut birthday ni kita kena ingat yang kita dah setahun lebih dekat dengan kematian"



Pantun skit:


Hari ini suhu negatif,
Bangun pagi memang sah tak mandi,
Wahai Muhammad Akmal Aliff,
Selamat Menyambut Hari Jadi...



Apa lagi,
Wish la birthday....

=)

Friday, 19 November 2010

"Oh, Baru Tau"

Masa saya sekolah rendah sampai tingkatan 3,
Saya duduk umah makcik dekat Sri Rampai,
Bila petang mak balik keje baru saya balik umah,
Umah makcik tu betul2 depan dengan masjid,
Jadi kalau azan ke atau bacaan quran guna microphone,
Memang dengar sangat la kat umah makcik tu...

Satu hari,
Tahun 2002 semasa saya di tingkatan 1,
Masjid itu memasang kaset bacaan surah,
Ada satu ayat yang diulang berkali2,

Saya pon bertanya kepada anak makcik itu:

"Ini surah apa ek?"

Jawabnya:

"Ini surah Ar-Rahman"

Saya menjawab:

"Oh, baru tau"

***************************************************************




Pada tahun 2009,
Saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di negara Beckham:
United Kingdom

Saya sempat seminggu berpuasa di Uk,
Juga bersembahyang terawih pada malamnya,
Pada satu malam terawih,
Saya pancit lalu hanya mampu menghabiskan 8 rakaat sahaja,
Kemudian saya duduk di tepi menunggu rakan2 yang membuat 20 rakaat...

Selepas imam membaca Al-Fatihah,
Imam membaca surah Ar-Rahman,
Dan setiap kali tiba di ayat:

Imam itu sebak dan menangis,
Pada mulanya saya tidak faham kenapa imam menangis,
Kemudian pulang ke rumah saya tergerak membuka tafsir....
Tertulis:

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang telah kamu dustakan??"

Lantas terdetik:

"Oh, baru tau"



Selepas lapan tahun mendengar ayat itu,
Baru saya faham maknanya,
Itulah dulu berhenti belajar arab, sekarang padan muka...


Maka,
Ingin saya akhiri tulisan kali ini dengan satu persoalan:



"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang telah kamu dustakan?????"


Astaghfirullah

Wednesday, 17 November 2010

Rasanya Inilah Cara Allah Mengembalikan Kegembiraanku

Menurut post yang lepas,
Saya dikecewakan Nottingham Malaysian Games 2010,
Tapi Sabtu yang lalu ada perkara yang berlaku,

Di pagi Sabtu,
Saya pergi ber"iceskating" dengan rakan2 Nottingham,
Tiba2 mendapat panggilan:

"Mu nak main bola dok? Untuk team Warwick (disebut -War-Rick)"

Malangnya saya terpaksa menolak kerana telah berjanji untuk ber"iceskate",
Bak kata pepatah:

"Manusia dipegang pada janjinya"

Tengah hari itu, rakan itu menelefon saya lagi

"Mu buleh mari power league sekarang deh? Tak cukup ore nih."

Saya pon bergegas siap dan muncul di power league,
Oh yer, power league ni tempat main bola macam ampang sports planet,
Pasukan Warwick itu telah pon menempah tempat di suku akhir setibanya saya di sana,
Dengan kemenangan 2-0...
Baru saya tahu ada juga Singapore Nottingham Games,


Suku Akhir,
Mesti korang boleh agak pnyer jadi ape,
Mesti menang tup2 sampai final...

Semi Final,
Menang

Final,
Kami dikejutkan dengan gol awal dari team Nottingham,
Saya yang dari Nottingham bermain untuk Warwick setia dengan Warwick,
Habis separuh masa pertama,

Nottingham 1- Warwick 0

Di separuh masa kedua,
Saya kepenatan lalu keluar,
2 minit berlalu separuh masa kedua dan seorang pemain kami kekejangan kaki,
Saya dimasukkan kembali,
Dengan semangat dan amarah,
Dan2 tu Akmal Aliff score....

Nottingham 1- Warwick 1

Namun begitu kegembiraan kami tidak kekal lama,
Akmal Aliff di"ole" oleh striker Nottingham dan menjaringkan gol,

Nottingham 2- Warwick 1

Saya meminta diletakkan di barisan hadapan,
Hampir habis separuh masa kedua,
Sinar emas Singapore Nottingham Games semakin pudar,
Namun begitu passing yang cantik dari Izzul,
Kepada Akmal Aliff dan tonjollannya tepat ke bucu tiang gol dan masuk ke dalam jaring,
GOALLLLL!!!!!!

Nottingham 2-Warwick 2

Wisel penamat dibunyikan dan kita ke extra time,
Silver Goal System digunakan, (nak tahu sila google =) )
Tiada goal dijaringkan dan penalti sebagai penentuan,

Keputusan Penalti

Nottingham 2- Warwick 4 (penalti akmal x masuk)




Nottingham Indonesian Games 2009 - Gold
Nottingham Singaporean Games 2010 - Gold
Nottingham Malaysian Games 2011 - InsyaAllah Gold =)


Sebelum mengakhiri post ini,
Ada 3 kemaafan yang perlu dipinta:

1. Maaf lama x update
2. Maaf tak reti cakap kelantan
3. Maaf post ni angkat bakul skit, nak dapat mood blogging kembali

Harapnya post yang akan datang lebih bermanfaat dengan semangat baru...

=)

Thursday, 11 November 2010

Saya Tak Update Blog Sebab Busy Dengan Tunang

Percaya tak tajuk blog diatas,
Kalau tak percaya ini bukti dari facebook


Kan dah cakap,
Tapi Notts Games dah abeh,
So, sepatutnya banyak benda boleh dibuat sekarang,
Seperti:
1. Update blog
2. Makan nasi
3. Baca buku, jadi nerd hari2 pergi library


Maaf lama tak update,
Ramai yang tanya kenapa tak update,
Roh untuk update blog dah pergi dekat Notts Games,

Tapi orang cakap:

"Your Nottingham Games was without soul,
you did it but you didn't enjoy doing it"


Koyak bai...
Tapela...