Tuesday, 26 October 2010

Masa Itu Emas

Masa itu emas,
Teringat Kumpulan Sepah pernah berkata:

"Kau ni mengarut. Ada ke masa itu emas. Itu hari aku ikut mak aku pegi kedai emas, tak ada pulak jual masa"


Masa itu duit,
Bak kata Donald Trump,

"Time is money. You're fired!!"


Saya sekarang kekurangan masa,
Oh bukan kekurangan, kesempitan...
Allah bagi semua orang 24 jam sehari,
Terlalu sibuk membuat persediaan untuk Nottingham Games,
Pelajaran ada skit ketinggalan,
Tadi demonstrator laboratory marah,

"Ini pon tak boleh buat"


Saya sekarang kesempitan masa,
Kenapa saya mengadu dekat blog??
Dah tu tak kan nak mengadu kat kawan,
Maklum lah lelaki, ego kot...

Kalau dah kahwin boleh mengadu kat bini,
Tapi sama jugak nanti,
Silap-silap bini cakap camgini:

"Abang ni!!, asik-asik Nottingham Games. Pagi Notts Games, petang Notts Games, malam Notts Games. Pegi kahwin la dengan Nottingham Games awak tu"

Biasalah perempuan.....



Oh,
Jangan lupa mengadu kat Allah,
Dia kan Maha Mendengar

=)

Thursday, 21 October 2010

Alat Pengejut Subuh

Ibarat sang Doraemon menyeluk poketnya mencari alat,
Saya memperkenalkan:

Alat Pengejut Subuh


Alat ini diperkenalkan oleh seorang rakan kepada saya,
Sebab saya berkata:

"Aku tak ada bakat la bangun pagi, subuh asyik last minute je"

Dengan menggunakan alat ini,
Anda boleh memilih diantara 5 cara kejutan
1. Kokokan ayam
2. Jam klasik
3. Bunyi Elektronik
4. Guitar Rock
5. Trumpet

Tahukah anda alat ini diberikan nama apa?
Namanya Jam Kuku atau lebih popular sebagai kukuklok..


Sudahkah anda meng"klik" ayat di atas?
Ianya menggunakan flash file maka apabila anda tidur dan internet connection putus,
Itu bukanlah masalah kerana ia masih berfungsi,
Jadi sama2 lah kita bangun subuh...


Bak kata Abang Amir dalam satu tazkirahnya:


"Kita sangat bangga bila kita boleh angkat dumbell berat-berat, tapi malulah kita kalau nak tolak duvet di subuh hari pon kita tak mampu"


oh yer, duvet tu panggilan untuk selimut tebal


Jadi message saya,
Jom sembahyang Subuh
=)

Monday, 18 October 2010

Seminggu Tak Update Blog

Kalau kita percaya yang semua benda,
Allah yang bagi,
Kirenya idea untuk update blog,
Pon Allah yang bagi...


Mungkin Allah ada bagi saya idea,
Cuma saya tak ada masa untuk update...

=)


"Demi masa... Sesungguhnya manusia dalam kerugian... Kecuali orang-orang beriman yang mengerjakan kebaikan serta menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
(Surah Al-Asr)

Monday, 11 October 2010

Satu Empat Tiga Tujuh Belum Tentu 1437

Cakap pasal kefahaman,
Setiap manusia mempunyai kefahaman yang berbeza-beza,
Anda faham tajuk di atas?

Mungkin sekali baca anda tersenyum paham,
Ada yang dua kali baca baru paham,
Ada yang tiga kali baca pon tak paham-paham,
Ada jugak yang tak kisah nak paham sebab mungkin akmal aliff merepek saja,
Kepada yang tak paham teruskan bacaan,
Kepada yang dah paham kenapa baca separuh jalan?
=)


Kalau saya bagi arahan:

"Tuliskan satu empat tiga tujuh"

Pasti ada ramai yang menulis

"1437"

Tapi ada jugak yang tulis

"4777" (satu no 4, tiga no 7)

Salahkah orang yang tulis macam ni??
Kalau dia tulis "1983" tu bolehlah kata salah...


Dapat tak mesej saya?
Saya nak kata berlainan kefahaman tak semestinya salah,
Ianya cuma berlainan,

Maka,
Hormatilah kefahaman orang lain,
Sebab orang tu belum tentu salah,
Cuma berlainan...


(eh, ini bukan politik tau)
(oh yer 1437 tu random number je, bukan tarikh apa2)
=)

Friday, 8 October 2010

Jangan Gaduh-Gaduh

Sebagai manusia,
Kita diciptakan dengan pelbagai corak pemikiran dan pemahaman,
Jadi mestilah ada percanggahan pendapat,
Tak kirala dalam persatuan ke, politik ke,
Yang penting kita mestilah hormat pandangan orang lain,
Sebab pandangan tak ada betul salah,
Jawapan barula ada betul salah.....


Pedulilah kau parti mana pon,
Pedulilah kau jemaah mana pon,
Pedulilah kau persatuan mana pon,
Kenapa perlu gaduh2??
Tulis blog bagi orang sakit hati,
Tulis email dekat yahoogroup kasi orang panas,
Tulis status facebook yang cari gaduh,
Update twitter yang kontroversi,
Tulis email dekat yahoogroup kasi orang panas(eh, kenapa aku ulang?)


Aku ada satu cerita,
Pak sedara ngan mak sedara aku,
Yang pak sedara ni orang kuat hijau,
Yang mak sedara ni orang kuat merah,
Masa pilihan raya umum,
Apa korang rasa jadi??


Rumah diorang naik 4 bendera,
Satu bendera hijau,
Satu bendera biru cair,
Satu bendera merah,
Satu bendera biru pekat,


Takde gaduh2 pon,
Kau buat keje kau,
Aku buat kerja aku,
Tak perlulah sampai saling memburuk-burukkan,
Bikin panas telinga ke,
Dan bergaduh sesama sendiri,
Pak ngan mak sedara aku ni beranak 7 lagi.....


Ingat Akmal,
Tak perlu memburuk-burukkan orang lain,

=)

Tuesday, 5 October 2010

Rakan Makmalku

Setiap semester,
Saya akan dipasangkan dengan rakan makmal,
Dan dengan rakan makmal inilah saya akan bekerja selama satu semester,
Setiap semester rakan makmal saya bertukar,
Sekarang sudah semester ke-3 dan sudah 3 lab partner saya pernah dipasangkan...

Di dalam kelas saya ada 2 manusia yang saya kurang gemar,
Mamat A seorang tu pemalas,
Mamat B seorang yang kurang ajar,

Nak dijadikan cerita,
Pada semester 1 saya dipasangkan dengan mamat A,
Dan semester 3 saya dipasangkan dengan mamat B,
Mujur semester kedua kami dibenarkan memilih rakan makmal,
Maka saya memilih yang boleh diharap...



Kenapa Allah bagi saya bekerja dengan orang yang saya tak gemar?
Ada lagi 90 manusia dalam kelas,
Kebarangkalian 2/90 untuk bekerja dengan manusia yang saya tak gemar,
Itulah yang saya dapat...

Mungkin Allah nak ajar saya bersabar?
Mungkin ini persediaan saya untuk bekerja, kita mungkin ada rakan kerja yang tak boleh harap?


Ustaz Hasrizal
"Allah tak bagi apa yang kita mahu, Allah bagi apa yang kita perlu"

Friday, 1 October 2010

Tips Mencari Bini =)

Assalamualaikum,
Di hari Jumaat yang penuh berkat ini,
Saya ingin berkongsi satu tips,
Mencari bini...

Ustazah saya ketika saya di sekolah menengah pernah berpesan:


"Kamu semua laki-laki ni ustazah nak pesan, nanti kalau nak carik isteri carik la yang dengar cakap mak bapak die. Kalau cakap mak bapak die pon die tak dengar jangan harap die nak dengar cakap kamu nanti"


Ustazah meng"elaborate" dengan lebih detail:

"Mak bapak die yang jaga die dari kecik pon die berani melawan, ni kan pulak kamu yang die jumpe di pertengahan hidup die... "


Sama jugakla kalau nak carik suami aku rasa



=)