Wednesday, 29 September 2010

Programming itu susah untuk saya

Semester ini agak berat bagi saya,
Ada 3 laboratory session seminggu,
Setiap kali balik dari lab mesti ada sikit tension,
Sebab tak berapa pandai "programming",
Orang lain sejam dah siap semua coding,
Saya 2 jam pon x siap2 lagi,
Kiranya dalam seminggu akan ada 3 hari yang saya tak akan senyum,
Isnin, Selasa dan Khamis...

Tapi,
Masa saya dekat Kolej Mara Banting,
Saya mengadu jugak yang Fizik susah,

Kemudian datang seorang rakan berkongsi ayat ini:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. ...."
(Al-Baqarah 2:286)


Oleh itu,
Saya masih mampu tersenyum setiap hari,
Terima Kasih Allah,
Alhamdulillah

=)

Sunday, 26 September 2010

Husnuzon = Bersangka Baik

Tahun lepas,
Masa saya baru-baru menjejakkan kaki di bumi Nottingham,
Ada satu sesi suai kenal bersama rakan-rakan sekelas,

Student: Hey, I'm Alyssa (bukan nama sebenar). What's ur name?

Akmal: Call me Akmal. (sambil tersenyum)

Student: Oh, Akmal as in a fool guy...

Punyalah saya marah,
Tapi saya tak sempat nak kasi tau ejaan nama,
Sebab kawan-kawan dye sudah panggil...
Suka-suka hati je panggil saya "fool"

Akibat ketidakpuashatian yang melanda diri,
Saya me"report" kejadian itu kepada housemate2,

Masing-masing sibuk menceritakan pengalaman masing-masing di bumi Nottingham,
Sampai giliran saya,
Dialog di program suai kenal tu saya ceritakan...
Namun begitu ini yang housemate saya cakap:


Housemate: Dye kate "akmal as in a fool guy", ke "akmal as in a full guy".. Kan makne nama akmal adalah sempurna. Dye orang ape?

Akmal: Arab

Housemate: Hei ko ni, dah arab mesti la tau akmal


Sorry Coursemate,
Sepatutnya aku husnuzon dahulu...

=)

Saturday, 25 September 2010

Orang Putih Kata Aku Pakai Skirt

Walhal aku pakai sampin,
Dengan baju melayu,
Di sepanjang perjalanan,
Ramai orang putih tengok aku,
Pastu gelak2...

Mesti diorang ingat aku pakai skirt...


Samala macam bila aku pakai kain pelikat,
Pegi sembahyang maghrib kat surau,
Diorang tengok semacam je...

Mesti diorang ingat aku pakai skirt labuh...


Pedulikanlah,
Janji kemas dan menutup aurat

=)

Thursday, 23 September 2010

My Second Year Starts With Introducing Malaysia

I had my first class of my second year in Electronic n Computer at 10 am today,
I met my friend from Iran and we walk to class together,
On the way to class,
A Malaysian greeted me:
"Hey Akmal"

Then, my Iranian fren asked me who is she?
I answered:
"Oh, she's Malaysian"

Then he asked again:
"But she is Indian, she does not look like you"

I replied:
"Hahaha, we have Malay, Indian and Chinese in Malaysia"

........................................

We sat next to each other in class,
And suddenly two chinese students entered the class,
And the Iran guy said to me:

"Are those Malaysian as well??"

And we both laughed.........



Oh, I miss Malaysia...
Oh, this got nothing to do with 1Malaysia...

=)

Wednesday, 22 September 2010

Right Click, Kemudian Delete

Sebagai seorang manusia di alam fana ini,
Saya telah melakukan banyak kesilapan,
Ada yang pahit mahit untuk ditelan,
Maka patutlah ianya dilupakan...


Walaubagaimanapun,
Melupakan perkara pahit mahit ini tidaklah semudah,
"Right Click, Kemudian Delete"
Ibarat yang kita lakukan dengan komputer....


Kadang kala terfikir alangkah bagusnya jika otakku seperti komputer,
Ada hard disk yang berkilo-kilo Giga kapasitinya,
Ada pemproses mikro yang mampu mengira super pantas,
Jika ada perkara pahit mahit yang ingin kulupakan,
Semudah "Right Click, Kemudian Delete"....


Namun begitu,
Adakah bagus untuk memiliki otak berfungsi seperti komputer??
Bagaimana kalau tiba-tiba kita pergi ke kelas dan hard disk telah penuh???
Bagaimana kalau otakku nanti dijangkiti virus2 dan spam???
Bagaimana kalau ada pakar yang menggodam otakku???




"Sesungguhnya, kami telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian"

(At-tin 95:4)


Alhamdulillah,
Aku dilahirkan sebagai manusia

=)

Sunday, 19 September 2010

Kalau Kita....

Kalau kita main bola,
Kemudian ada pencari bakat Liverpool,
Sedang menilai permainan kita,
Mesti kita main sungguh2,
Lompat sana, lompat sini,
Tanduk sana, sepak sini,
Gelecek sana, score sini...


Tapi,
Masa kita hidup,
Kenapa kita tak bersungguh-sungguh,
Kan Allah tengah menilai kita,
Siap ada 2 malaikat lagi kiri kanan...

Thursday, 16 September 2010

5 Hours To Go

And I will be sitting inside the air asia aeroplane...

And to Nottingham people,
See you guys tomorrow,
Football 3G pitch,
Sports Center... haha

Bubye Malaysia,
I have to leave you on Malaysia Day, 16 Sept 2010.
We'll be seeing each other again next year insyaAllah..

=)

Wednesday, 15 September 2010

Ini Dipanggil "Peer Pressure"

Kawan sekolah menengah kahwin,
Kawan kolej kahwin,
Kawan universiti kahwin,
Junior baru nak fly pon dah kahwin..

Ini dipanggil "Peer Pressure"

=)

Tuesday, 14 September 2010

Susah Jadi Manusia Kalau Macam Ini

Bila seseorang itu,
Fakir Miskin...

Maka ramailah manusia yang akan memandang hina,
Memberi tanggapan negatif,
Lebih ramai yang mengutuk,
Dari yang membantu...


Tapi,
Bila seseorang itu,
Kaya Raya...

Maka ramailah manusia yang akan memuji2 nya,
Tak kurang juga yang tiba2 datang mengaku saudara,
Namun ada juga yang
Tangkap, bunuh, bakar


Susah Jadi Manusia Kalau Macam Ini
Kaya sangat susah, Miskin pon susah


Sebab itu Islam ajar kita:

"Besederhanalah dalam kehidupan"


=)

Wednesday, 8 September 2010

Pantun Hari Raya =)

Sempena hari raya tahun ini,
Saya ingin berbalas pantun dengan anda semua..
Ada 6 pantun dah saya reka
Saya post awal sbb malam nanti dah balik kampung


Pantun 1:

Membeli mercun di Kedai Pak Ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.


Pantun 2:

Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.


Pantun 3:

Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.


Pantun 4:

Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.


Pantun 5:

Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.


Pantun 6:

Sang Teruna berbaju melayu,
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.

(ah, merepek je pantun last ni)


Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Kecik-kecik nak jadi Ultromen,
Sudah baca harap comment.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
=)

Tuesday, 7 September 2010

Tudung.....

Tadi saya ada baca fbook note sahabat saya,
Die tulis pasal gadis pakai tudung dan tak pakai tudung...

Saya nak cerita,
Saya ada seorang kawan perempuan,
Tapi kawan saya ini tak pakai tudung,

Walaubagaimanapun dye sembahyang tidak pernah tinggal,
Juga mengamalkan yassin di malam jumaat,
Ini apa yang saya dengar...

Maka baik atau jahatkah gadis ini?

Maka baik atau jahatkah gadis ini?

Anda rasa?


Saya rasa kita tak payah la jawab soalan itu,
Apa yang pasti gadis itu dapat pahala bila die sembahyang dan baca yassin,
Dan die dapat dosa bila die keluar tak pakai tudung....


Tapi saya tak kata tak pakai tudung itu perkara yang betul

Pakaila tudung
Cantik jugak la pakai tudung
InsyaAllah dapat pahala


=)

Monday, 6 September 2010

Percayalah Post Ini Bukanlah Pasal Bola

Post ini serius bukan pasal bola,
Baca sampai habis nanti dapat "grab" mesej tersirat,
Kita mulakan dengan Bismillah

Aku mula bermain bola pada tingkatan 2,
Kerana ketika tingkatan 1 ada liga antara kelas tingkatan 1,
Dan aku adalah pemain yang tidak dimainkan...

Dahulunya aku tidak bermain bola,
Zaman sekolah rendahku dihabiskan dengan permainan tradisional,
Guli, baling selipar, kejar-kejar, nyorok-nyorok, pistol kayu buah ceri,
Namakan saja pasti aku pernah bermainnya..

Namun peristiwa tingkatan 1 memberiku semangat,
Bukan tidak minat bola, Liverpool kecintaan sudah dari darjah 3
Bukan tidak minat bola, Selangor juga kecintaan dek hebatnya Azman Adnan
Cuti tingkatan 1 aku mula berjinak2,
Boot bola pertama seumur hidup,
Berjenama Lotto berharga RM65 di Pertama Kompleks,
Bapak aku cakap:
"Kalo kamu wakil negeri, baru berbaloi beli yang beratus2 ni"

Setiap hari bermain di padang depan rumah,
Dahulunya bermain kejar-kejar di tepian padang,
Kini berkejar-kejar menggelecek bola,
Dengan membayangkan Michael Owen dan Azman Adnan...

Pulangnya aku ke sekolah pada tingkatan 2,
Sewaktu PJK aku bersemangat dengan jayanya,
Bermain bola di dalam kelas kononnya hebat,
Merembat bola ibarat beckham tapi malangnya,
Terkena gadis di dalam kelas,
Maaf dipinta, senyum diberi,
Lupakan itu semua kerana aksi sepatutnya ditunjukkan di padang...

Selepas abis sekolah ada seorang rakan datang kepadaku berkata:
"Hei budak pandai main bola"


Kita fast forwardkan cerita,
Masa aku tingkatan 5,
Kami takde coach maka wakil sekolah dipilih sesama sendiri,
Aku berjaya menyelit masuk ke pasukan sekolah,
Gembira bukan kepalang...

Aku adalah pemain simpanan,
Diletakkan sebagai striker oleh rakan2,
Mungkin kelibat Owen dan Azman Adnan tertonjol di situ,
Aku adalah striker ke-5...

Namun begitu,
Striker ke 2 juga bermain sebagai stopper,
Striker ke 3 juga bermain sebagai goal keeper,
Maka aku memegang tampuk striker ke-3

Makanya aku hanya akan dimasukkan tatkala serangan kelihatan tumpul,
Midfielder menyuap bola yang cantik mantik,
Hanya memerlukan sedikit sentuhan magik dariku untuk menjadikannya goal,
Ibarat Inzaghi di AC Milan,
Ball control hancur tapi boleh goal...

Namun begitu,
Kehebatanku dibayangi oleh seorang adik tingkatan 1,
Kita gelarkan die "wonderkid",
Wonderkid ini selalu saja menjaringkan goal,
Baik friendly atau unfriendly match,
Aku pernah bertanya macam mane ko asik jaringkan goal,
Jawabnya:


"Sebelum saya sepak bola ke goal, saya baca Bismillah"


Dapat "grab" mesej post ni??

Sebelum mula apa2 baca bismillah,
Macam lagu raihan:


"Dimulakan dengan Bismillah,
disudahi dengan Alhamdulillah,
Begitulah sehari dalam hidup kita,
Mudah-mudahan dirahmati Allah"

=)

Saturday, 4 September 2010

I Miss U , I Luv U Babeyh =)

Dulu-dulu,
Setelah saya dah 2,3 bulan menjejakkan kaki ke bumi Inggeris,
Saya pon di "buzz" di Yahoo Messenger" oleh rakan di Malaysia,
Yang juga merupakan rakan bermain bola sepak di Malaysia...

Team SecondHalf nama team kami,
Sebab kami selalu buat "comeback" masa 2nd half setiap perlawanan,
Bukan sebab apa,
Yang bajet superstar semua datang lambat,
Masa 2nd Half baru la boleh masukkan first team..

Jersey skit:

Semangat bawak jersey gi UK bai. Omputih kata jersey ni lawa,
mesti pasal dye peminat MU.

Saya sambung cerita saya,
Masa kawan saya "buzz" saya di YM,
Kami chatting agak lama,

Tiba-tiba dye bagi message:
"Kitorang sume rindu ko dow alip kat sini, ko balik tak tahun depan?"

Saya dengan egonya membalas:
"Ape rindu-rindu ni bai? Geli dow.... Hahahaha"

3 minit dye tidak reply, saya ingat dye merajuk. Rupenya dye sedang bersedia untuk membalas message saya. Ini yang dibalasnya:

"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga die mencintai saudaranya sebagaimana die mencintai dirinya sendiri"
(ini hadis 13 dalam hadis 40)



Yela-yela aku mengaku:

"Aku sayang rindu korang jugak"

(ingat perempuan sama perempuan je ke main rindu-rindu, ceh!)

=)

Friday, 3 September 2010

Aku Dah Tak Boleh Tengok Berita

Sekarang kalau tengok berita,
Tak kirala kau layan berita tv3 ke, tv1 ke, astro awani ke,
Mesti banyak kes bunuh...

Perompak sekarang pun dah membunuh,
Nak merompak, rompak je la,
Bunuh buat ape...

Rompak kedai emas, bunuh tokey kedai emas.
Rompak kereta, bunuh pemandu kereta,
Rompak rumah, bunuh penghuni rumah...

Akhir kata,
Malaysia dah tak selamat.....

Jangan pulak kata polis tak buat kerja,
Suka-suka je tuduh,

Tau tak nisbah polis malaysia sangat rendah,
Secara idealnya sepatutnya nisbah polis dan rakyat adalah,
Satu polis, 250 rakyat,
1:250
Tapi rakyat malaysia ramai sangat,
Nisbah tu sekarang,
1:2000

Pegila jadi polis,
Pandai sangat kutuk-kutuk polis,
Konon pandai jadi engineer, doktor, akauntan dan entah ape lagi....


Dah,
Jom pegi terawikh
7 Malam Terakhir

Thursday, 2 September 2010

Kalau Saya Jadi Doktor, Saya Nak Jadi Doktor Pediatrik

Kalau saya jadi doktor, saya nak jadi doktor pediatrik...

***********************************************

Tadi saya baru pulang dari berbuka puasa dengan Adlan dan Hosni,
Juga ditemani adik2 yang bakal fly ke Nottingham tahun ini,
Saya pulang menaiki LRT Putra dari Kelana Jaya ke Wangsa Maju,
Sekitar separuh perjalanan ada perempuan duduk bertentangan saya,
Berkaca mata ungu cair, cantik dengan blousenya,
Dari kaca matanya itu dia memandangku...

Kami saling berpandangan dan berbalas senyuman,
Hatiku berdetik:

"Comel budak kecik ni"

Ditemani ayah dan ibunya di dalam tren,
Baru balik shopping agaknya, penuh plastik kiri kanan,

Tibe2 ada seorang remaja berdiri di hadapanku sebab tiada lagi tempat duduk,
Tiadalah lagi dapatku melihat anak comel itu,
Namu begitu budak comel itu tadi dengan tiba-tiba,
Bermain2 "cak-cak" denganku dari tempat duduknya...
Sehinggalah tren terlalu penuh sehingga nak main "cak-cak" pon tak boleh

Kalau saya jadi doktor, saya nak jadi Doktor Pediatrik:
Sebab budak-budak suka dekat saya

***********************************************


Suatu hari saya sakit lalu saya ke Klinik Homeopathy,
Sedang saya menunggu giliran,
Saya terlihat ada seorang budak kecil berjalan dihadapan saya,
Budak itu tersengih melihat saya dan saya membalas sengihannya,

3 Minit Kemudian budak itu datang lagi dan di tangan ada mentos,
Dia berkata:

"Abang nak gula-gula tak?"
Sambil menghulurkan mentos kepada saya...
Saya menjawab:

"Abg dah besar la dik, adik makanlah"
Dye segera menjawab:

"Tapi bang, gula-gula ni manis. Sedap!"
Aku pon mengambil gula-gula itu dan berterima kasih dan budak itu berlari ke arah emaknya

Kalau saya jadi doktor, saya nak jadi Doktor Pediatrik:
Sebab budak-budak suka dekat saya

***********************************************


Satu hari saya main bola dengan kawan-kawan,
Tiba-tiba ada budak-budak sekolah rendah tengok kami main,
Saya pon cakap:
"Nak main ke dik? Osom, sapa menang geng abg"

Setelah penat bermain ada seorang budak datang kepada saya:
"Abang Alif, nantikan bila dah besar saya nak main bola power macam abang"
Aku pon membalas dengan senyuman

Kalau saya jadi doktor, saya nak jadi Doktor Pediatrik:
Sebab budak-budak suka dekat saya

***********************************************


Tapi jadi doktor memang susah,
Saya tabik spring mereka yang nak jadi doktor,
Saya takut darah, macam mana nak jadi doktor,

Tapi
Kalau saya jadi doktor, saya nak jadi Doktor Pediatrik:
Sebab budak-budak suka dekat saya...

Kemudian saya nak mengasakan:

"Hokkaa"
Hospital Kanak-Kanak Akmal Aliff

=)