Tuesday, 31 August 2010

Post Sempena Merdeka: Orang Malaysia Kita

Orang Malaysia Kita,
Bila diberitahu internet Malaysia dah selaju 20MB persecond..
Dijawabnya:
"Ala, mesti lembab jugak"

Dijawabku:
"Ko pernah cube?"


Orang Malaysia Kita,
Bila dibanggakan ada bangunan berkembar antara tertinggi di dunia ada di Malaysia...
Dijawabnya:
"Ala, arkitek German yang reka"

Dijawabku:
"Bukan idea orang Malaysia ke? PM kita ke-4"


Orang Malaysia Kita,
Bila diberitahu Lee Chong Wei tu pemain badminton no satu dunia...
Dijawabnya:
"Ala, jumpe Lin Dan asik kalah"

Dijawabku:
"Kalau tak boleh kalah, jangan main"


Orang Malaysia Kita,
Bila diberitahu Malaysia nak cuba masuk World Cup 2026
Dijawabnya:
"Ala, toksah berangan la"

Dijawabku:
"Aku ada tengok Liga Bawah 12 tahun Selangor. Ada yang lagi power dari aku kot, siap diving header lagi. Boleh ni, cube positif skit"


Orang Malaysia Kita,
Bila diberitahu ada yang nak buat hukum hudud,
Dijawabya:
"Extremenya kau ni"

Dijawabku:
"Apa yang extremenya?"


Orang Malaysia Kita,
Bila sampai UK tgk harga minyak,
Dikatanya:
"Murahnya minyak kat UK. GBP 1.10 je seliter, Malaysia RM2.00 seliter"

Dijawabku:
"Aku pulak nak cakap 50 sen lagi banyak dari RM1 sebab 50 lagi besar dari 1"


Orang Malaysia Kita,
Bila ada orang berusrah, balajar agama bagai
Dikatanya:
"Risau aku tengok diorang ni, satgi ada la mamat2 extreme gi bom"

Dijawabku:
"Yang betul belajarnya insyaAllah tak main bom. Orang belajar agama pon kau risau. Yang langsung tak kisah pasal agama kau x risau"


Orang Malaysia Kita,
Bila dibina Star Lrt, Putra Lrt dan Monorail,
Dikatanya:
"Membazir duit rakyat je"

Dijawabku:
"Bila bas lambat kau bising, disuruh naik kereta kau kata traffic jam teruk, dibina keretapi kau kata membazir... Nntku belikan kau basikal"


Tu lah,
Orang Malaysia Kita...

Aku bukan orang utusan orang hijau,
Bukan jugak dari pihak orang biru,
Pun bukan dari pihak orang merah,
Memang bukan dari pihak orang biru cair...
Eh, macam politik pulak...
Tapi aku
Orang Malaysia


"Selamat Hari Merdeka Malaysiaku"
31 Ogos 2010
53 tahun

=)

Monday, 30 August 2010

Esok Merdeka!!

Esok Merdeka??
Salah konsep tu,
Ubah sikit pemahaman kita,

Kita merdeka 53 tahun dulu, yang esok itu sambutan hari kemerdekaan,
Jadi untuk tahun ini punye merdeka,
Saya nak sambut dengan blog saya,
Dengan meng"update" blog pada pukul 12.00 malam,
31 Ogos 2010.....

Argh!!!!!
Idea2.....
Lagi 5 Jam 30 minit sebelum 31 Ogos

Sunday, 29 August 2010

Hari Ini

Hari ini,
Saya update blog secara terbalik,
Menceritakan perkara yang berlaku kemudian,
Teknik "Flashback from the back"
Kita mulakan:

Hari ini,
Selepas terawikh,
Ada tahlil di rumah arwah semalam,
Saya ada cerita semalam.. pegi baca post semalam..

Hari ini,
Malam tadi,
Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong masuk final world championship,
Tahniahla Malaysia,

Hari ini,
Saya dan keluarga berbuka di luar,
Sebab adik gemuk saya balik dari asrama,
Setibanya di kaunter nasi ayam saya beratur di belakang satu gadis,
Mesti korang ingat aku ngorat awek ni,
Husnuzon la sikit..
Gadis ini perlahan sekali gerakannya mengambil nasi ayam,
Mengambil pinggan kemudian melihat jam,
Mengisi nasi ke dalam pinggan kemudian membetulkan tudung,
Mengisi ayam ke dalam pinggan kemudian membetulkan tudung,
Nak je aku cakap:
"Cik adik, rasa nasi ayam ni same jugak walaupun kita pakai cantik mane"

Hari ini,
Tengah hari mak dan ayah saya pergi beli lampu,
Mak kata nak pasang kat depan rumah,
Maklumlah nak raya,
Selepas balik dari membeli lampu,
Saya sedang menonton televisyen sambil berbaring,
Tiba2 ayah saya baring atas perut saya macam saya selalu buat kat dye,
Lantas saya berfikir:
"Eh, bapak aku bace blog aku ke semalam?"
Saya pon biarkan

Hari ini,
Saya bangun sedikit lambat,
Sehingga terlepas pengebumian pakcik yang meninggal semalam,
Mak ada cerita anak pakcik tu yang paling kecik,
Masa dah kapankan pakcik tu,
Anak kecik ni pegi kat arwah ayah dye panggil:
"ayah, ayah, ayah, ayah"
Sambil mengoncang2 ayahnya sehingga diambil ibunya,


Apalah yang difikirkan adik tu,

Kenapa ayah tidur lama sangat dari semalam?

Kenapa semalam ayah tak datang tidurkan adik?

Kenapa orang bungkus ayah dalam kain putih ni?

Kenapa diorang mandikan ayah, ayah demam ek?

Kenapa ayah tak nak bangun ni, penat adik kejut?
............................................................................




Dan sekarang,
Kenapa aku pulak yang nangis?
Aduhai, pasal tu la aku guna teknik
"Flashback from the back"


"Setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati"
"Everyone shall taste death"
(Al-Anbiya' 21:35)

Saturday, 28 August 2010

2 Peristiwa

Hari ini ada 2 peristiwa,
Kedua-duanya berlainan genre...

Peristiwa 1 adalah pengumuman bahawa adik Muhammad Bin Ahmad Zahid akan menjadi Imam pada sembahyang terawih Isnin ini di surau rumah kami.

Kenalkah anda adik Muhammad Bin Ahmad Zahid?
Yang tempat kedua Akademi Al-Quran tu..
Yang azan TV9 tu..
Yang tu la.. exited pula saya

Peristiwa 2 adalah pengumuman kematian seorang pakcik di taman perumahan kami.
Lepas terawikh ada tahlil di rumah arwah,
Tapi saya tengok anak2 dye sume relax je,
Tak ada pulak yang menangis teresak2,
Baik dari yang paling tua sampai yang paling muda...

Yang paling tua umur 17,
Kelihatan sangat tenang...

Yang paling muda budak kecik,
Tadika pon belum saya rasa,
Dye macam tak memahami apa2,
Terdengar adik kecil ini berkata:
"Hari ini ramai orang datang tidur rumah kita"

Kalaulah aku,
Dengan bapak aku la aku lawan badminton,
Dengan bapak aku la aku bicara sukan, politik dan wanita,
Dengan bapak aku la aku lawan gusti lengan tapi tak pernah aku menang,
Dengan bapak aku la aku jadi driver,
Dengan bapak aku la aku tidur atas perut die sbb sedap,
Kalau ditarik semua ini adakah aku setenang adik 17 tahun td?



Bila bercakap pasal mati, teringat doa ni:
"Ya Allah, panjangkanlah umur kami jika ia membawa kebaikan kepada kami tetapi pendekkanlah umur kami seandainya umur kami yang panjang membawa keburukan kepada kami"


Al-Fatihah

Friday, 27 August 2010

Bak Kata Omputih : One Crazy Day

Jam 1400: Trut2, henset berbunyi. Kedengaran suara Wandok sayup2 di telefon bimbitku
"Mal, nak main futsal malam ni pukul 1 kat Ampang? aku msg ko asal x reply?"
Dan aku menjawab:
"Orait2, eh mane ada msg... Sape yang main ni?"
"Budak2 KMB, Majin sume turun KL"
"Orait2"

Jam 1405: Badan yang lesu akibat baru nak baik demam terus sihat walafiat serta merta.

Jam 1930: Kedengaran azan di TV3 berkumandang menandakan berbuka puasa

Jam 2020: Adikku gelak bukan kepalang melihatkan aku berjubah. Selalunya abgnya itu mengenakan kain pelikat, baju t-shirt dan kepiah jawanya. Ini hari berjubah pula, memang baru baik demam abgku ini

Jam 2030: Sembahyang terawih setelah 3 hari ponteng akibat tidak sihat.
Orang Kampung 1: Lame tak nampak imam?
Akmal: Demam sikitla 2,3 hari ni
(Pergh, bajet jadi Imam)

Jam 2130: Selesai 8 rakaat dan wittir aku pon bergerak dari surau ke padang kerana katanya ada orang mau gadoh. Bagus jugak la diorang ni. Sembahyang dulu pastu baru gaduh

Jam 2145: Trut2, hensetku mendendangkan lagu nokia dan terkelip2 nama "Mat Sheffield Malaya" di skrin Nokia 5800 ku.

Akmal: Halo Mat.
Mat: Ha Mal, ko kat mane ni?
Akmal: Aku baru balik terawih. Kenapa?
Mat: Oh, kitorang nak main futsal kejap lagi pukul 11 kat Danau Futsal
Akmal: Okay2, datanglah nnt aku pegi

Jam 2200: Tiada pergaduhan berlaku. Tapi terdengar sedikit makian dan cacian.

Jam 2210: Sudah ada tanda2 positif akan adanya pergaduhan. Mereka gaduh "one by one". Ini baru betul. Kalau 10 lawan 1 memang Jackie Chan je boleh buat. Yela2, Jet Li pon power jugak.

Jam 2215: Adik A VS Adik B

Jam 2220: Adik A VS Adik C

Jam 2225: Adik A VS Adik D. Tapi adik D ni tak kuat. Senang2 je adik A ni pukul dye walaupun adik A dah melawan 2 orang sebelum itu.

Jam 2230: Adik A VS Adik B,C,E,F,G,H,I,J,K
Ini tak bagus. Setelah adik D kalah teruk berdarah bibir adik A diserang bertubi oleh beramai2. Masa zaman aku muda2 kami panggil "Kita Laukkan Dia". Mana boleh macam ni, sape suruh hantar adik D.

Jam 2233: Ada pakcik balik terawikh lalu dan mereka pon bersurai. Kenapa aku tak meredakan mereka dan tengok sahaja? Begini sebenarnya, mereka ini pelajar sekolah menengah dan aku tak berapa kenal mereka. Mereka sudahla ramai dan berbekal badanku yang sasa ini tak mampu rasanya melawan mereka yang ramai itu. Lagipun ini gaduh sekolah menengah, depa gaduh pasal awek ka apa ka aku tak tau. Aku saja nak tengok perubahan zaman. Dulu zaman kami gaduh2 dulu lain skit. Katela aku masuk campur dan depa nak pukui aku. Katela aku menang sebab aku kuat nnt orang kata "Bodoh, dengan budak kecik pon gadoh" tapi kalo aku kalah nnt orang kata "Bodoh, dengan budak kecik pon kalah". Jadi tengok sajalah.

Jam 2245: Mesej Pesanan Ringkas dari Mat
"Mal, kitorang dah sampai Danau Futsal"

Jam 2246: Izin dipinta dari rakan taulan untuk pulang bersiap. Sambil2 itu menyelit menasihat kepada rakan2 yang tengok bersama. Mereka ini ramainya di tingkatan 5.
"Korang tak payah la gaduh2 ni, dapat apa? Wat sakit badan je"

Jam 2255: Proton Iswara dihidupkan untuk ke Danau Futsal

Jam 2303: Sampai di Danau Futsal dan kelihatan ramai sekali rakan taulan sedang bermain futsal

Jam 0015: Setelah tamat bermain, mereka pon bercadang untuk minum2 di mamak. Saya pon berkata
"Aku ada futsal lagi dow kol 1 kang dekat Ampang"

Ada yang berkata: Kate demam, ajak main bola sihat terus ko

Jam 0040: Setelah tangan menyalam tangan2 mereka semua, saya pon meneruskan pemanduan Proton Iswara ke Ampang

Jam 0055: Sampai sudah di Ampang Sports Planet

Jam 0115: Permainan dimulakan. Kesan-kesan kepenatan akibat bermain futsal awal tadi jelas kelihatan. Fitness yang kurang tatkala ramadhan dan juga kesihatan yang kurang memuaskan membuatkan skill2 menarik tidak dapat ditonjolkan.

Jam 0230: Memang dah tradisi kita rasanya. Lepas futsal mesti mamak. Jangan sampai mamak bukak tempat futsal. Mamak juga dituju untuk menghilangkan dahaga di tekak. Teh Ais air kegemaran di"order" dan hirupan dimulakan

Jam 0300: Banyak topik yang dibincangkan. Daripada topik di Malaysia hinggalah ke topik di tanah air kami, England. Dari mengungkit kenangan2 di KMB sehinggalah mengutuk Rafa Benitez yang telah merosakkan Liverpool kecintaan. Daripada mengucap tahniah kepada member2 yang bakal fly tahun ni sehinggalah mengutuk kekalahan Liverpool terhadap Man City.

Jam 0345: Setelah lama bersembang, mereka bercadang untuk sahur di Wangsa Maju Seksyen 2. Saya ikutkan saja.

Jam 0400: Tempat dipilih di depan skrin yang mempertontonkan aksi Aston Villa yang kehilangan James Milner. 7 Nasi Lemak ayam diorder oleh Wandok. Banyak kan? tapi untuk santapan kami bertujuh. Pelbagai aspek perbincangan dikupas dengan lebih mendalam di kedai makan kali ini

Jam 0430: Getaran henset terasa. Ibuku yang risau anaknya belum pulang untuk bersahur dan setelah memberitahu cerita yang sebenar ibuku lega.

Jam 0500: Bersalamanlah kami tanda perpisahan

Jam 0700: Aku tengah tulis post yang korang baru habis baca ni. Sekarang nak tidur dan bangun sebelum sembahyang Jumaat. Kunci Jam, soh adik kejut dan soh kawan gegar pagar rumah adalah teknik untuk bangun.

Bak Kata Omputih: One Crazy Day
=)

Thursday, 26 August 2010

3S: Saya Sudah Sihat

Dari hari Isnin yang lalu,
Saya ke"demam"an...

Bila demam,
Saya tak pergi sembahyang terawih...

Bila demam,
Saya asik tidor je,
Bangun untuk sembahyang dan berbuka...
Ngan mandi sume skali la...

Tapi tadi seorang rakan menelefon,
Mengajak bermain futsal tengah malam ini,
Saya terus sihat dan bertenaga,

Apakah yang mensihatkan saya?

Ubat doktor kah?
Yang pilnya susah skali mahu ditelan...

Gila bola kah?
Kawan ajak main futsal terus sihat...

Air 100Plus kah?
Saya kalo demam minum 100Plus,
Dari darjah 3 buat benda ni...

Ataupun sebab Allah nak saya sihat??


Seorang rakan pernah berpesan:
"Kesihatan itu pun satu nikmat tapi kita selalu terlupa bersyukur atas nikmat kesihatan"


Maka....
Alhamdulillah dah sihat,
Bolehlah terawikh malam ni,
Dah 3 malam ponteng,
Kesian surau takde imam
(haha, kononla imam padahal buat 8 terus cabut)

Header Blog Cam Hape

Hahahaha......
Nanti aku tukar la....

Saje testing..
=)

Tuesday, 24 August 2010

Salah Siapa Jadi Begini??

Salah Siapa Jadi Begini?
Salah Siapa Jadi Begini?

Tadi Liverpool Kalah Lagi?
Ada Orang Buang Bayi Lagi?

Kenapa Liverpoolku kalah?
Mesti sebab salah board of director,
Kedekut sangat nak keluarkan duit....

Kenapa tadi ada orang buang bayi?
Mesti salah kerajaan buat Parti sambutan New Year,
Masa tu la syaitan ramai....

Kenapa Liverpoolku kalah?
Mesti sebab Rafa Benitez dah hancurkan Liverpool,
Gi jual Alonso, Riise dan sume2,
Lucas ngan Babel ni patot jual...

Kenapa tadi ada orang buang bayi?
Mesti sebab salah mak bapak,
Sebab mak bapak tak pantau anak-anak,
Tu la percaya sangat kat anak2....

Kenapa Liverpoolku kalah?
Mesti sebab owner die miskin,
Nak beli player pun tak ada duit,
Tengok macam Man City,
Dulu senang2 je kita menang....

Kenapa tadi ada orang buang bayi,
Mesti sebab salah lelaki,
Tak reti kawal nafsu syahwat melampau,

Kenapa Liverpoolku kalah?
Mesti sebab peminat-peminat,
Sokong masa tengah menang je,
Kalau kalah tak sokong,
Sebijik macam penyokong Malaysia...

Kenapa tadi ada orang buang bayi?
Mesti sebab perempuan tu bodoh,
Dye penat-penat mengandung 9 bulan,
Lelaki tu steady meady je,
Pastu nnt buat la lagi,


Kenapa Liverpoolku kalah?
Kenapa tadi ada orang buang bayi?

Sebenarnya memang senang tuding2 jari,
Ha,
Kau yang salah...
Kau pon salah jugak...
Macam aku tulis post ni, senang je salahkan semua orang...

Tapi,
Ada kita salahkan diri kita?

Contoh?

Kenapa Liverpoolku kalah?
Mungkin sebab peminat Liverpool macam aku,
Tak beli jersi original,
Beli ciplak pasal tu owner jatuh miskin,
Royalti tak masuk...

Kenapa ada orang bayi?
Sebab mungkin salah kita yang kononnya bagus,
Sampai terlupa mendidik masyarakat kat luar,
Kalau bagus pegila didik manusia kat luar tu,
Ni duk diam-diam dalam bilik update blog...

Dari kita sibuk fikir salah siapa,
Dari kita sibuk fikir nak salahkan siapa,
Dari kita sibuk fikir salah siapa,
Baik kita fikir macam mana nak selesaikan masalah2 ni...

Macam mana nak kuatkan Liverpool supaya tak kalah lagi?
Tukar manager baru macam Abg Roy,
Beli striker baru macam Trezeguet,
Tukar ownership club,
Tukar sponsor baju dari Carlsberg ke Standard Chartered,
Oh lupe, beli jersi original...

Macam mana nak bagi orang tak buang bayi?
Ustaz Hasrizal:



Eh, play video ni tau. Penat aku embed.....


"Dan janganlah kamu dekati zina, sungguh itu satu perbuatan yang keji, dan satu jalan yang buruk"
(Al-Isra', 17:32)


=)

Saturday, 21 August 2010

Kenapa Saya Bersembahyang Terawikh??

Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin menceritakan sebab2 saya bersembahyang terawikh...

Masa umur saya kecik lagi,
Mak tak kasi keluar malam2,
Sebab bahaya la banyak orang jahat,
Jadi salah satu strategi untuk keluar malam,
Adalah dengan bersembahyang terawikh...

Keluar rumah pukul 8.30,
Terawikh abeh pukul 9.30 kalau buat 8 rakaat,
Lepas tu boleh la main kat luar,
Yes2!!!
Mak selalu bg main sampai pukul 10 je,
Tapi dengan alasan x bawak jam,
Selalu lajak sampai 10.30...
Kalau malam sabtu ngan ahad mmg kol 11 la...
Tu lah sebab saya sembahyang terawikh kecik2 dulu,
Sebab kalau tak sembahyang terawikh,
Mak tak bagi kuar main....
Walaupun padang depan umah..

Tetapi bila saya sudah besar sedikit,
Bila mercun dan main kejar2 bukan lagi mainan yang sesuai untuk umur,
Taktik masa kecik digunakan,
Tapi untuk lepak bersama kawan-kawan,
Kami lepak bukan buat ape2 ek,
Rokok2, dadah sume xde,
Paling2 gitar dan suara sumbang mengiringi petikan gitar itu..
Tak pun bercerita pengalaman masing2.......

Namun begitu,
Bila dah semakin dewasa,
Bila keperluan dan kemahuan sudah pun lain,
Sudah semakin pandai menilai,
Saya gi sembahyang terawikh sebab nanti boleh terserempak,
Dengan seseorang yang digelar:
"Gadis Terawikh"

Timing kena tepat,
Dye akan keluar surau waktu lepas abis lapan rakaat,
Tapi ada lmbt skit mungkin dye sembahyang witir,
Saya sembahyang witir jugak ye.....

Sampai satu hari saya tau nama dye,
Sekolah dye sume saya tau,
Rumah dye pon saye tau
Sbb member saye ex-schoolmate ngan dye,
Name dye kan:


"Tak kan la saya nak tulis kat sini"

Haha, pastu saya tak sempat nak masuk meminang,
Sebab dapat tawaran gi luar negara,
Aiseh melepas... =(
Hahahahaha

Tapi sekarang,
Kenapakah saya,
Muhammad Akmal Aliff,
Pergi sembahyang terawikh???

Kalo nak keluar malam dah senang,
Bgtau je mak nak kuar,
Nanti mak tanya nak kuar ngan sape pastu dye pesan:
"Jangan balik lmbt sangat"

Kalau setakat nak lepak ngan member2,
Halo2 je,
Kalo kedekut sangat,
Mesej Pesanan Ringkas je,
Muncullah saya...

Kalo pasal nak jumpe gadis terawikh,
Dah 2 kali dah terserempak Ramadhan ni,
Saya relax je,
Macho je...
Tak ada ape feeling2 pon...

Ha macam mane....??

Adakah saya sembahyang terawikh pasal dah jadi habit saya,
Ramadhan Muslim??

Adakah saya sembahyang terawikh pasal tak nak orang tny,
"Eh, ko x sembahyang terawikh ke semalam??"

Adakah saya sembahyang terawikh sebab semua orang terawikh,
Pelik pulak jadinya bile x terawikh..

Adakah saya sembahyang terawikh sebab nak dapat Malam Lailatul Qadar,
Tak kan dengan sembahyang terawikh kite layak dapat Malam Lailatul Qadar??

Adakah saya sembahyang terawikh kerana faham apabila ramadhan,
Allah menutup pintu neraka dan membuka pintu syurga??

Adakah saya sembahyang terawikh,
Supaya dapat buat blog post pasal sembahyang terawikh??

Orang kata:
Tepuk dada tanya iman??

"Ramadhan dah 30 percent berlalu, iman dah naik 30 percent?? Amalan ada naik 30 percent??

Come on Akmal, Ramadhan ni 30 hari je.....

Wednesday, 18 August 2010

Ekspidisi Mendaki Bukit Nur: Menjejaki Gua Hira'

Ini video masa kami pegi umrah...
Kami panjat Bukit Nur....
Dalam usaha masuk ke Gua Hira'
Saya ni bukan reti edit video sangat...
Men belasah2 je...
Harap awak sekalian suke...





=)

Harap komen untuk dibaiki

Tuesday, 17 August 2010

Berapa hari tinggal puasa?

Pada zaman dahulu,
Di hari ke 25 Ramadhan,
5 hari lagi sebelum Syawal menjelma...

Ada seorang bertanya kepada saya,
"Berapa hari tinggal puasa?"

Saya pon jawab:
"5 hari je"

Tetibe dye cakap:
"Bagusnya 5 hari je tinggal puasa, aku ada lebih 10 hari dah tinggal puasa"

Saya yang terpinga-pinga pada mulanya mula paham..
Ooooo, mamat ni tanya berapa hari saya tinggal puasa...
Bukan berapa hari lagi tinggal puasa sebelum raya...

Sebab masa tu kecik lagi,
Sibuk kira raya berapa hari lagi,
Tapi tak faham pon kenapa kena puasa,

Yang diajar hanyalah untuk bersyukur,
Kerana ada orang yang kurang bernasib baik...

Tapi sekarang..
Dah betul-betul faham ke Akmal Aliff??

Monday, 16 August 2010

Saya Fanatik Liverpool

Saya memang minat Liverpool,
Walaupun tahun ni tak masuk Champions League,
Dari darjah 3 saya minat Liverpool,
Sebab minat sangat Michael Owen,
Ayah pon beli topi Liverpool kat kedai Adidas,
RM39.90,
Topi tu saya ada simpan lagi,
Tapi x muat dahla....

Tapi bukan pasal bapak saya minat Liverpool saya minat Liverpool,
Bapak saya sokong Perak,
English League ni dye x suke sangat...

Dulu-dulu kan,
Bila Liverpool kalah,
Mesti saya ada sikit geram,
Sedikit kecewa,
Sedikit marah,
Sedikit geram....

Lagi-lagi pulak,
Bile peminat-pemunat pasukan lain,
Datang mengejek2,
Orang kate:
"Lu bikin telinga gua panas je bai"

Pastu nnt kami lawan mengejek la kan,
Abeh sume fakta2 match tahun bile pon boleh kuar,
Masa exam sejarah susah plak nak kuarkan fakta,
Kata fanatik Liverpool, ape mau heran...

Tapikan,
Semakin saya membesar,
Dan matang,
Saya sedar bila Liverpool menang,
Saya bukan dapat apa2 pon,
Paling2 saya dapat kutuk team lain,
"Hahaha, kalah dengan Liverpool"

Sama la jugak,
Bila Liverpool kalah,
Saya bukan rugi apa2 pon,
Paling2 pon penat sorak je....

Jadi....


Hidup Liverpool........ =)

Thursday, 12 August 2010

Kenapa Saya Berpuasa Ramadhan???

Kenapa Saya Berpuasa Ramadhan?
Dulu masa kecik2 kan mak ayah kasi singgit puasa sehari,
Mak singgit, ayah singgit,
Dah dua hengget... banyak tuuuu

Pastu ayah kata kalo puasa penuh dapat bonus,
30 + bonus = ikot sukati ayah
Mak pun same
30 + bonus = ikot sukati ibu

Tapi kecik2 mane puasa penuh,
Puasa yangyok pon dapat duit raya dengan bonus skali,
Eleh, puasa x penuh pon dapat duit banyak jugak


Kenapa Saya Berpuasa Ramadhan?
Dulu masa sekolah rendah,
Ramai kawan2 puasa,
Malu la kan x puasa,
Masa saya darjah empat baru saya puasa penuh,
Adik saya masa tu enam tahun pon da puasa penuh,
Malu la saya, adik yang perempuan pon larat tahan.


Kenapa Saya Berpuasa Ramadhan?
Sebab pakcik2 saya suka "tong" sama saya,
Cakap kalau puasa sehari dapat raya sehari je,
Kalau puasa sebulan baru boleh raya sebulan,
Tapi saya puasa x sampai sebulan,
Tp bile datang raya pakcik2 saya bg jugak duit raya...
Eleh pakcik ni, tipu je lebey..


Kenapa Saya Berpuasa Ramadhan?
Sebab Puasa Ramadhan kan wajib,
Kecik2 dulu kita diberi insentif, imbuhan dan ganjaran,
Tak kan sampai besar nak ada ganjaran baru ada motivasi..

Tapi kalau mahu jugak ganjaran sebagai motivasi,
Fikirlah puasakan dapat pahala,
Kalo x puasa dapat dosa,
Dapat pahala banyak2, insyaAllah masuk syurga..

Amacam ganjaran syurga?
Lu x mau ka??

Tuesday, 10 August 2010

Esok Ramadhan

Esok Ramadhan,
Esok Ramadhan,

Teringat kisah 5 tahun dulu,
Malam sebelum ramadhan datang mesti ada pengumuman puasa kan,
Saya pernah menanam cita-cita yang serius,
Untuk menjadi penyimpan mohor besar raja-raja,
Sebab ayah kata pak cik tu kerja 3 kali je setahun:
1. Umum puasa
2. Umum raya aidilfitri
3. Umum raya aidiladha

Sape x nak kerja mudah?
Kerja 3 kali setahun,
Popular pulak tu,
Tapi ayah kata jugak,
Nak jadi penyimpan mohor besar raja-raja mestilah keturunan diraja,

Aiseh,
Kami dala keturunan jawa biasa2 saja...
Niat itu pun dilupakan






Selamat Berpuasa Semua =)

"Wahai orang2 beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar bertaqwa"
(Al-Baqarah 2:183)

Saturday, 7 August 2010

Orang Buta

Semalam,
Pergi sembahyang Jumaat,
Sembahyang berdekatan dengan saf,
Yang ada orang buta....

Orang buta tu tnya kawan dye yg pimpin dye dtg masjid,
Arah mane kiblat ni?


Kalau orang buta pon sembahyang,
Apa alasan kita x pegi sembahyang?


Kalau orang buta pon boleh sampai masjid,
Apa alasan kita x sampai masjid?


Kalau orang buta pon tau bersyukur,
Apa alasan kita x nak bersyukur?


Rasanya,
Rasanya la kan,
Kita yang buta

"Buta Hati"



Thursday, 5 August 2010

Lelaki Idaman

Ini hari mau kongsi tips,
Macam mane mau jd lelaki idaman malaya,
Ini tips dapat dari kawan gua,
Ini betul punya... Confirm jd..

Tips ini diberi nama 6C...

C yang pertama ---> Cash
Pepatah ada menyebut
"Mungkin duit x boleh beli semua benda, tp duit boleh selesaikan bnyk perkara"

C yang kedua ---> Credit Card
Penting ni credit card.. Kalo lu kuar jalan2 skali dompet kosong macam mane? Jatuh la saham beb.. Mastercard ada menyebut
"There are somethings money can't buy, for everything else there's mastercard"

C yang ketiga ---> Car
Car is kereta. Ada kereta adalah lebey macho daripada motor. Kata member gua:
"Gua kat UTP ni gune motor, awek tak layan beb"
(kantoi plak member ni budak UTP)

C yang keempat ---> Caring
Penyayang bak kata orang kita. Omputih berkata:
"Sharing is caring"

C yang kelima ---> Cool
Orang selalu kata:
"It"s hot to be cool"

C yang keenam ---> Cute
Cute bukan pada mukanya, mungkin pada gaya cakapnya, gaya senyumnya, gaya jalannya mungkin pada hatinya

***************************************************************************

Tp selain 6C ini ada lg satu formula gua mau sharing:

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



Lu orang pilih la mane2, 6C atau 10 Sifat itu

Assalamualaikum =)



p/s: sape yg cipta 10 sifat ni, kalo ada copyright bgtau ek. Saye main amik dr fbook je ni, jgn la tros report nnt kena block blog saya ni. saya sayang blog ni, hehe

Monday, 2 August 2010

Buat Jahat Dibalas Kebaikan

Nak berkongsi sedikit cerita,

Di zaman Rasulullah dahulu,
Ada satu wanita tua yang buta,
Suka mengutuk2 Rasulullah,

Apabila diketahui Rasulullah,
Baginda pon setiap hari memberi makan kepada wanita tua itu,
Menyuapkan makanan ke dalam mulut wanita itu,
Tanpa berkata apa2,
Baginda berbuat begitu pada setiap hari,
Sehingga baginda wafat....

Pada esok harinya,
Sahabat Rasulullah, Saidina Abu Bakar,
Memberi makan kepada wanita tua itu,
Namun begitu wanita tua dapat merasakan kelainan,
Dan berkata:
"Manakah orang yang selalu memberi makanan kepadaku?"

Abu Bakar yang kehairanan berkata:
"Bagaimanakah kamu tahu?"

Wanita tua itu berkata:
"Orang itu akan melembutkan makanan itu sebelum disuapkan kepada aku supaya mudah aku menelannya"

Abu Bakar berkata:
"Tahukah kamu yang selalu memberi makanan kepadamu setiap hari itu adalah Rasulullah"

************************************************

Baikkan Rasulullah,
Orang kutuk2, dia sabar je,
Siap buat baik lagi dengan orang tu,
Apa yang Rasulullah cuba nak ajar ialah,
Buatlah baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita moga satu hari kebaikan kita itu dapat memberi kesan kepada orang itu.

=)



p/s: maaf lama x update