Friday, 25 June 2010

Hari Ke 4 Di Makkah

Dah 4 hari duduk di Makkah...
Panas tapi best

=)

Friday, 18 June 2010

Susu

Dulu masa kecik2,
Minum susu je mesti sakit perut,
Pastu ke tandas,
Jumpalah doktor

Ibu: Cakapla kat doktor tu sakit macam mane, ibu x tau nak terangkan kat doktor

Akmal: Saye selalu cirit la doktor lepas minum susu, pastu perut pedih

Doktor: .............. (berfikir sejenak sambil menulis tulisan yang x mmpu aku bace)

Doktor: Kalau macam tu teruskan minum susu hari2, lama2 nnt perut kamu dah x rasa ape2.


Alhamdulillah,
Doktor tu punye nasihat berkesan,
Aku minum susu hari2 sampai aku jadi sngt suke minum susu,
Dari pada susu soya sampai la susu lembu,
Doktor kate perut dah biasa dengan susu,
Katanye dulu asid perut aku yang buat aku sakit perut,

Samalah jugak,
Kalau kita asik buat dosa yang sama,
Lama2 nanti dah x rase ape2,

Kalau dah hari2 main bola pakai seluar pendek,
Kalau dah hari2 kutuk orang,
Kalau dah hari2 mencarut,
Kalau dah hari2 bangun subuh lambat,
Kalau dah hari2 tipu orang,

Memang x rase ape2.
Silap2 kita x sedar pon kita dapat dosa.

Astaghfirullah.........
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan kami Ya Allah


p/s: oh yer, susu tu cerita betol ye. Sape2 ada simptom same jumpalah doktor terus, jangan ikut solution doktor saya itu. Lain orang lain ragamnya

Monday, 14 June 2010

Pesan Ustazah

Dulu masa kecik2,
Zaman sekolah rendah selalu gadoh2,
Satu hari gaduh2 sekali kantoi ngan ustazah,

Ustazah kata:

"Nak dapat dosa senang, nak dapat pahala pon senang. Kalau dua-dua senang nak dapat, kenapa pilih nak dapat dosa?"


Sejak hari itu,
Saya tidak bergaduh lagi,
Rasanya nasihat itu relevan untuk kehidupan seharian,
Bukan untuk budak sekolah rendah je....

Terima Kasih ustazah

=)

Wednesday, 9 June 2010

Mahmud Cinta Nicole

Sabtu lepas rumah Naqib kami,
Kami panggil rumah tu rumah biru,
Rumah kami dipanggil rumah KMB,
Rumah Cha dipanggil rumah sukan oleh bro Pie,
Bukan nama rumah yang saya nak cerita,

Oh yer,
Rumah biru semalam ada makan,
Sebagai jamuan perpisahan ahli rumah biru,
Mereka semua final year,
Juga sebagai majlis kesyukuran,
Naqib kami kahwin disember lepas,
Juga sebagai majlis kesyukuran,
Kelahiran Muaz anak seorang ahli rumah biru,

Kemudian kami dibawa Naqib sembahyang maghrib isyak di surau,
Lepas sembahyang isyak tetibe pak imam bersuara:


"I hope everyone could stay because there will be a "nikah" of our brother, brother Mahmud"


Saya tetibe jadi excited dan terus tanya Azim:

Akmal: Ko ada meeting x malam ni, kite stay tengok jap.

Azim: Xde, ok je kalo nak tengok.


Mula-mula skali ada khutbah kahwin,
Memang tak pernah tau plak kahwin ada khutbah,
Ingat tinggal nak salam akad je,
Tapi memang best tok kadi tu bagi khutbah, (rasanya sini x panggil tok kadi)
Ada sekali tu part tok kadi tu cakap camni dalam khutbah dye:

"I know that some of you here are not married yet and let's make doa so that all of them will get a good wife"

Tiba2 part ni ada senior cuit2 aku,
Pastu senyum2,
Pastu aku pandang lagi 2 housemate aku, diorang pon senyum2 kat aku,
Dalam hati aku "eh, macam aku plak yang nak kahwin"
Tapi tak pe, mungkin tu doa dari mereka untuk aku,
Mane tau untung2 aku plak kahwin,

Oh yer,
Brother Mahmud ni kahwin ngan orang German,
Jadi x boleh la nak ikot sbb bapak aku dah awal2 lagi pesan sbelum fly,

Ayah : Kamu jangan kahwin ngan omputih pulak ye balik nnt

Akmal: African bole yah?

Ayah: Ish kamu ni......

Sory la omputih, bapak i x kasi


Simple je majlis nikah ni,

Jubah putih tu tok kadi, jubah putih ngan vest kaler emas tu pengantin lelaki

,

Pastu ada makan2 skit


Aku dah salam pengantin lelaki ni. Ambik berkat kononnye.


Amacam?
Senang je nak kahwin kat UK ni....
Tak payah upah abang2 kompang,
Mak andam, Telur rebus,
Catering2 sume x payah,



Memetik kata2 seorang kawan:

"Nak kahwin tu senang, nak menjaga perkahwinan itu yang susah"

Saturday, 5 June 2010

Aku Si Kuno

Hari ini sangat gembira sbb dpt main bola,
Setelah sebulan berhenti kerana exam,

Orang putih dekat sini,
Cara diorang sambut "kemerdekaan" setelah habis periksa adalah dengan minum2
Periksa saya dah abeh hari Selasa dah:

************************************************

Omputih 1: I am planning to go to Mooch after this

Omputih 2: Haha, me too. See u there then mate. Akmal? How about you?

Akmal: I guess I'll be going home. I need to sleep. Haha

Omputih 2: Akmal2, such a good boy. See u next semester then. Gudluck on ur result

Akmal: Haha, u too.

*************************************************


Mungkin aku kuno kot. Mungkin ada yang cakap

"relax ar mal, ko jangan minum... ko order coke"

Tp aku selalu jawab:

"Iman aku x mantap macam ko la bro"



oh yer, Mooch tu name pub kat sini

Friday, 4 June 2010

Peringatan Hari Ini: Kematian

Kalau nak diikutkan,
Banyak sangat peringatan pasal kematian hari ini.....

Mula-mula bangun pagi terbaca pasal ada junior KMB meninggal masa buat CAS dekat langkawi. Innalillah. Pada sape2 yang tak tau CAS ni adalah Creativity Action Service. Makanya kami pelajar IB (International Baccaluerette) perlu mendapatkan 150 jam activiti untuk graduate dengan jayanya.

Kemudian petangnye ada usrah. Dah lama xde usrah pasal sume sibuk periksa. Dalam usrah ni pun naqib kami menyentuh mengenai kematian. Syurga ke neraka?

Lepas habis usrah naqib tumpangkan kami ke surau. Lepas habis sembahyang maghrib dan isyak ada satu brother arab ni tetibe bagi ceramah kat depan. Kami sini sembahyang maghrib pastu tros sembahyang isyak sebab masa summer waktu isyak xde. Unik kan?? Brother arab tu cakap pasal mati jugak, ayat dye yang terngiang2 dalam telinga aku:

"Everyone knows their date of birth, but no one knows their death date"


p/s: takot mati tu benda yang positif ke negatif? ni bukan soalan, ni pertanyaan

Wednesday, 2 June 2010

Palestine Di Facebook

Tadi aku bukak facebook,
Bukak profile sendiri,
Sebab nak reply komen,
Tetibe jadi macam ni:




Nampak ke apa yang aku sampaikan,
Facebook da penoh bendera Palestine,

Kawan2,
Kalau da tukar profile picture,
Doa jangan lupe....


Meminjam status rakan Zulhilmi Ariffin di facebook:

"Knowing that my struggle for the last exam has an end to it, it's uncomparable to the Palestinians' never-ending struggle. They need God more than I do now. My prayers are with them. Amin."


Amin