Monday, 31 May 2010

Laknat Israel

Kapal-kapal datang untuk hantar bantuan,
Tak bawak senapang pon,
Memang bukan niat nak perang,
Kena serang dengan helikopter,
Masa aku tulis post ni,
Dah 16 meninggal dunia dan ketua konvoi pon dah meninggal,
Moga dikurnia syahid ke atas mereka...


Ni link:


Ni ada link berita live member aku kasi kat fbook:




Kawan-kawan,
Doakan mereka ye...

Saturday, 29 May 2010

Cinta Hati Saya

Saya selalu je nampak awak,
Awak selalu jalan ngan kawan-kawan saya,
Selalu saya tak heran pon,
Tapi 2 bulan lepas,
Saya terserempak lagi ngan awak,
Kat German....

Nantikan,
Bile saya ada awak,
Mesti saya kena bawa awak,
Baru leh tangkap gmbar dengan awak,
Kat Paris, Milan, Venice, Brussels,
Kan awak kan???

Pastukan,
Bile saya lepak ngan kawan2 saya sume,
Sibuk cerita pasal cinta diorang,
Ada yang gebang diorang mempergunakan cinta diorang,
Ada yang kecoh dah dapat yang baru,
Yang lama passing kat member,
Ingat awak ni apa bola ke passing2,

Masalahnya,
Nanti mesti abis duit saya,
Maintenance awak ni tinggi sngt,
Tapi saya rasa saya mampu,

Satu je kurang awak ni,
Dari mata saya,
Awak Hitam,
Saya suke warna putih tp tapela,
Tu sikit punye hal,

Saya nanti nak cerita kat mak saya la pasal awak,
Siap tunjuk gmba lagi,
Harap-harap mak setuju,

Lepas tu boleh la saya bawak awk jumpe family saya,

Nanti mesti mak saya cakap camni:

Mak: ooo, ini ke yang kamu cerita haritu?

Akmal: Ha, yang ni la. Amacam mak?

Mak: Eh, x reti la mak nak gune barang2 canggih ni. Apa nama dye kamu sebut haritu?

Akmal: Camera DSLR mak


p/s: apa brand bagus ar kawan2?





Oh suwit!!! =)
(gambar serius hanya hiasan, biasa periksa kalau letak diagram dpt markah lebih)

"Ketahuilah cinta Allah adalah cinta yang agung"

Thursday, 27 May 2010

Degil Lagi

Semalam,
Kaki aku sakit,
Orang kampung kata "tergeliat",
Tp kawan medic aku ramai so aku nak berlagak skit,
Aku kate:

"Aku rasa Archilles Tendon aku sakit ar, camne nak men bola"

Nak cerita sikit masa baru2 mula main bola..........

****************************************************

Danau Kota, Malaysia
2003,
5.30 petang

Ibu: Nak pegi main bola ke?

Akmal: A'ar, selipar abang mane ibu?

Ibu: Atas rak tu, pakai la kasut. Nanti kaki luka.

Akmal: Eh x, selalu ok je. Orang pegi dulu

Ibu: Iyelah, elok2

Nak dijadikan cerita, aku yang bajet Beckham ni tersepak batu maka bukan setakat luka. Kuku siap tercabut. Punyelah sengal aku bukan nak balik, sambung main gune kaki kiri sbb x sedar sbenarnye kuku dah tercabut sampai member bgtau

Member: Eh Alip, kaki ko berdarah

Akmal: Patotla pedih, Keratin aku tercabut (ok ni tipu, aku bajet budak medic)

Atas saranan member, aku pon balik meninggalkan pasukanku di padang.

Di rumah,
Aku pegi mengaku kaki luka, menunjukkan sebahagian Keratin dah ilang dari tubuh.

Ibu: Kan dah cakap, nnt kaki luka.

Akmal: Ibu cakap luka, mmg luka la jadinya. Kalau ibu cakap tak luka mesti tak luka, hehe (aku tersengih)

Ibu: Dah2, pegi basuh kaki mandi sume. Lepas maghrib pergi klinik

Sampai klinik, doktor plak marah aku.

Doktor: Awak dah merugikan Keratin dalam tubuh awak (haha, ni lagi tipu)

Doktor tu letak iodin pastu cabut kuku yang dah tinggal separuh pastu balut

*******************************************************************

Diriwayatkan oleh Abu Huraira:

Nabi bersabda
"Syurga di bawah telapak kaki ibu"


Allah Berfirman:
“Dan Tuhanmu perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa, jika seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
(Surah al-Isra’, ayat 23).

Monday, 24 May 2010

Justin Barber: GBP 8 vs RM 8

12 bulan lepas,
Danau Kota, Malaysia,
Kat kedai gunting rambut,
VRJ Saloon....

Akmal: Bos, kasi potong pendek.

Barber: Orait.... macam biase sideburn jgn potong ka?

Akmal: Ha, btol. Jangan potong kasi nipis saja.
(kalo bapak aku yg dtg, barber tu tnye mau shave misai skali ka bos??)

10 minit kemudian

Barber: Macam biasa RM 8.

Akmal: (Hulur RM 10)

Barber: X de duit kecik ke bos?

Akmal: X de ar. (sambil tunjuk dompet isi duit 50 je, gaji baru masuk)
Dalam hati: "kedai ni memanjang xde baki"

Barber: Oh ada2 (hulur 2 keping singgit)

Akmal: Thanks

****************************************************

Nottingham, United Kingdom
A Barber Shop near Fresh Asia

Barber: What should I do with ur hair?

Akmal: Ermmm, just cut it short

Barber: Yep, that's why u come here. To cut ur hair short

Akmal: Arrr.... Just cut my hair short, any style will do

Barber: That doesn't tell me anything

Akmal: (eh susah benar nak bgtau, potong je la rambut aku)

Barber: Do you want me cut here, here and here? (sambil menunjuk2 kpalaku)

Akmal: Ermmm..... (memandang cermin smbil mencari idea ntok menerangkan niatku yang hanya ingin berambut pendek)

Barber: ..................

Akmal: Oh. just cut my hair like ur hair but a bit longer

Barber: Okay then

10 minutes later

Barber: 8 pound

Akmal: (gives 10 pound)

Barber: 2 pound. Thanks

******************************************************************


Oh yer, Justin Barber tu potong sideburn aku, penat aku simpan setahun.

Friday, 21 May 2010

Hanya Kerana Bawang

Khamis 20 May,
Hari ini turn saya memasak,
Sbb mggu peperiksaan jdnya masak nasi goreng je la,
Nasi goreng ayam,
Bukan saya x pandai masak,
Minggu peperiksaan la,
Baik belajar drpd buang masa untuk masak.....

Bukan nak bgtau nasi goreng saya sedap,
Lagila bukan nak share resipi nasi goreng,
Saya guna perencah je pon,
Nak cerita sikit,
Bagaimana ukhwah itu indah.....

Sedang saya memotong bawang,
Saya juga memotong jari,
Itulah mak pesan,
"elok2 gune pisau bila masak"
Sebelum darah memancut, saya menghisap jari,
Saya berlari-lari meminta "plaster" dari housemate,

*********************************

Di bilik Adlan Wafi,

Adlan: Jap, aku cari plaster
Akmal: (sedang menghisap jari berdarah)
Adlan: Meh sini aku plasterkan

*********************************

Who needs a girlfriend when you have such sweet friend like Adlan Wafi.


p/s: ingat nak letak gmbar jari ber"plaster", tp nak kena tgkp gmba pastu nak kena connect camera ngan computer, pastu kena transfer gmba pastu kena upload... bnyk sngt nak dibuat, fokus exam dulu.

Monday, 17 May 2010

Hari Ini Exam

Hari ni exam math,
Engineering math 2,
Kali ni aku ada 2 taktik,
Taktik baik punye......

Bukan meniru,
Tapi taktik baik punye.....
Begini taktiknye:

Taktik 1:
Ada 3 bab semester ni...
Akan ada 12 soalan objektif(wajib jawab) dan 3 subjektif(2 je wajib),
1 soalan subjektif untuk satu bab dan 4 objektif,
Satu soalan subjektif 25 markah, dan satu soalan objektif 3 markah,

Aku belajar 2 bab je...
Sebab mase bab 3 punye klas,
Aku slalu x masuk klas, bukan ponteng cuma x menghadirkan diri...

Makanya kalau aku betul semua,

2 x 25 + 8 x 3 = 74/86
(Kalaula betol semua)


Taktik 2:

Doa la,
Apa lagi..

"Dan tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"
(Surah Al-Mu'min, 40:60)


Good Luck
=)

Sunday, 9 May 2010

Girlfriend Gua


A boy's best friend is his mother. - Norman Bates

A boy's girlfriend is his mother. - Akmal Aliff



Selamat Hari Ibu Puan Noorzilawati Arshad..

=)

Saturday, 1 May 2010

Indonesia Relief Mission 2010


Tajuk post je "English",
Indonesia Relief Mission 2010,
Atau dalam Bahasa Malaysia,

"Misi Melegakan Indonesia 2010"

Serba sedikit mengenai penganjur IRM2010 ini:
IMAM (Islamic Medical Association of Malaysia) ditubuhkan pada 1990 yang merupakan golongan2 doktor, paramedic dan pelajar perubatan. Mereka ini aktif membantu mangsa2 kurang bernasib baik di Iraq, Bosnia, Maluku, Afghanistan, Iran, Sudan, Acheh dan banyak lagi.

Kenapa Indonesia? Malaysia pon ada orang susah?
Baru-baru ni ada gempa bumi di Tasik Malaya, Indonesia sekuat 7.3 skala Richter. Ini menyebabkan penduduk tiada makanan, tiada tempat tinggal dan berpotensi mendapat penyakit.

Kita tolong orang dulu, satu hari nanti kalo kita ditimpa musibah insyaallah ada yang membantu

Apa kami boleh buat?
Dermalah seikhlas mungkin. Cara2 menderma ada di poster di atas. Click ntok besarkan
p/s : aku sebenarnya nak letak poster kat bawah ni, tp upload je dye dok atas plak..

Maklumat lanjut:



Api kalau sikit boleh gune, wat masak, panaskan air, panaskan nasi....
Tapi kalau besar bahaya memakan diri...

Pahala kalau sikit nak buat apa,
Mari2 tambahkan pahala =)