Friday, 19 November 2010

"Oh, Baru Tau"

Masa saya sekolah rendah sampai tingkatan 3,
Saya duduk umah makcik dekat Sri Rampai,
Bila petang mak balik keje baru saya balik umah,
Umah makcik tu betul2 depan dengan masjid,
Jadi kalau azan ke atau bacaan quran guna microphone,
Memang dengar sangat la kat umah makcik tu...

Satu hari,
Tahun 2002 semasa saya di tingkatan 1,
Masjid itu memasang kaset bacaan surah,
Ada satu ayat yang diulang berkali2,

Saya pon bertanya kepada anak makcik itu:

"Ini surah apa ek?"

Jawabnya:

"Ini surah Ar-Rahman"

Saya menjawab:

"Oh, baru tau"

***************************************************************




Pada tahun 2009,
Saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di negara Beckham:
United Kingdom

Saya sempat seminggu berpuasa di Uk,
Juga bersembahyang terawih pada malamnya,
Pada satu malam terawih,
Saya pancit lalu hanya mampu menghabiskan 8 rakaat sahaja,
Kemudian saya duduk di tepi menunggu rakan2 yang membuat 20 rakaat...

Selepas imam membaca Al-Fatihah,
Imam membaca surah Ar-Rahman,
Dan setiap kali tiba di ayat:

Imam itu sebak dan menangis,
Pada mulanya saya tidak faham kenapa imam menangis,
Kemudian pulang ke rumah saya tergerak membuka tafsir....
Tertulis:

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang telah kamu dustakan??"

Lantas terdetik:

"Oh, baru tau"



Selepas lapan tahun mendengar ayat itu,
Baru saya faham maknanya,
Itulah dulu berhenti belajar arab, sekarang padan muka...


Maka,
Ingin saya akhiri tulisan kali ini dengan satu persoalan:



"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang telah kamu dustakan?????"


Astaghfirullah

7 comments:

  1. hikari dan 3 anonimus: terima kasih, sama2 kita ambil pengajaran =)

    aninimus 4: dah update dah bro =)

    anis: hahaha, thanks sifu =)

    ReplyDelete