Wednesday, 8 September 2010

Pantun Hari Raya =)

Sempena hari raya tahun ini,
Saya ingin berbalas pantun dengan anda semua..
Ada 6 pantun dah saya reka
Saya post awal sbb malam nanti dah balik kampung


Pantun 1:

Membeli mercun di Kedai Pak Ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.


Pantun 2:

Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.


Pantun 3:

Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.


Pantun 4:

Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.


Pantun 5:

Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.


Pantun 6:

Sang Teruna berbaju melayu,
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.

(ah, merepek je pantun last ni)


Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Kecik-kecik nak jadi Ultromen,
Sudah baca harap comment.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
=)

21 comments:

  1. dalam byk2 pantun, yg last tu paling catchy... ehem2.

    ReplyDelete
  2. Wahai si gadis yang ayu,
    Jom kahwin lepas raya.



    NICE

    ReplyDelete
  3. adoi.mmg da nak kawen sgt da ni.. ;)

    slamat hari raya~

    ReplyDelete
  4. shin, anish, kawan lame: hahaha, punye la banyak pantun, yang no 6 jugak yang korang suke kan...dye ada makne mendalam kan?, haha, merepek abeh last tu....

    selamat hari raya semua
    =)

    ReplyDelete
  5. hoho
    bleh copy paste ni
    hehe

    slamat beraya

    ReplyDelete
  6. terbaik ar mal hahaha
    pecah perot aq bace pantun2 ko :D

    ReplyDelete
  7. jo: haha, karang sindri la bro... baru menjana minda.. tp kalo mau copy, copy la =)

    jang: haha, merepek je lbey pantun2 aku tu

    ReplyDelete
  8. Gila hang buh diesel dalam pelita... Fuh kaya gila... orang pakai minyak tanah la...

    ReplyDelete
  9. eh diesel lagi murah... dan lagi tahan lame..

    lagi selamat sebab diesel tak menyambar..

    sebab tu aku guna diesel.. haha

    ReplyDelete
  10. owng yg lis pntn ni mmng nk kwen ker??

    ReplyDelete
  11. Manusia mane tak mahu kawin bro.... hahaha =)

    ReplyDelete
  12. dua tiga kucing berlari,
    gelagat si kucing comel sekali,
    lailatulqadar jangan lupa dicari,
    moga Ramadhan kali ini diberkati.

    err.. pantun Ramadhan? :3

    selamat hari raya in advance~

    ReplyDelete
  13. terbaaikk bro yng last skali tu. nak copy. heheh xD

    ReplyDelete
  14. kecik kecik nak jadi ultromen
    sudah baca harap comment

    pecah kaca pecah gelas
    sudah baca harap balas

    macam macam je pantun nye

    ReplyDelete
  15. Sirih junjung sirih pinang,
    Sirih kami susun bertingkat,
    Adat di junjung pusaka dikenang,
    Bangsa berbudi hidup muafakat.
    :) n <3

    ReplyDelete
  16. katak kenyang lalu tertido
    gajah pitam lantas terjatuh
    andai tak sampai tangan
    menghulur ku pohon keampunan dari jauh
    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATINwa

    ReplyDelete
  17. syazwannaim,,,mohon share pantunmu

    ReplyDelete
  18. wau......cantik pantun ...SeLAMat HARi RayA......

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. allah jadikan subuh mu cahayanya,zohor mu gembiranya,asar mu bahagianya,magrib mu keampunan nya,isa mu keberkatannya dan doa mu tidak di tolak dan diluaskan rezekimu dibukakan padamu pintu syurge tanpa smpadam,SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AAF ZAHIR DANBATIN..

    ReplyDelete