Thursday, 2 September 2010

Kalau Saya Jadi Doktor, Saya Nak Jadi Doktor Pediatrik

Kalau saya jadi doktor, saya nak jadi doktor pediatrik...

***********************************************

Tadi saya baru pulang dari berbuka puasa dengan Adlan dan Hosni,
Juga ditemani adik2 yang bakal fly ke Nottingham tahun ini,
Saya pulang menaiki LRT Putra dari Kelana Jaya ke Wangsa Maju,
Sekitar separuh perjalanan ada perempuan duduk bertentangan saya,
Berkaca mata ungu cair, cantik dengan blousenya,
Dari kaca matanya itu dia memandangku...

Kami saling berpandangan dan berbalas senyuman,
Hatiku berdetik:

"Comel budak kecik ni"

Ditemani ayah dan ibunya di dalam tren,
Baru balik shopping agaknya, penuh plastik kiri kanan,

Tibe2 ada seorang remaja berdiri di hadapanku sebab tiada lagi tempat duduk,
Tiadalah lagi dapatku melihat anak comel itu,
Namu begitu budak comel itu tadi dengan tiba-tiba,
Bermain2 "cak-cak" denganku dari tempat duduknya...
Sehinggalah tren terlalu penuh sehingga nak main "cak-cak" pon tak boleh

Kalau saya jadi doktor, saya nak jadi Doktor Pediatrik:
Sebab budak-budak suka dekat saya

***********************************************


Suatu hari saya sakit lalu saya ke Klinik Homeopathy,
Sedang saya menunggu giliran,
Saya terlihat ada seorang budak kecil berjalan dihadapan saya,
Budak itu tersengih melihat saya dan saya membalas sengihannya,

3 Minit Kemudian budak itu datang lagi dan di tangan ada mentos,
Dia berkata:

"Abang nak gula-gula tak?"
Sambil menghulurkan mentos kepada saya...
Saya menjawab:

"Abg dah besar la dik, adik makanlah"
Dye segera menjawab:

"Tapi bang, gula-gula ni manis. Sedap!"
Aku pon mengambil gula-gula itu dan berterima kasih dan budak itu berlari ke arah emaknya

Kalau saya jadi doktor, saya nak jadi Doktor Pediatrik:
Sebab budak-budak suka dekat saya

***********************************************


Satu hari saya main bola dengan kawan-kawan,
Tiba-tiba ada budak-budak sekolah rendah tengok kami main,
Saya pon cakap:
"Nak main ke dik? Osom, sapa menang geng abg"

Setelah penat bermain ada seorang budak datang kepada saya:
"Abang Alif, nantikan bila dah besar saya nak main bola power macam abang"
Aku pon membalas dengan senyuman

Kalau saya jadi doktor, saya nak jadi Doktor Pediatrik:
Sebab budak-budak suka dekat saya

***********************************************


Tapi jadi doktor memang susah,
Saya tabik spring mereka yang nak jadi doktor,
Saya takut darah, macam mana nak jadi doktor,

Tapi
Kalau saya jadi doktor, saya nak jadi Doktor Pediatrik:
Sebab budak-budak suka dekat saya...

Kemudian saya nak mengasakan:

"Hokkaa"
Hospital Kanak-Kanak Akmal Aliff

=)

7 comments:

  1. camne la budak2 suke muke ko yg ganas tu

    ReplyDelete
  2. lepas grad belaja la medik, 4 tahun je..
    ko makan katne?..kelana seafood?..rmi ke datang?

    ReplyDelete
  3. comel gile post ni! ^.^

    *inspired nak blaja medik btol2*

    ReplyDelete
  4. kalo akmal buleh ramai budak suke,aku mesti buleh gak.

    nak join hospital buleh ka mal?
    hehehe

    ReplyDelete
  5. anish: ganas la rock dow... hahaha

    cha: fuh, double degree? mantap tu... kitorang buka dekat masjid negeri je cha, pastu gi terawikh, pastu makan ABC dekat UITM.. hahaha, yang dtg smalam 3 junior..

    shin: haha, post ni aku tujukan untuk rakan2 medic di seluruh dunia...

    mat: boleh2 mat.. hahaha, tp nnt nama kena tukar la.. tak boleh hokkaa lagi

    ReplyDelete
  6. kalau sya jadi doktor pediatrik....
    saya nak keje di HOKKAA...

    ReplyDelete
  7. Saya pun nak jd doktor pediatrik..nak keje kat HOKKAA la..hahahh

    ReplyDelete