Friday, 4 June 2010

Peringatan Hari Ini: Kematian

Kalau nak diikutkan,
Banyak sangat peringatan pasal kematian hari ini.....

Mula-mula bangun pagi terbaca pasal ada junior KMB meninggal masa buat CAS dekat langkawi. Innalillah. Pada sape2 yang tak tau CAS ni adalah Creativity Action Service. Makanya kami pelajar IB (International Baccaluerette) perlu mendapatkan 150 jam activiti untuk graduate dengan jayanya.

Kemudian petangnye ada usrah. Dah lama xde usrah pasal sume sibuk periksa. Dalam usrah ni pun naqib kami menyentuh mengenai kematian. Syurga ke neraka?

Lepas habis usrah naqib tumpangkan kami ke surau. Lepas habis sembahyang maghrib dan isyak ada satu brother arab ni tetibe bagi ceramah kat depan. Kami sini sembahyang maghrib pastu tros sembahyang isyak sebab masa summer waktu isyak xde. Unik kan?? Brother arab tu cakap pasal mati jugak, ayat dye yang terngiang2 dalam telinga aku:

"Everyone knows their date of birth, but no one knows their death date"


p/s: takot mati tu benda yang positif ke negatif? ni bukan soalan, ni pertanyaan

9 comments:

  1. sebab tuh kena jangan berhenti memberi mal..kerana berhenti itu mati..meh dtg umah ak lepak2..

    ReplyDelete
  2. ooooo, tp cha takot mati tu bagus ke x??

    ReplyDelete
  3. u know the answers mal..masalahnya sejauh mana kita act as hamba n khalifah je y kena reflect..

    ReplyDelete
  4. kau suke wat aku berfikir la cha.... time kasih

    ReplyDelete
  5. mal,aku bosan exam.haha

    tapi bila ko cakap pasal takut mati ni,aku terfikir la kan.Selalu orang takut mati sebab apa? rasa-rasa sebab takut masuk neraka la kan.takut amal tak cukup.Macam bagus la jugak sebab buat kita takut nak buat maksiat.

    TAPI, tak semestinya orang yang tak takut mati tu tak takut masuk neraka. Ada yang tak takut mati sebab dia sangat rindu ngan Allah. Aku ada kawan yang senyum bila nak mati. Dalam mata dia tak nampak dunia dah, hanya rindu pada Allah. Orang yang macam ni tak takot mati dan pada masa yang sama sentiasa igt pada mati.

    Aku rasa jelas kot yang bukan takut mati itu yang patut kita rasa tapi igt pada mati itu yang penting sebab pada tarikh itu kita akan bertemu dengan Allah yang pada hari itu mungkin kita menjadi orang yang Dia sayang ATAU yang Dia benci.

    basically kita patut tukar perasaan takut kan mati kepada inginkan mati sebab kita eventually akan mati. Whether by apache or heart attack(ni analogi je la.sama ada mati macam orang biasa atau mati macam org luar biasa). Lagipun mati itu bukan penamat kehidupan kita, ia cuma another process of our life as a muslim.

    ReplyDelete
  6. mekasih mat... aku stuju la pendapat ko ni, kita patot ingat mati dan x perlu takot..

    kawan ko yg senyum bila nak mati? macam mane dye tau dye dah nak mati? dye sakit ke?

    ustaz aku dulu ade ckap, kalo rasa nak buat dosa cuba ingat mati.. mesti x jadi buat..

    ko x abeh lagi? gudluck2!!, aku plak bosan x tau nak buat ape....

    ReplyDelete
  7. time tu kat hospital da la. bila doc cakap tak de harapan pun dia senyum je la sebab aku rasa dia faham mati tu bukan ending kehidupan.

    pancit da ni do.5 paper da abeh.rabu ni last. Bek ko prepare2 nak umrah ni tapi nak prepare ape je?haha. Jalan la sikit bro.kate summer.

    ReplyDelete
  8. ingat nak jalan, tp pasport aku kat orang MSM.. uruskan hal visa katanya... hahaha

    tu la, ada la bace2 skit tp xde ape sngt pun...

    oooh, aku 4 paper je sem ni sbb ade 2 modul yang submit project je pastu xde exam... skit je lagi bro... sat gi habis la tu

    ReplyDelete
  9. Mati, sebaik2 peringatan (warning)-azim

    ReplyDelete