Thursday, 27 May 2010

Degil Lagi

Semalam,
Kaki aku sakit,
Orang kampung kata "tergeliat",
Tp kawan medic aku ramai so aku nak berlagak skit,
Aku kate:

"Aku rasa Archilles Tendon aku sakit ar, camne nak men bola"

Nak cerita sikit masa baru2 mula main bola..........

****************************************************

Danau Kota, Malaysia
2003,
5.30 petang

Ibu: Nak pegi main bola ke?

Akmal: A'ar, selipar abang mane ibu?

Ibu: Atas rak tu, pakai la kasut. Nanti kaki luka.

Akmal: Eh x, selalu ok je. Orang pegi dulu

Ibu: Iyelah, elok2

Nak dijadikan cerita, aku yang bajet Beckham ni tersepak batu maka bukan setakat luka. Kuku siap tercabut. Punyelah sengal aku bukan nak balik, sambung main gune kaki kiri sbb x sedar sbenarnye kuku dah tercabut sampai member bgtau

Member: Eh Alip, kaki ko berdarah

Akmal: Patotla pedih, Keratin aku tercabut (ok ni tipu, aku bajet budak medic)

Atas saranan member, aku pon balik meninggalkan pasukanku di padang.

Di rumah,
Aku pegi mengaku kaki luka, menunjukkan sebahagian Keratin dah ilang dari tubuh.

Ibu: Kan dah cakap, nnt kaki luka.

Akmal: Ibu cakap luka, mmg luka la jadinya. Kalau ibu cakap tak luka mesti tak luka, hehe (aku tersengih)

Ibu: Dah2, pegi basuh kaki mandi sume. Lepas maghrib pergi klinik

Sampai klinik, doktor plak marah aku.

Doktor: Awak dah merugikan Keratin dalam tubuh awak (haha, ni lagi tipu)

Doktor tu letak iodin pastu cabut kuku yang dah tinggal separuh pastu balut

*******************************************************************

Diriwayatkan oleh Abu Huraira:

Nabi bersabda
"Syurga di bawah telapak kaki ibu"


Allah Berfirman:
“Dan Tuhanmu perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa, jika seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
(Surah al-Isra’, ayat 23).

2 comments:

  1. hahah alep
    sengal la ko ni
    :))

    ReplyDelete
  2. hahaha, sengal mendenye kak oi..

    ni cerita serius ni, hehe

    ReplyDelete